[PAWAGAM] - BUAI LAJU-LAJU


2004

17 September 2004
Siapa tak faham 'filem kita wajah kita', pergi tengok Buai Laju-Laju. Jangan tengok ceritanya saja, tapi wajahnya. Betul2 wajah tempatan, wajah malaysia. Bukan wajah pelakonnya (atau wajah anda), tapi gambaran sebuah realiti yg U-Wei berjaya hidupkan.

11 September 2004
Promosi filem...

10 September 2004
Hari kedua tayangan. Waktu tayangan juga mungkin penyebab kurangnya penonton malam itu. Cuma 8 orang. Antara percaya dengan tidak, Buai Laju-Laju (BLL) adalah filem kedua U-Wei yg saya tonton di pawagam selepas Perempuan, Isteri dan...? (PIJ) hampir 11 tahun yg lepas! Sebenarnya pawagam yg menayangkan BLL ini juga mengingatkan saya pada hari saya menonton PIJ dulu. Pawagam ini agak teruk, walaupun dalam kompleks perniagaan, tetapi boleh dengar bunyi muzik yg kuat dari restoran di luarnya. BLL bermula dengan ringkas, filem ini memang filem yg ringkas secara keseluruhannya. Tiada sesuatu yg gah dlm setiap satu adegannya. Dan mungkin kerana itu juga filem ini tidak menarik minat ramai penonton. Pelakon2 yg bagus seperti Eman Manan, Khalid Salleh, Adlin Aman Ramlie dan Hasnul Rahmat bukanlah penyebab utk para penonton menonton BLL ini. Jadi, siapakah penonton yg menjadi penonton BLL ini? Siapakah 7 org penonton lagi yg berada dlm pawagam malam itu? Kalau mereka berkongsi pendapat yg sama seperti saya, mereka mungkin berada di situ utk menyaksikan sebuah CERITA. Ya, bagi saya BLL menarik perhatian saya kerana ceritanya. Itu yg saya nampak dalam setiap filem arahan U-Wei. Dan untungnya BLL ini kerana ia disokong oleh para pelakon hebat, jadi filemnya jadi hidup. Mungkin ramai yg komplen mengenai lakonan pertama Betty Banafe dalam filem ini, tapi Betty juga pada saya telah memberi yg terbaik, cuma mungkin lakonannya agak tenggelam kerana karakter Eman Manan begitu kuat hingga melayakkannya mendapat anugerah Aktor Terbaik. Bagaimanapun filem ini hancur dalam aspek teknikalnya, sesuatu yg tak patut berlaku. Gambarnya yg dihasilkan oleh video (bukan filem), rakaman bunyi dan muziknya, semuanya nampak seperti tak selayaknya utk sebuah cerita, lakonan dan arahan yg boleh dikatakan mantap ini. Kerana itu juga filem BLL ini tak mungkin diletakkan setanding dengan filem2 arahan U-Wei sebelum ini.
****

30 Jun 2004
AKAN DITAYANGKAN - September. Laman web penerbitnya telah pun menukarkan sasaran tayangan bulan Jun kepada September. Mungkin filem ini juga sedang difikirkan tarikh tayangannya oleh Syarat Wajib Tayang. Diharapkan dengan kemenangan Eman Manan sebagai Pelakon Terbaik FFM17, filem ini akan mendapat sambutan ramai walaupun tarikh yg akan dipilih nanti mempunyai saingan kuat dari filem lain, yg mungkin juga melibatkan PGL. Box-office RM1 juta? Lebih baiklah filem ini yg dapat sambutan penonton berbanding filem2 komedi murahan yg mungkin menjadi saingannya nanti. Sokong Buai Laju-Laju!!

30 Mei 2004
Laman web penerbitnya mensasarkan Mei/Jun untuk tayangan di Malaysia/Singapura. Filem ini sudahpun ditayangkan di Festival Filem Singapura dalam bulan Mei. Tiada wartawan Malaysia yg mengulas mengenai persembahan filem ini. Bulan Jun akan muncul. Masih tiada sebarang berita mengenainya. Filem ini juga tidak sempat untuk bertanding dalam FFM17 kerana dikatakan masih tidak mendapat kelulusan LPF. Filem ini perlu dibuai lebih laju lagi, kerana nampaknya sekarang pihak LPF yg bertanggungjawab menghentikan buaian itu.

2 Mac 2004
Ada satu klip preview dalam website penerbitnya. Bukan klip dari filem, tapi gambar-gambar dari poster yg telah disusun menjadi sebuah persembahan. Muzik atau apa-apa bunyi pun tiada. Bolehlah download kalau dah tak sabar menanti. Pastikan ada perisian Quicktime untuk menontonnya.
http://www.lebrocquyfraser.com/04_films/post-production/swing_high_preview.htm
http://www.lebrocquyfraser.com/downloads/endBLL.mov

18 Februari 2004
TARIKH BELUM DIPASTIKAN - masih lagi belum ada pengumuman, tapi filem ini sah akan menyertai Festival Filem Singapura April nanti. Mungkin akan ditayangkan di Malaysia selepas itu (Mei? Jun?). Nampaknya sekali lagi orang luar dapat tengok dulu filem U-Wei ni. Lagipun tayangan di Malaysia tak perlu cepat-cepat, bukan orang nak tengok sangat pun.


2003

25 Disember 2003
PROMOSI - untuk lihat poster Buai Laju-Laju:
http://www.filemkita.com/buai

24 Disember 2003
BUAI LAJU-LAJU - arahan terbaru U-Wei Saari. Sudah siap dan menunggu tayangan. Pengumumannya dah lama, tapi dulu kata nak dibuat VCD, akhirnya dah 'bertukar jantina', jadi filem pulak. Lain kali lah cerita panjang.

12 Ogos 2003
Terdapat khabar angin yang VCD arahan U-Wei, Buai Laju-Laju telah dicadangkan untuk dinaik taraf menjadi filem.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys