[PROMOSI] - CASTELLO


2005

3 Ogos 2005
Agak2nya mungkin Castello akan ditayangkan Disember nanti.


2004

30 November 2004
CASTELLO - arahan Badaruddin Azmi. Lakonan Rosyam Nor dan Erra Fazira. Watak Castello telah diperkenalkan oleh Yusof Haslam dalam Gerak Khas The Movie (2001), dibantu oleh kekuatan lakonan Rosyam yg membentuk sendiri karakternya sebagai samseng berkepala botak. Kerana kuatnya penampilan karakter Castello itu, Rosyam membuat kemunculan istimewa dalam filem MX3 (2003) dengan watak Castella, yg diperkenalkan sebagai adik kembar Castello. Tahun 2005, Castello akan kembali, kali ini dalam filem kisahnya sendiri, dengan judul Castello, dengan Rosyam kembali berkepala botak, utk mempersembahkan kisah dunia jenayah samseng bernama Solo yg akhirnya menguasai dunia jenayah dan terkenal sebagai Castello. Erra membawa watak isteri Castello. Menariknya lagi, susur galur kehidupan ganas Castello akan dikupas bermula usia mudanya di mana watak Rosyam (Castello) semasa muda akan dibawa oleh pelakon baru, Zain (Ruffedge). Tidak banyak filem kita memberi perhatian pada watak jahat sebagai kisah utama, jadi kehadiran filem Castello nampaknya akan memberi kelebihan kepada penonton yg akan berpeluang menyaksikan sebuah kisah yg berbeza. Dan perlu juga dinyatakan yg ini adalah filem pertama terbitan Suhan Movies milik Rosyam Nor sendiri. Diharapkan filem ini akan membuat promosi secukupnya kerana walaupun filem aksi ramai peminatnya, tambahan pula tidak banyak filem aksi tempatan dihasilkan, tetapi Castello perlu sedar yg ia bukanlah sebuah kisah romantik komedi muzikal untuk mengharapkan ramai penonton membanjiri pawagam dengan mudahnya.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys