|
2005
25
Januari 2005
Sungguh tidak disangka. Walaupun saya cuma
menonton filem ini melalui vcd asli yg gambar dan warnanya kurang menarik, tapi perlu diakui
bahawa inilah antara filem terbaik yg telah ditayangkan pada 2004. Banyak filem2 bagus yg saya terlepas utk
menonton di pawagam, dan Berlari Ke Langit (BKL) adalah salah satu darinya. Sepertimana vcd filem
lain yg betul2 meninggalkan kesan pada saya, vcd BKL juga diulang tonton buat kali kedua sebaik saja tamat
kredit penutup filem, dan ketika itulah saya sedari yg pembukaan filem ini cuma sepatutnya saya fahami
setelah menonton keseluruhan filem. Pada saya, filem ini adalah filem drama yg paling mengesankan
sejak entah bila pun saya kurang pasti bila kali terakhir saya menonton filem sebegini sebelum ini. Kini saya mungkin
dapat fahami perasaan Rosyam Nor bila dia terlepas peluang utk memenangi anugerah
Aktor Terbaik tahun lepas. BKL adalah lakonan terbaik Rosyam. Dan sudah tentunya Bade sebagai
pengarah/penulis turut kecewa kerana hasil terbaiknya ini sudahlah tidak mendapat
penghargaan yg lebih, tetapi juga turut tidak diendahkan para penonton, termasuklah saya
sendiri yg cuma tergerak utk menonton filem ini hanya selepas menonton Gangster. Ada beberapa perhatian yg saya berikan utk
BKL selain lakonan Rosyam dan garapan Bade. Setelah menonton lakonan menarik Siti Elizad dalam Gangster, saya merasa tertarik pula utk
melihat lakonan pertamanya dalam BKL dengan membawakan watak Zulhijjah, dan sememangnya watak itu satu permulaan yg bagus buat
Elizad walaupun cuma sedikit tetapi dia boleh dan sepatutnya diberi peluang yg lebih lagi
selepas ini. Antara adegan kesukaan saya ialah ketika Zulhijjah menangis di tepi pokok atas bukit. Seterusnya yg
patut diberi perhatian ialah lakonan pertama Fasha Sandha dalam watak utama. Ini baru
permulaannya, kalau dia pandai memilih skrip yg bagus, dia boleh jadi bagus (tetapi malangnya lakonan Fasha kelihatan
menurun kerana SH3). Saya juga suka bagaimana Bade mengawal watak Apek utk tidak
kelihatan seperti filem2 sebelum ini. Sebenarnya filem ini mempunyai banyak watak2 menarik yg muncul walaupun seketika
tetapi mempunyai peranan terhadap cerita dan meninggalkan kesan, seperti watak Bukhari
(Hasnul), bapa Bukhari (Adman Salleh) dan Mat Pet (Prono, menunjukkan lakonan terbaik beliau) - semuanya bagus. Tak
dilupakan Pelakon Kanak2 Terbaik, Danial. Cerita BKL bagi sesetengah penonton mungkin
membosankan, tetapi bagaimana Bade sebagai penulis mempersembahkan jalinan cerita yg ringkas, tanpa tergesa-gesa, dengan
unsur2 dramatik yg kadang2 mengejutkan malah tidak disangka, juga lebih hebat dengan
adanya unsur2 artistik yg membawa makna tertentu - semuanya itu telah menjadikan BKL antara filem2 bagus yg pernah saya
tonton. Dan tentunya anugerah Sinematografi Terbaik menjadikan penonton seperti saya merasa kerugian apabila terlepas tayangan filem
ini di pawagam, dan penonton lain yg bertuah pastinya berpuas hati dengan apa yg telah
mereka saksikan. Jadi, sekiranya ada lagi selepas ini filem2 yg anda (dan saya) tidak fahami judulnya hingga kini,
cepat-cepatlah ke pawagam.
****

2004
20 Julai
2004
Mungkinkah ramai penonton yg hilang
kepercayaan/minat terhadap filem ini setelah ia gagal merebut anugerah utama dalam FFM17 yg berlangsung
hampir serentak dengan tayangannya tidak lama dulu? Mungkin juga. Filem ini cuma meraih
anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, sedangkan pelakon utamanya Rosyam Nor dijadikan taruhan terbesar filem ini untuk
menarik perhatian penonton. Nasib tidak menyebelahi filem ini apabila nama pelakon (Rosyam) menjadi lebih besar dari
segala-galanya, termasuk ceritanya, dan padahnya bila ia ditayangkan dalam suasana
festival filem di mana apabila nama pelakon itu tidak mendapat pengiktirafan yg diharapkan maka kebanyakan penonton mungkin
menyimpulkan yg filem ini tidaklah terlalu hebat (?). Filem ini boleh berjaya di box-office
sekiranyanya tayangannya berlangsung lebih awal dari FFM (dan sudah tentunya sekiranya lebih banyak anugerah dapat
diraih), tapi itu bukanlah persoalannya. Filem yg bagus akan tetap bagus walaupun tanpa
sebarang pengikitrafan. Apa yg berlaku, kebanyakan pawagam cuma mampu menayangkan filem ini selama 2 minggu, itu pun
bersaing hebat dengan sisa tayangan Pontianak HSM. Berlari Ke Langit masih ditayangkan di
beberapa buah bandar utama, dan dipercayai akan tamat tayangannya menjelang Khamis ini, atau pun mungkin juga Hingga
Hujung Minggu ini. Saksikan sebelum ianya diVCDkan. Berlari ke pawagam. Cepat!
30 Jun
2004
Sudah seminggu tayangan. Kurang sambutan ke? Saya
sendiri masih belum sempat menonton. Tapi, akan ditonton juga.
23 Jun
2004
Bermula esok: BERLARI KE LANGIT
http://www.gsc.com.my/bkl
30 Mei
2004
AKAN MULA DITAYANGKAN - 24 Jun, sehari sebelum Festival
Filem Malaysia ke-17. Filem ini turut bertanding. Kalau menang anugerah nanti, dapatlah publisiti
percuma. Kalau kena tangkap polis pun dapat juga publisiti percuma (heheh). Bagaimana garapan Bade selepas KL
Menjerit? Apakah maksud berlari ke langit? Jawapannya: selepas ini.

2003
19 Mei
2003
BERLARI KE LANGIT - siapa yang tengok FFM16
hari tu dah tahu
tentang BKL ni. Arahan Bade. Lakonan Rosyam, Hasnul Rahmat dan pelakon heroin baru Fasha Sandha (pelakon Black Maria & Bintang Hati
yang masih belum ditayangkan). Kisah drama kehidupan. Kalau tak silap Rosyam jadi
nelayan. Hasnul jadi tabligh musuh Rosyam. Heroin sakit kanser. Tunggu jer lah.. tahun depan la ni.. Apek Senario pun
ada, jadi apek kot? (lawak jer..)

|