|
2005
18 April
2005
Berikut adalah carta
populariti filem yang dilihat oleh pengunjung filemkita.com sejak 6 bulan yang
lepas, bermula pada Oktober 2004 hingga Mac 2005.
OKTOBER 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah
hits - Judul filem
01
(01): 3458 - Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (05): 0661 - Cinta Luar Biasa
03 (04): 0602 - Pontianak Harum Sundal Malam
04 (--): 0396 - Tujuh Perhentian
05 (03): 0385 - Buai Laju-Laju
06 (02): 0360 - Puteri Gunung Ledang (1961)
07 (--): tiada
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
Setelah mendapat lebih 13000 hits pada
September, bulan ini PGL 2004 tetap kekal popular di tempat pertama walaupun
jumlah hitsnya kelihatan berkurangan secara mendadak, begitu juga hits
keseluruhan filemkita.com yang kembali normal setelah redanya demam PGL. Cinta
Luar Biasa yang ditayangkan sepanjang bulan ini popular di tempat kedua.
Sementara Tujuh Perhentian yang akan ditayangkan bulan hadapan mulai mendapat
perhatian di tempat keempat.
NOVEMBER 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah
hits - Judul filem
01 (01): 2064 - Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (04): 0704 - Tujuh Perhentian
03 (--): 0669 - I Know What You Did Last Raya (IKWYDLR)
04 (--): 0520 - Main-Main Hantu
05 (03): 0399 - Pontianak Harum Sundal Malam
06 (--): 0391 - SH3
07 (05): 0379 - Buai Laju-Laju
08 (02): 0360 - Cinta Luar Biasa
09 (--): 0329 - Awas
10 (--): tiada
PGL masih menjadi perhatian penonton
walaupun Tujuh Perhentian dan IKWYDLR sedang ditayangkan di pawagam. Genre seram
yang menjadi perhatian penonton turut mempopularkan sebuah filem lama, Main-Main
Hantu di tempat keempat. Sementara filem Awas muncul secara tiba-tiba di tempat
kesembilan hasil publisiti pelakon filem tersebut, Linda yang menimbulkan semula
kes kontroversinya tidak lama dahulu. Jumlah pengunjung baru filemkita.com juga
turut meningkat hasil publisiti tersebut.
DISEMBER 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah
hits - Judul filem
01 (01): 2011 - Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (--): 0872 - Biar Betul
03 (--): 0515 - Gangster
04 (06): 0443 - SH3
05 (03): 0422 - I Know What You Did Last Raya
06 (02): 0408 - Tujuh Perhentian
07 (05): 0403 - Pontianak Harum Sundal Malam
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
PGL masih belum berjaya ditewaskan di
tempat pertama walaupun 3 buah filem baru ditayangkan pada bulan ini. Biar Betul
adalah filem baru paling popular yang terus memasuki carta di tempat kedua.
Sementara Gangster yang akan mula ditayangkan pada Januari 2005 menunjukkan
tanda-tanda untuk 'mengganas' dengan bermula di tempat ketiga. Filem-filem lain
pula semakin menurun popularitinya.
JANUARI 2005:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah
hits - Judul filem
01
(03): 1115 - Gangster
02 (01): 1012 - Puteri Gunung Ledang (2004)
03 (07): 0441 - Pontianak Harum Sundal Malam
04 (--): 0344 - GK3 The Movie
05 (--): 0332 - Tak Ori, Tapi OK (TOTO)
06 (05): 0314 - I Know What You Did Last Raya
07 (--): 0311 - Buai Laju-Laju
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
Seperti yang dijangka, tahun 2005
menyaksikan filem Gangster memberi satu kejutan kepada PGL dengan merampas
tempat pertama. PGL yang menjadi filem paling popular sejak Julai 2004, akhirnya
turun ke tempat kedua. Filem-filem baru 2005 juga sudah mula mendapat perhatian,
seperti GK3 The Movie dan TOTO.
FEBRUARI 2005:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah
hits - Judul filem
01
(02): 0769 - Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (01): 0456 - Gangster
03 (03): 0403 - Pontianak Harum Sundal Malam
04 (--): 0386 - Sepet
05 (04): 0366 - GK3 The Movie
06 (--): 0284 - Gila-Gila Remaja
07 (--): tiada
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
Populariti PGL kembali meningkat hasil
pencalonan awal dalam Academy Awards. Dengan itu Gangster terpaksa turun ke
tempat kedua. Sementara itu filem 2004 yang masih popular setanding dengan PGL
ialah Pontianak HSM yang mula memasuki carta sekali dengan PGL pada Februari
2004. Kedua-dua filem tersebut telah bertahan lebih dari setahun dengan PGL
mendapat tempat pertama sebanyak 7 kali dan Pontianak HSM cuma 2 kali. Di tempat
keempat ialah filem Sepet yang baru mula ditayangkan hujung bulan ini. Filem
lama yang mendapat perhatian ramai pada bulan ini ialah Gila-Gila Remaja.
MAC 2005:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah
hits - Judul filem
01
(--): 3938 - Anak Mami The Movie
02 (--): 0792 - Mami Jarum
03 (--): 0790 - Mami Jarum Junior
04 (01): 0653 - Puteri Gunung Ledang (2004)
05 (--): 0645 - Cinta Rosevilla
06 (04): 0587 - Sepet
07 (03): 0558 - Pontianak Harum Sundal Malam
08 (06): 0445 - Gila-Gila Remaja
09 (02): 0344 - Gangster
10 (--): 0275 - Black Widow - Wajah Ayu
Jangan terkejut dengan kedudukan carta
bulan ini. Tiada masalah teknikal pada laman web, tetapi cumalah sebuah lagi
publisiti gempar. Pihak media cetak telah menggembar-gemburkan kisah pelakon
yang terlibat dalam kes dadah dengan menyebutnya sebagai pelakon 'filem Anak
Mami'. Maka filem Anak Mami The Movie adalah filem paling popular bulan ini!
Bukan itu saja, filem Mami Jarum dan Mami Jarum Junior turut menjadi perhatian
utama para pengunjung. Oleh itu, PGL cuma mampu menguasai tempat keempat. Di
tempat kelima ialah filem Cinta Rosevilla lakonan Shereen (yang pernah berlakon
dalam TELEFILEM Menantu Mami dan Cucu Mami, bukannya filem Anak Mami). Sebuah
lagi filem lama Black Widow pula berjaya memasuki carta atas sebab yang tidak
dapat dipastikan.
Bagaimanakah kedudukan pada bulan April. Adakah PGL atau pun Pontianak HSM akan
terkeluar akhirnya? Dapatkah Sepet menguasai tempat pertama? Filem manakah yang
paling popular pilihan pengunjung filemkita.com? Tunggu carta April 2005...
2004
31 Oktober
2004
OGOS 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (01): 6895 -
Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (04): 1212 - Hingga Hujung Nyawa
03 (02): 1154 - Pontianak Harum Sundal Malam
04 (--): 0825 - Puteri Gunung Ledang (1961)
05 (--): 0730 - Makar
06 (--): 0682 - Aku No. 1
07 (05): 0664 - Buai Laju-Laju
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
SEPTEMBER 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (01): 13087 - Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (04): 01641 - Puteri Gunung Ledang (1961)
03 (07): 01392 - Buai Laju-Laju
04 (03): 00929 - Pontianak Harum Sundal Malam
05 (--): 00898 - Cinta Luar Biasa
06 (02): 00683 - Hingga Hujung Nyawa
07 (--): tiada
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
PGL 2004 mencatat jumlah hits tertinggi pada September hingga berjaya
mengatasi jumlah hits pada laman utama filemkita.com (index.htm). 13000 lebih hits dalam masa sebulan tidak mungkin dapat dicapai oleh
mana-mana filem lagi selepas ini. PGL 2004 juga berjaya mengekalkan kedudukan tempat pertama untuk 3 bulan berturut-turut bagi menyamai
rekod Trauma. Sementara itu, Trauma akhirnya terkeluar daripada carta pada Ogos lalu setelah bertahan sejak awal Januari hingga Julai.
Filem-filem lain yang popular dalam masa 2 bulan lalu ialah Pontianak HSM dan Hingga Hujung Nyawa. Tidak ketinggalan, Buai Laju-Laju juga
menjadi perhatian ramai bila ia mula ditayangkan pada awal September. Secara
keseluruhannya, bulan September telah mencatatkan rekod tersendiri apabila buat pertama kalinya laman web ini menerima lebih
1 juta hits dalam masa sebulan. Betapa hebatnya penangan sakti sang Gusti Putri!!
10 Ogos
2004
JULAI 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (02): 2259 - Puteri Gunung Ledang (2004)
02 (01): 2030 - Pontianak Harum Sundal Malam
03 (03): 1163 - Berlari Ke Langit
04 (04): 1067 - Hingga Hujung Nyawa
05 (07): 0441 - Buai Laju-Laju
06 (10): 0353 - Trauma
07 (--): 0305 - KL Menjerit
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
Tempat pertama dan kedua saling berubah kedudukan. PGL akhirnya
menjadi tumpuan ramai menjelang tayangannya Ogos ini. Sementara Pontianak HSM hanya
berjaya kekal 2 kali di tempat pertama, tidak mampu menyamai rekod Trauma sebanyak 3 kali. Adakah PGL mampu
bertahan menarik perhatian ramai hingga penghujung September nanti? Selain itu Buai Laju-Laju juga mula menarik perhatian
dengan mencapai tempat ke-5. Agak menghairankan juga, Trauma masih popular dalam
carta sejak Januari lalu, malah kini naik semula ke tempat ke-6? Begitu juga peminat KL Menjerit seakan tidak sabar menantikan kisah
sambungannya. Lain-lain tempat tiada judul filem kerana ramai pengunjung lebih tertarik dengan laman
Istimewa PGL yg sebenarnya paling popular pada bulan ini berbanding judul filem itu
sendiri, juga filem-filem lain.
19 Julai
2004
JUN 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (01): 2247 - Pontianak Harum Sundal Malam
02 (02): 0730 - Puteri Gunung Ledang (2004)
03 (07): 0661 - Berlari Ke Langit
04 (05): 0492 - Hingga Hujung Nyawa
05 (09): 0396 - Shhh... The Movie (SH3)
06 (03): 0395 - Gila-Gila Pengantin Remaja (GGPR)
07 (07): 0389 - Buai Laju-Laju
08 (08): 0331 - Kuliah Cinta
09 (10): 0327 - Bicara Hati
10 (06): 0309 - Trauma
Tempat pertama dan kedua tidak berubah. Sementara itu Berlari Ke
Langit yg ditayangkan hujung bulan ini sempat melonjak ke tempat ke-3, cuba mencabar populariti PGL. Shhh The Movie juga mula mendapat
perhatian ramai. Selain itu tak banyak perubahan pada lain-lain kedudukan. Walau bagaimanapun, 2 buah arahan Aziz M.
Osman, GGPR dan Trauma semakin menurun popularitinya walaupun masih mendapat perhatian
ramai.
29 Jun
2004
MEI 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (04): 1554 - Pontianak Harum Sundal Malam
02 (02): 0706 - Puteri Gunung Ledang (2004)
03 (--): 0436 - Gila-Gila Pengantin Remaja
04 (03): 0360 - Bintang Hati
05 (--): 0336 - Hingga Hujung Nyawa
06 (01): 0330 - Trauma
07 (--): 0327 - Berlari Ke Langit
07 (07): 0327 - Buai Laju-Laju
08 (10): 0294 - Kuliah Cinta
09 (--): 0285 - Shhh... The Movie (SH3)
10 (--): 0283 - Bicara Hati
Bulan ini menunjukkan peningkatan mendadak jumlah hits pengunjung,
iaitu sebanyak sekali ganda. Sebelum ini purata hits sehari sekitar 8000 sahaja, tetapi kini telah meningkat menjadi 16000 hits
sehari! Antara punca utamanya ialah tayangan filem Pontianak. Walaupun cuma ditayangkan bermula 20hb, tetapi pengunjung yang 'mencari' Pontianak
telah muncul sejak awal lagi. Pontianak HSM akhirnya merampas tempat pertama dengan hits tertinggi setakat ini. Filem paling popular untuk
3 bulan berturut-turut, Trauma akhirnya turun ke tempat ke-6. PGL masih kekal menarik perhatian pengunjung sejak Februari. Selain itu
filem-filem baru dan filem yang akan ditayangkan juga mendapat perhatian ramai. Kedudukan lain tidak banyak berubah. Bulan ini juga
buat pertama kali tiada filem-filem lama yang mampu mengatasi filem baru. Perhatian
pengunjung tertumpu sepenuhnya pada filem-filem baru.
