|
2004
20 Julai
2004
Intro: pembukaan filem ini berjaya menarik perhatian saya.
Lagu nyanyian dan persembahan Amy Mastura. Penonton boleh menikmati kredit dengan best
nya. Yg tak suka lihat kredit, boleh lihat Amy menyanyi. Selepas itu: adegan atau shot pertama mengingatkan saya
pada The Big Durian. Menara berkembar KLCC, ada dua lagi shot KLCC sepanjang filem ini
nanti, simbol yg menunjukkan perubahan lokasi yg telah kembali ke Kuala Lumpur. Penonton berkenalan terlebih dahulu
dengan watak Tasha, kereta dia rosak. Selain Tasha, Amy juga bawa watak penyanyi bernama
Syakila, yg sememangnya sungguh menghiburkan (<--tak tahu nak guna perkataan yg selain dari ini), cara
percakapannya yg mengada-ngada serta gayanya yg tak sedar diri - tak over, tapi menjadi. Watak lain bagi
saya tidak terlalu menonjol, filem ini sememangnya milik Amy Mastura, dialah Bintang untuk filem
ini. Penonton juga dibawa ke beberapa lokasi menarik sepanjang sesi promosi pura-pura Syakila, yg kemuncaknya
berlangsung berhampiran dengan kampung Tasya, di mana konflik cinta 3 segi menjadi kenyataan.
Penutup filem ini juga OK, ada kesimpulan yg boleh difikirkan, terutama sekali untuk golongan 'artis' dan para
'pemuja' mereka yg mungkin selama ini cuma nampak permukaan dunia hiburan yg selalunya
cumalah "kerja bohong" seperti kata Jun, seorang komposer muzik lakonan Fasha Sandha. Filem ini lebih menarik berbanding 'dunia
artis' dalam Idola.
Trivia: Aziz M. Osman muncul sebagai pengarah video klip Syakila, cuma kali ini dia guna alih suara siri Jepun.
Satu lagi trademark Aziz yg muncul beberapa kali dalam filemnya sebelum ini ialah
lokasi di dalam tandas, baru-baru ini dapat dilihat dalam GGPR.
Selepas menonton: kesimpulan yg amat menarik untuk direnungkan - bakat nyanyian perlu wujud dalam diri seseorang itu
sebelum dia ingin menjadi penyanyi, kerana cuma bakat semulajadi yg akan kekal lama. Wartawan
(Izad), pengurus artis (Tasya) dan mungkin juga penjual burger (Kumpulan Spider) boleh saja menjadi penyanyi dan
menyanyi dengan bagus, sekiranya mereka memang berbakat. Kepada Syakila dan Jelly:
anda tahu siapa anda... rentikanlah! Sesiapa yg belum menonton filem ini, mungkin juga anda ingin tahu siapa Poyo,
dan kenapa Poyo dipanggil Poyo? Filem ini ada jawapannya! Kepada Poyo: "Lagu rock satu lagu.."
***
30 Jun
2004
VCD telah dipasarkan. Belum sempat tonton.
Dapatkan VCDnya sekarang.
7 April
2004
SEDANG DITAYANGKAN - apa
alasan saya untuk tidak menonton filem ini? Hah! Judulnya tak menarik perhatian
langsung... (takde alasan lain ke? tak mau support filem kita cakap jer lah.
banyak lah... bapak punya bapak punya alasan. pergi lah tengok woi). Sementara
tunggu vcd nya keluar, pergi baca catatan 29hb Mac di...
http://sultanmuzaffar.blogspot.com
2 Mac
2004
Inilah filem yang paling
banyak belanja promosinya, sebab ia ditaja oleh Lux. Tak promo pun takpe,
peminat Amy Mastura memang ramai nak tengok dia jadi penyanyi dalam filem ni.
18
Februari
2004
AKAN DITAYANGKAN - 25 Mac. Rasanya peminat-peminat Amy Mastura
dah tak sabar-sabar lagi dah ni. Melonjak-lonjak kegumbiraan tunggu filem ni. Amy kembali dalam watak
happy, yang memerlukannya control kiut sepanjang cerita. Tambah lagi bila tengok iklan Bintang Hati Lux
dalam TV, lagilah peminat tak sabar nak ke pawagam - tersengih je tengok iklan tu.
Saya baru tahu
yg Bintang Hati ialah judul album Amy yg paling akhir dikeluarkan (tahun lepas?). Aziz M. Osman memang handal
buat cerita 'romantik komedi macam Hollywood' macam ni. Kiranya kalau filem ni tak
jadi, memang menghairankan sikitlah - sebab Aziz memang terer buat filem cam ni.
Cuma, pelakon lelaki dia tu - Anuar Zain - yang macam... err, entah. Walaupun dia dah pernah berlakon Soal Hati
beberapa adegan, harap tidaklah wujud seorang lagi Hairie Othman dalam filem Aziz yang
terbaru ini. Terbitan Tayangan Unggul, saya dah macam tertunggu nak tengok poster
dia.
[Kalau pertandingan 1 lawan 1,
nampaknya Nasha (Trauma, Buli) dan Amy (Trauma, Bintang Hati) sudah seri 2 sama
untuk tahun ini, dan Erra (Kuliah Cinta) terkeluar, haha]
21 Januari
2004
AKAN DITAYANGKAN - 25
Mac. Ini komedi-romantik yang saya tunggu-tunggu. Salah satu daripadanya. Ini filem kedua Aziz M. Osman
dalam tahun ini. Sekali lagi Amy Mastura memegang watak utama. Kali ini dia bawa DUA watak. Filem yang
akan membuktikan lagi keupayaan lakonan Amy selepas Trauma. Cuma, judulnya agak... errr -
biasa! Dulu pernah disebut yang Bintang Hati adalah judul awal yang akan ditukar.
Mungkin tak jadi tukar atau ada sebab lain. Saya juga tak pasti adakah ini tajuk lagu. Saya masih
menanti judul-judul filem yang panjang tapi mencuit hati (ini contoh saje tau: 10 Sebab Saya Benci
Awak, Ada Sesuatu Tentang Mariam, Bila Haris Bertemu Salmah, Perkahwinan Rakan Baikku dan lain-lain -
mungkin BM tak sesuai sebab terlalu panjang sebutannya, tapi lawak ape?)

2003
24 Mac
2003
BINTANG HATI - komedi romantik (lagi) arahan Aziz M. Osman. Lakonan
Amy Mastura (dua watak) dan Anuar Zain. Pelakon lain tak ingat. Kisah penyanyi (Amy)
dan seorang yang muka sama dengannya (Amy jugak). Anuar jadi wartawan dan bercinta dengan Amy kot (yang penyanyi ke
yang sorang lagi entahlah). Teringat pula filem Kembar Siam lakonan Os di mana Os
pelakon terkenal telah menukar identiti dengan budak kampung yang muka sama dengannya
dan teringin jadi film star. Lawak gila masa
dia kena berlakon depan kamera. Sori, terlari tajuk pulak. Bintang Hati diterbitkan oleh Tayangan Unggul. Ini adalah filem Aziz yang ke-3 dan
terakhir kontraknya bersama Tayangan Unggul selepas Idola dan Trauma. Aziz dilaporkan akan berehat dari filem dan mencari idea-idea baru
lepas ni..

|