|
2003
15 Julai
2003
Sebelum menonton filem ni di
pawagam, memang dah tahu yg pengarahnya Ambri adalah
bekas penolong Yusof Haslam dalam banyak filem arahannya. Dalam sebuah
artikel, Yusof sendiri mengaku
pengaruh gaya arahannya dapat dilihat dalam karya sulong Ambri
ini. Jadi, saya tak menaruh harapan yg tinggi sangat. Memang nampak macam filem Yusof pun. Ceritanya memang seakan mahu mencabar
penonton.. tapi, terlalu dibuat-buat. Boleh dikatakan tiada pembaharuan atau peningkatan dari semua
segi. Semua nampak biasa. Sebagai hasil sulung penerbit juga pengarahnya, mereka memang beruntung sebab dapat pelakon semuanya yang tengah top.
Selainnya, taraf telefilem. Saya paling tak suka bila judul
Black Maria tu muncul di skrin. Alahai, tak semangatnya bila tengok tulisan putih yang macam
siapa-pun-boleh-buat tu. Pembukaan filem yang tak memberi harapan untuk 100 minit
seterusnya.
**
12 Jun
2003
BLACK MARIA - akan datang 2 minggu lagi. Nisdawati, Azhar
Sulaiman, Eizlan Yusof, Julia Hana, Joe Radzwil, Fasha Sandha dll. Nantikannya..
[Malangnya, filem ni terpaksa berentap dengan sekuel Charlie's Angels.
Itulah, orang suruh tayang awal tak nak. Degil :)]
27 Mei
2003
Tarikh tayangan
(26 Jun 2003) - sebuah lagi filem yang menggunakan judul Bahasa Inggeris. Kalau tak
salah, Black Maria tu nama samaran satu watak jahat dalam filem ni. Lama jugak tunggu, akhirnya ditayang
juga. Lakonan kedua Nisda dan arahan pengarah/penerbit baru. Jadi, tak payah harap sesuatu yang
hebat. Diorang ada budget untuk promosi ke? Tayangan pulak di tengah-tengah
tahun, banyak filem-filem blockbuster orang putih tengah tayang. Saya akan cuba untuk tengok filem ni. Jalan
cerita boleh tahan juga bila baca sinopsis. Macam mana persembahannya belum tahu.
24 Mac
2003
Masih belum ditayangkan - filem ni khabarnya ada sedikit problem.
Maklumlah penerbit baru.

2002
26 Ogos
2002
BLACK MARIA - cerita orang muda.
Harap ada sesuatu
yang baru. Ambri Kailani (penolong pengarah filem Yusof Haslam) kini bergelar sutradara dan
penulis skrip. Filem terbitan Simfoni Makmur Sdn Bhd membawa kembali Azhar
Sulaiman (Sayang Salmah '95 dan cameo
dalam Senario Lagi 2000) sebagai watak utama bersama Eizlan Yusof. Erra sepatutnya jadi Maria,
tapi dia dah banyak sangat berlakon, jadi Nisdawati (KL Menjerit) mendapat peluang membuktikan dirinya memang boleh
berlakon (watak utama lagi).

|