2 Jun
2004
filemkita.com sudahpun hampir 7 bulan dibuka secara rasmi, sejak 5
November 2003. Berikut adalah senarai 10 hits tertinggi yg dicatatkan untuk setiap judul filem dalam setiap bulan. Senarai ini merangkumi 6
bulan pertama, hingga 30 April lalu.
NOVEMBER 2003:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (--): 061 - The Big Durian
02 (--): 059 - Cinta Kolestrol
03 (--): 050 - First Take, Final Cut
04 (--): 049 - Janji Diana
05 (--): 046 - Gila-Gila Pengantin
06 (--): 045 - Gedebe
07 (--): 044 - Aku Kaya The Movie
07 (--): 044 - Paloh
08 (--): 041 - Diari Romeo
09 (--): 029 - Ali Baba Bujang Lapok
10 (--): tiada
Perhatikan jumlah hits yg terlalu sedikit untuk semua filem. Ketika
itu pengunjung filemkita masih belum begitu ramai kerana ia baru dibuka. Perbezaan hits juga terlalu hampir untuk setiap judul.
Perhatikan The Big Durian dan Cinta Kolestrol yg masing-masing menduduki tempat pertama
dan kedua. The Big Durian mendapat perhatian yg lebih kerana buat pertama kali ia disenaraikan bersama-sama filem
pawagam yg lain - ramai yg ingin ambil tahu. Begitu juga judul seperti First Take, Final Cut dan
juga Gedebe. Aku Kaya dan Paloh berkongsi tempat ke-7. Ali Baba Bujang Lapok pula menjadi perhatian
pengunjung apabila filemkita menyiarkan dialog dan gambar dari filem komedi klasik tersebut. Pengunjung juga
masih belum meneroka kandungan filemkita dan judul-judul lain, menjadikan tempat ke-10
kosong tanpa judul filem.
DISEMBER 2003:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (02): 425 - Cinta Kolestrol
02 (--): 130 - MX3
03 (--): 123 - Mr. Cinderella 2
04 (--): 116 - Balik Kampung
05 (09): 115 - Ali Baba Bujang Lapok
06 (--): 107 - Cucu Datuk Merah
07 (08): 081 - Diari Romeo
08 (--): tiada
09 (--): tiada
10 (--): tiada
Pengunjung semakin ramai, hits semakin banyak. Cinta Kolestrol
melonjak ke tempat pertama dengan hits paling tinggi. Filem-filem hari raya yg baru
ditayangkan juga mendapat perhatian di kedudukan ke-2 dan ke-3. Makin ramai yg suka dengan dialog Ali Baba - ia melonjak
ke tempat ke-5. Dialog dan gambar yg baru disiarkan untuk filem Balik Kampung dan Cucu Datuk
Merah turut mendapat perhatian ramai. Walau bagaimanapun, filem-filem lain masih tidak mendapat perhatian.
JANUARI 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (01): 504 - Cinta Kolestrol
02 (07): 198 - Diari Romeo
03 (--): 165 - Sembilu
04 (--): 179 - Do Re Mi
05 (--): 173 - Jutawan Fakir
06 (--): 170 - Lang Buana
07 (--): 165 - Laila Isabella
08 (--): 160 - Janji Diana
09 (--): 159 - Dari Jemapoh Ke Manchestee
10 (--): 158 - Trauma
Cinta Kolestrol semakin mengukuhkan kedudukan di tempat pertama - tak
menghairankan kerana filem itu memang mendapat sambutan hebat di pawagam. Secara tiba-tiba juga Diari Romeo mendapat perhatian ramai.
Siri TV Sembilu mempopularkan semula filem ini - terus di tempat ke-3. Gambar dan dialog Do Re Mi dan Dari Jemapoh Ke Manchestee berjaya
menarik perhatian pengunjung. Filem popular hujung tahun lepas seperti Jutawan Fakir dan Lang Buana kelihatan mendapat perhatian yg
hampir serata. Trauma yg ditayangkan hujung bulan ini pula mula menunjukkan tanda awal untuk mendapat perhatian ramai dengan mula
menduduki tempat ke-10.
FEBRUARI 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (10): 670 - Trauma
02 (--): 206 - Pontianak Harum Sundal Malam
03 (--): 194 - Kuliah Cinta
04 (--): 182 - KL Menjerit
05 (--): 164 - Puteri Gunung Ledang (2004)
06 (06): 158 - Lang Buana
07 (01): 149 - Cinta Kolestrol
08 (--): 138 - Bisikan Remaja
09 (--): 126 - Bintang Hati
09 (--): 126 - Dendam Pontianak
10 (05): 124 - Jutawan Fakir
Trauma yg ditayangkan sejak penghujung Januari berjaya melangkah 9
kedudukan untuk menjadi filem kegemaran pengunjung filemkita bulan ini. Kuliah Cinta yg juga ditayangkan selepas Trauma sekadar mendapat
tempat ke-3. Agak mengejutkan bila Pontianak Harum Sundal Malam terus merampas tempat ke-2 sebaik sahaja ia disenaraikan dalam filemkita.
Begitu juga dengan Puteri Gunung Ledang yg mendapat perhatian segera. Entah kenapa KL Menjerit secara tiba-tiba turut mendapat perhatian,
mungkin ada pengaruh luar. Cinta Kolestrol walaupun tidak lagi menguasai tempat pertama, tapi masih mendapat perhatian di tempat ke-7. Dalam
sekian banyak senarai filem pontianak klasik yg disiarkan bersama judul Pontianak Harum Sundal Malam, filem Dendam Pontianak
paling mendapat perhatian ramai dengan kedudukan tempat ke-9.
MAC 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (01): 322 - Trauma
02 (--): 203 - Buai Laju-Laju
03 (--): 186 - Buli
04 (03): 155 - Kuliah Cinta
05 (05): 152 - Puteri Gunung Ledang (2004)
06 (08): 141 - Bisikan Remaja
07 (02): 128 - Pontianak Harum Sundal Malam
08 (09): 105 - Bintang Hati
09 (--): 102 - Gila-Gila Pengantin Remaja
10 (--): 101 - Embun
Trauma masih unggul dengan hits tertinggi walaupun pengunjung mula
beri perhatian pada filem lain. Filem Buai Laju-Laju dan Buli yg baru disenaraikan terus mendapat perhatian ramai. Bisikan Remaja yg baru
ditayangkan juga mendapat perhatian - melonjak ke tempat ke-6. Filem lama yg mendapat perhatian kerana faktor tertentu ialah Embun di
tempat ke-10.
APRIL 2004:
*Kedudukan bulan ini (bulan lepas): Jumlah hits - Judul filem
01 (01): 337 - Trauma
02 (05): 261 - Puteri Gunung Ledang (2004)
03 (08): 205 - Bintang Hati
04 (07): 189 - Pontianak Harum Sundal Malam
05 (03): 163 - Buli
06 (--): 146 - Leftenan Adnan
07 (02): 145 - Buai Laju-Laju
08 (--): 137 - KL Menjerit
09 (--): 128 - Ah Lok Kafe
10 (04): 124 - Kuliah Cinta
Kekal di tempat pertama untuk 3 bulan berturut-turut, Trauma
memecahkan rekod Cinta Kolestrol. Publisiti Puteri Gunung Ledang turut menambahkan jumlah hits - melonjak ke tempat ke-2. Begitu juga
dengan Bintang Hati yg baru ditayangkan bulan lepas. Sebuah lagi filem lama yg menjadi kegemaran ramai kerana faktor tertentu ialah
Leftenan Adnan. Kuliah Cinta merosot ke tempat ke-10.
-nantikan Carta bulan Mei 2004 tidak lama lagi...

|