|
2003
9 Mac
2003
OK, filem ni dah pun keluar ntv7 masa raya haji
lepas. Sebelum tu VCD dah pun keluar dulu. Tak mau komen panjang.
Kontroversi Wardina-Raja Azmi:
Wardina yang tak betul, dah siap baru nak bising, malulah tu. Masa
tayangan di ntv7 tu, scene Wardina hisap rokok tu ada 2 kali. Lepas
scene tu ada iklan, lepas iklan diorang ulang balik scene tu :)
Konsep nyanyian/tarian dalam filem
ni yang kononnya ala Bollywood yg diminati ramai
orang kita:
Sebenarnya filem melayu hitam-putih klasik yg masih ditayangkan di TV
pun semua pakai konsep ni dan orang tak kisah.. tapi itu
dulu, C200E ni dibuat dalam zaman 2000, so tak perlulah nak buat konsep yg
sememangnya pelik tu. Nak buat muzikal juga, OK, tapi buat filem
period macam zaman purba ke zaman dulu-dulu macam Jimi Asmara
tu OK lah. Ni zaman orang main golf,
internet tapi masih nak nyanyi keliling pokok air terjun
semua. Tak sesuai ler.. Bollywood dah memang acuannya macam tu, takpe. Filem
Malaysia dah sepatutnya bergerak ke
depan lagi la...
Rashid Sidek memang tak boleh
berlakon langsong. Dia mungkin
boleh main golf, tapi berlakon? Bercakap wawancara tentang sukan
dalam TV pun rasanya dia tak lepas.. Sori lah. Raja Azmi pun dah mengaku
ahli sukan tak boleh berlakon. Ye ke? Malek Noor OK ape. Berapa banyak
dia berlakon. Rashid dengan Misbun
je 2 ahli sukan yang tak boleh berlakon.
Akhir sekali Shadan Hashim sebagai
pengarah rasanya dah melakukan tugasnya yang terbaik sebagai first
timer. Banyak sangat kutuk sampai terlupa
dekat dia ni kot. Aspek lain filem ni pun nampaknya OK
-kecuali- cerita
oleh Raja Azmi yang sepatutnya di'novel'kan
saja. Tak lupa kepada
Raja Azura (takde kena mengena dengan Raja
Azmi) yang berlakon
dengan berjaya dan semestinya Man
Bai yang paling selamber berlakon.
Jadi panjang pulak review ni..
**

2002
26 Ogos
2002
CINTA 200 ELA - muncul seorang lagi pengarah
muda, Shadan Hashim. Nasibnya malang, jauh berbeza dengan Ahmad Idham (Mr.
Cinderella). Gara-gara Raja Azmi 'seronok'
menulis Cinta 100 Ela (prequel kepada filem ini), novel tersebut diharamkan.
Filem ini turut
terjejas, hampir ditayangkan sebelum insiden tersebut. Menariknya, Khalid Salleh (pelakon terbaik
Asia Pasifik '98) menjadi
jurulatih lakonan Rashid Sidek dan Wardina.

|