|
2004
30
November
2004
CHOLESTEROL TEERAK (CT) - arahan Razak Mohaideen. Lama juga saya
fikir mengenai status filem ini. Patutkah disenaraikan dalam filemkita. Walau bagaimanapun, filem ini bolehlah dikatakan sebagai
filem usahasama Malaysia-Thailand. Sekiranya Razak dan Metrowealth tidak mengusaha membikin filem ini di Thailand, tidak wujudlah Cinta
Kolestrol versi Thai ini. Tidak seperti banyak filem usahasama Malaysia-Indonesia
dulu, filem CT ini menggunakan sepenuhnya pelakon Thai. Itu boleh diterima kerana tidak seperti Indonesia, bahasa Thai
begitu berbeza dan sekiranya kelihatan pelakon Malaysia bercakap Thai, tentu sukar
diterima. Selain Razak, filem ini turut menggunakan krew Malaysia. CT sedang ditayangkan di Thailand dan akan masuk
pawagam Malaysia awal tahun depan.


|