[PROMOSI] - ANAK MAMI KEMBALI


2005

24 Ogos 2005
AKAN DITAYANGKAN - 3 November (atau 1 Syawal, Hari Raya pertama). Aku rasa Razak patut terus buat kisah2 anak mami ni. Banyak lagi sebenarnya kisah2 yg boleh diangkat, tak semestinya kisah 'keluarga atur perkahwinan' saja. Razak sepatutnya buat kisah anak mami tu jadi macam trademark dia. Buat lebih banyak cerita2 masyarakat berlatarkan budaya dan kehidupan anak mami. Aku rasa mesti boleh jadi bagus, tak semestinya komedi jer. Sampai bila anak mami nak dikaitkan dgn komedi. Cuma tu lah, idea dan ceritanya tu dia belum dapat lagi. Kita boleh tengok Aziz M. Osman buat kisah persaingan peniaga roti canai, jadi Razak dgn kisah anak mami dia boleh buat kisah peniaga nasi kandar pulak kot? Itu cuma contoh idea saja la. Kalau nak buat kisah seram atau rompakan berlatarkan kehidupan di Penang pun boleh jadi menarik juga. Bayangkan adegan kejar-mengejar di jalan2 sempit Georgetown, atau hantu di kawasan berbukit-bukit, hutan dan jalan berbengkang bengkok di Balik Pulau, dan lain2 lagi la. Banyak sebenarnya boleh buat cerita ni. Mesti kreatif jer la.. Pada pendapat aku la (ini dah lari tajuk ni..), Penang (dan bandar2 nya) tu sendiri boleh jadi satu karakter dalam filem. Tak banyak bandar2 yg mempunyai karakter yg kuat, atau identiti yg unik. Aku dah boring tengok imej KL dlm filem kita. Itu je ke KL? Bosan...

3 Ogos 2005
Kalau Anak Mami Kembali tak tayang sebelum puasa (22 September), mungkin tayang pada Raya kot (November)

25 Januari 2005
ANAK MAMI KEMBALI - arahan Razak Mohaideen. Anak mami Penang kali ini ialah lakonan Fasha Sandha, jadi ia memang merupakan tarikan utama utk menonton filem ini nanti (bagaimanakah Fasha dalam sebuah kisah komedi?). Tapi, bila melihatkan pemilihan heronya, agak melemahkan semangat la pula - Saiful Apek. Jadi, kita sudah nampak ke mana arah filem ini. Ia akan ke arah komedi slapstik, kerana Razak sudah tentu mahu menggunakan sepenuhnya 'lawak' Apek sepertimana dalam Jutawan Fakir dulu. Malah pemilihan Apek sebagai hero filem ini agak meragukan dari segi keupayaannya utk menghidupkan watak sebagai orang Penang kerana selama ini Apek cuma berjaya membawa peranan 'watak Apek' sahaja, iaitu penampilan yg sama sebagai pelawak dalam setiap lakonannya terutama di bawah arahan Razak. Bagaimana filem ini akan jadi meyakinkan sebagai kisah anak mami tanjung, agak sukar dipastikan, kerana setakat ini cuma telefilem Anak Mami berjaya menghidupkan karaktor dan suasana yg sebegitu, yg meyakinkan ia sebagai sebuah kisah anak mami, dan bukannya sekadar lakonan yg ingin mengaut keuntungan daripada populariti golongan tersebut. Lagi satu, saya harap tidak akan lihat lakonan over acting Azean Irdawaty sebagai Mami, kerana sudah pastinya Azean mahu membuktikan dirinya buat pertama kali berlakon sebagai Mami, utk jadi setanding dengan Mami Kartina Aziz. Biarlah watak Azean itu jadi Mami cool yg tidak kecoh sama seperti watak Mami dalam telefilem Anak Mami. Baru best.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys