|
2004
30
November
2004
CINTA FOTOKOPI - arahan Razak Mohaideen. Judul yg paling pelik dan
tidak logik sehingga kini. Terlalu keliru melihatkan judulnya. Saya cadangkan untuk menggunakan judul yg lebih berterus terang,
contohnya: Filem Cinta Remaja (pastikan perkataan Filem ada dalam judul filem, kerana sehingga kini tiada penerbit menggunakan judul
Filem, semuanya The Movie). Saya juga merasakan lebih baik sekiranya ia terus dijual dalam VCD. Tapi bila difikirkan tentang para pelakon
yg terdiri daripada peserta Akademi Fantasia (yg saya ingat, Khai dan Zarina),
erm.. kira patutlah juga kalau filem ini dibuat utk pawagam. Bukan kerana cerita atau filemnya yg memang patut ditayang di
pawagam, tetapi sekurang-kurangnya penerbit filem ini dapat menarik dan melahirkan lebih
ramai penonton filem tempatan yg menggilai para penyanyi segera itu (erm.. apasal tulisan ni dah terasa macam
dirasuki pemikiran Razak Mohaideen dah ni?). Buka kamus: fotokopi - "salinan dokumen dll yang
dibuat secara gambar foto (dgn menggunakan sj mesin); salinan foto". Ni apa kena mengena dgn cinta pulak nih?

|