[VCD] - BISIKAN REMAJA


2004

30 Mei 2004
Sesuatu yg bagus tentang kisah remaja ini ialah kerana ia tidak melibatkan 'bukan remaja' dalam ceritanya. Tiada kisah ibu, bapa, cikgu, kakak, mahupun tukang kebun. Kisah keluarga Daniel yg berpecah juga sekadar menjadi alasan untuk tindakannya yg seterusnya. Semuanya adalah tentang kehidupan para pelajar yg tidak belajar tapi membuat benda lain dalam kehidupan mereka di sebuah kolej. Filem begini tidak memberikan 'sesuatu' kepada penontonnya, hiburan juga tidak seberapa. Filem ini 'kosong'. Jalan cerita juga tidak asli, sudahlah begitu tidak mampu dikawal dengan baik. Kucar-kacir, sama seperti posternya. Apa yg dapat diperhatikan, filem ini tidak dibuat dengan serius. Ada satu babak diakhir filem di mana watak Hasnul Rahmat kelihatan terlompat-lompat kedudukannya bila bertukar posisi kamera. Lakonan beberapa pelakon boleh tahan juga. Oleh kerana saya menonton filem ini selepas Gila-Gila Pengantin Remaja, maka saya harus katakan Zed Zaidi lebih meyakinkan dalam filem Bisikan Remaja ini. Dan, Nasrizal Ngasri membawakan watak 'badut' (perlu ada dalam setiap filem remaja) pun OK lar... walaupun rambut palsu dia tu sungguh tidak perlu.
* (kalaulah bintang ini berharga, harganya ialah "satu ratas ranggas!")

7 April 2004
VCD Bisikan Remaja dah keluar. Tak sabar nak tengok cerita mengarut ni. Akan membandingkannya secara serius dengan Diari Romeo (pengarah yg sama).

2 Mac 2004
Hari ke-6 tayangan. Ada seminggu lagi sebelum Buli datang membuli.

18 Februari 2004
AKAN DITAYANGKAN - 26 Februari. Bermula Khamis minggu depan. Filem yg akan terlepas untuk disaksikan oleh peserta Khidmat Negara. Mereka semua selamat sebenarnya, kerana filem ini pun bukannya ada apa sangat. Kalau buat untuk terus ke vcd pun rasanya lebih untung. Poster filem ini pula adalah yang paling buruk setakat ini. Tiada usaha langsung. Semua gambar kepala - berapa belas kepala ada pada poster pun tak tahulah. Kalau boleh semua pelakon mesti ada mukanya pada poster. Susun atur tunggang langgang, penuh juga dengan tulisan. Tapi, bila dilihat poster-poster filem keluaran Berjaya Filem (Panshah) sebelum ini pun semuanya teruk, termasuk Lenjan (harap tulisan saja brutal), Perempuan, Isteri dan.. pun kurang menarik. Mungkin orang yang membuat poster Berjaya ni semuanya adalah orang yg kerjanya mencetak poster, bukannya merekabentuk poster. Kalau tengok dalam internet berapa punya banyak orang yg terer grafik ni, berapa punya kreatif kerja diorang. Bagi jer lah diorang buat. Tak payah banyak modal lah. Walaupun begitu, semoga garapan Zul M. Osman setanding dengan Diari Romeo walaupun ceritanya terlalu biasa. Mungkin juga ada aspek lain yg bagusnya dalam filem ini? Tunggu vcd.

21 Januari 2004
AKAN DITAYANGKAN pada 26 Februari. Sebuah lagi kisah cinta remaja. Saya agak ragu-ragu dengan filem ini. Saya cuma harapkan rupa Diari Romeo ada dalam filem ini. Rupa yang kemas, gaya yang menarik. Saya kurang pasti penulis cerita ini. Ia diarahkan secara bersama oleh Zul M. Osman dan Din Glamour. Mungkin ada harapan, walaupun penerbitnya Pansha agak lama menyepi selepas Lenjan.


2003

24 Disember 2003
AKAN DITAYANGKAN - 26 Februari 2004. Sebuah lagi arahan Zulkeflie M. Osman. Bukan dia sorang saja, Din Glamour juga share kerusi yg sama. Kalau Diari Romeo hasil tulisan Aziz M. Osman, kali ini dia muncul pula sebagai guest star (bukan gangster ok).

12 Jun 2003
BISIKAN REMAJA - Pansha dan Berjaya Filem kembali dalam kerancakan filem tempatan (kali terakhir menerbitkan Lenjan). Dikatakan akan diarahkan oleh Zulkeflie M. Osman bersama Din Glamour. Filem ni pun sama macam Kuliah Cinta dari segi kategori, cuma pelakonnya saja yang kelihatan lebih bertepatan dengan tema remajanya - iaitu Hasnul Rahmat dan Nisdawati (dulu 'menjerit', sekarang ber'bisik' pulak? apa-apa sajalah..).



www.filemkita.com © 1999-2005 khys