|
2005
26
Februari 2005
Menonton di pawagam. Seorang. Hanya seorang diri. Di pertengahan tayangan filem,
seorang pekerja pawagam datang 'melawat', mungkin dia ingat saya telah tertidur
atau pun meninggalkan panggung, atau mungkin juga telah menyusup ke panggung
sebelah yg lebih menarik. Apapun, saya harap dia tidak menyangka saya orang
India, maklumlah dalam gelap-gelap macam tu. Saya menonton hingga tamat kredit
akhir. Kalaulah lebih ramai penonton...
**
17
Februari 2005
Filem Chemman Chaalai akan mula ditayangkan di Gurney Plaza Penang mulai 24hb
Feb, hari yg sama dgn pembukaan Sepet! Chemman Chaalai masih ditayangkan di KL
sejak sebulan yg lepas. Kemungkinan besar filem tu akan menghentikan tayangannya
di KL apabila mula ditayangkan di Penang minggu depan. Jadi, saksikannya sebelum
terlambat. Chemman Chaalai adalah antara filem tempatan yg berkualiti dan
terpilih menyertai beberapa festival filem antarabangsa.
25
Januari 2005
Filem ini sedang ditayangkan di GSC Midvalley KL
sejak 13 Januari lalu, dan sehingga kini mendapat ulasan yg begitu baik dan telahpun terpilih
utk menyertai festival filem antarabangsa. Sebuah filem tamil yg memaparkan kehidupan masyarakat malaysia yg
begitu jarang dipaparkan di layar perak.
- Sorry semua sebab masih belum senaraikan filem ni dalam website, jadi
sinopsisnya belum ada. Untuk mendapatkan maklumat lengkap termasuk gambar dan trailer, sila ke http://www.chemmanchaalai.com
2004
13
Disember
2004
Pergilah tonton filem Tamil buatan Malaysia ni pada 13 Januari 2005 nanti.
Tapi di KL saja, International Screens di GSC Midvalley. Itu pun akan bersaing hebat dengan filem Gangster.
Tapi filem Gangster takde website. Hah, pe lagi... download....
http://www.chemmanchaalai.com
1 Oktober
2004
CHEMMAN CHAALAI (The Gravel Road) - filem Tamil tempatan. Akan
datang...
http://www.geocities.com/chemmanchaalai

|