|
2005
25
Januari 2005
Ini
adalah filem terakhir yg saya tonton pada 2004. Filem ini
adalah filem tempatan yg ke-50 yg saya tonton di pawagam. Hari kesepuluh
tayangan, iaitu 25 Disember. Tidak seperti trailernya yg saya jangkakan ada teknik2 luarbiasa, filem Biar Betul ini sebenarnya
adalah terlalu biasa. Kalau tulisan dan publisitinya memberi harapan yg menggunung
tinggi, hasil sebenarnya bagi saya tidaklah begitu tinggi, malah tidak pun setinggi walau bukit. Kalau itulah yg
dikatakan indah khabar dari rupa, mungkin benarlah, atau lebih tepat lagi - betul lah! Biar Betul rupanya
masih begitu 'senario lagi'. Apek yg dikatakan membawa satu karaktor yg diluar kebiasaannya
sebenarnya sengaja dibiarkan ber'senario' dalam filem ini. Tiada apalah sangat yg perlu diperkatakan mengenai filem ini. Kisah
jenayah yg digabungkan dalam situasi komedi -yg sebenarnya boleh dijangkakan- mungkin juga agak segar dari sudut penceritaannya
berbanding filem lain. Tapi, apabila aksi komedinya yg memperbodohkan watak-wataknya
(bukan pelakonnya) dipaparkan secara terus-terusan -mungkin hingga ke tahap keterlaluan- filem ini jadi agak kurang seronok
utk ditonton. Penulis cerita ini cuba utk memberi moral atau simpati kepada para 'penjenayah terpaksa' filem ini, namun itu bukanlah sesuatu
yg menimbulkan masalah. Mungkin masalah filem ini ialah apabila ia ingin jadi komedi situasi, tapi masih bergantung sepenuhnya kepada para
pelakon komedi utk memberi hiburan sepanjang filem ini. Dan masalah seterusnya ialah apabila penulis cerita berbelah bagi sama ada utk
menghukum penjenayah tersebut atau menyanjung mereka. Sudah tentu penjenayah tersebut tidak dapat dan tidak patut disanjung atau
dimenangkan di akhir cerita. Tapi penulis kelihatan begitu beria-ia tidak mahu menghukum para penjenayah tersebut, dan seterusnya
membiarkan cerita tamat dengan tanda soal yg begitu besar (saya tak maksudkan Syanie sebab dia besar, tapi memang dia pun). Memang
penamat begitu membuka ruang utk sebuah cerita sambungan, tapi penonton keseluruhannya mahukan sebuah penamat sebenar, lainlah kalau
memang sudah ada filem sambungannya (seperti Kill Bill - filem yg entah kenapa di
sebut dalam The Making of Biar Betul). TAMAT.
**

2004
30
November
2004
AKAN DITAYANGKAN
- 16 Disember. Sudah pasti akan ditonton. Kisah jenayah dan aksi, antara kegemaran
saya. Tambahan pula melihat adanya idea2 baru (dlm filem tempatan), yg paling ketara penggunaan
split screen (3 frame!) mungkin agak asing pada penonton filem melayu. Apa pun, gabungan Aziz M. Osman,
Saiful Apek, Yassin, Afdlin Shauki dan Syanie sudah tentu bisa memadatkan panggung yg saya bayangkan akan
diledakkan dgn gelak ketawa yg hebat. Mungkinkah ini filem komedi terbaik tahun ini? Biar
Betul adalah sebuah lagi filem tempatan yg diedarkan oleh Columbia Tristar. Memang betul.
30 Jun
2004
DALAM PEMBIKINAN - Pos-produksi filem ini mungkin juga telah atau
hampir selesai. Target tayangannya pada Disember nanti. Berdasarkan publisiti sempena tamat penggambarannya dulu, saya agak tertarik
dengan jalan ceritanya. Jalan cerita yg memang saya tunggu-tunggu selama ini. Terus saja filem ni menjadi filem yg saya tak sabar nak
tonton nanti, walaupun hingga kini saya tak yakin filem ini seperti yg saya
bayangkan, atau filem ini akan jadi favorite saya atau tidak. Adakah saya 'memandang
rendah' pada kemampuan Aziz M. Osman sebagai pengarahnya? Emm.. susah nak kata, sebab filem macam ni memang
banyak dibuat oleh 'orang putih', jadi, bila pembikin filem Malaysia nak buat cerita macam ini, kita tak dapat lari dari membandingkannya
dengan filem luar. Itu yg saya tak dapat 'buang' dari fikiran buat masa ini.
Tapi, bila fikir semula - siapa lagi yg nak buat filem macam ni kan? Cuma Aziz M. Osman saja yg boleh diharapkan - dalam
ramai-ramai pengarah aktif sekarang ni. OKlah, ceritanya macam ni: filem ni kisah penjenayah
'amatur' - kisah rancangan jahat mereka yg bertukar menjadi huru-hara dan serba tak kena. Filem macam ni
selalunya menjadikan situasi yg tidak diduga itu sebagai bahan penarik utamanya. Selain itu, watak-watak
utamanya memang sungguh tak hero (anti-hero?), selamba jer. Aziz M. Osman membuat filem ini
menjadi sebuah komedi: komedi yg berkaitan dengan sesuatu yg serius - jenayah. Dalam publisiti akhbar
dulu, ada ditulis yg Aziz menyebut filem Snatch sebagai inspirasinya! Jalan cerita
Biar Betul ini ialah tentang seorang 'pencuri sambilan' yg kerjanya mencopet, tapi pada
suatu hari yg malang 2 orang perompak bank telah menjadikan pencopet itu sebagai tebusan mereka. Seorang saksi telah
tersalah anggap dan menyangka si pencopet adalah sebahagian daripada perompak
itu. Jadi, sekarang si pencopet itu sudah masuk senarai 'wanted' pihak polis. Mereka bertiga menjadi buruan polis dan kisah ini
tamat dalam masa satu hari! Tentu banyak perkara dan situasi yg berlaku dalam sehari
tu (adegan makan-makan pun pasti kurang sebab cerita tu sehari saja - ?). Tak banyak filem yg berani buat kisah dalam satu hari
macam ni - cabaran yg sungguh besar tentunya terhadap penulisnya: perlu pandai menyusun cerita. Susunan cerita bagus, baguslah cerita ni
nanti. Tapi, bila Aziz dah sebut tentang Snatch, tentunya saya harapkan gaya/style, atau shot, dan tentunya muziknya, kalaulah mereka boleh
buat setanding dengan Snatch, memang respek habis la (walaupun Aziz sebenarnya merujuk filem Snatch itu hanya kepada cerita dan
situasinya, sebab Aziz tentunya mahu gayanya yg tersendiri dalam filem Biar Betul ni
nanti). Pelakon utama: Apek, Afdlin, Wahid dan Syanie. Awal-awal lagi Aziz sudah confirm yg mereka akan bawa watak
ciptaannya dan bukan lagi identiti masing-masing. Hmm.. macam mana agaknya nanti rupa filem
ini. Yg lagi best tu, target tayangan filem ni ialah hujung tahun. Biar betul! semua filem dah mula target untuk
tayang hujung tahun (kalau tahun lepas baru 5 filem sudah kecoh, saya harap tahun ni ada lebih dari
5 filem dalam sebulan, itu baru Malaysia boleh)
18
Februari
2004
BIAR BETUL - arahan terbaru Aziz M. Osman.
Bagusnya Aziz sebab dia tak terikat dengan penerbit yg sama. Kali ini Aziz kembali dengan produksi syarikatnya ACE Motion Pictures dengan kerjasama
Nizarman. Filem komedi lakonan Afdlin Shauki dan Apek Senario. Tak pasti jalan
ceritanya. Dan filem ini pun belum dilancarkan lagi. Tak tahu juga sama ada judulnya
kekal begitu. Penggambarannya sedang berjalan. Tunggu je lah, walaupun penonton sekarang dah tak menanti filem Aziz
M. Osman macam suatu masa dulu. Penonton sekarang tengok pelakon dulu. Tapi, kalau
pelakonnya Apek, sudah tentu ramai peminat dia nanti. Cuma, semoga Aziz dapat kawal sikit Apek dan Afdlin tu, jangan
bagi trademark diorang dalam filem lain tu menyerlah sangat dalam filem ini, bagi filem ini ada
identiti sendiri sikit.

|