|
2003
20 Oktober
2003
"Cinta
Kole", begitulah yang tertera pada tiket RM8
itu. Panggung separuh penuh. Mungkin ada yang mengulang tonton? Kali ke-2 atau
ke-8? Maklumlah CK sudah memungut RM2juta lebih cuma selepas 2 minggu
ditayangkan (mungkin sekarang sudah mencecah RM3juta? tak
mustahil). Melihat tajuknya, CK cumalah sebuah lagi filem yang menggunakan
judul 'cinta'. Biasanya filem 'cinta' ni memang kurang serba
serbi. Jadi, sebelum menonton, harapan saya cumalah supaya persembahan filem
ni tidak jadi terlalu teruk, kalaupun diorang tak mampu nak bagi
sesuatu yg memuaskan hati. Cerita bermula dengan adegan zaman kanak2
Yusri, dan bagi Fazira pula, itu adalah zaman 'kecil'nya. Dalam satu
ulasan ada disebut yg 'Yusri membesar menjadi seorang kacak dan berpelajaran
tinggi'. Hmm.. Fazira pula, membesar menjadi... emm, dia tak jadi apa-apa. Dia cuma
memBESAR. Haha.. OK, ini filem Erra Fazira
yg ketiga tahun ini selepas Gila2 Pengantin (GGP) dan Janji
Diana (JD). Ada
apa-apa perbezaan tak? (selain dia jadi gemuk). JD belum sempat tonton
lagi, tapi dalam GGP mesti ramai yg ingat adegan awal Erra masa kecil
tu. Dalam CK pula, saya suka adegan imbas kembali tu, perbezaan zaman
tu terasa.. tahun 80-an kan? Paling best masa Yusri teringat ibu dia
dalam kereta, nostalgia betul. Memang tak salah kalau ramai yg kata
ini filem terbaik Razak Mohaideen. Banyak yg boleh diperkatakan tentang filem ni. Solekan watak Fazira yg gemuk memang real
walaupun tangannya agak kaku (mungkin diorang patut bermain dengan sudut yg
boleh melindungi tangannya). Muka Fazira memang.. macam mana nak kata
ya? memang tak nampak macam topenglah. Ada kerutan bila dia
senyum, tapi memang tak boleh banyak close-up sangatlah (ingat lagi filem
Fantasi, topeng iblis Mustapha Kamal tu nampak macam terkeluar, itupun dapat award). Tentang
ceritanya, memang agak simple tapi tidaklah sebegitu mudah, sebab Erra Fazira juga muncul dalam watak
Erra yang cuba mengelirukan Yusri dan juga penonton. Walaupun temanya
agak biasa di luarnegara, tapi untuk sebuah filem Malaysia, ini sesuatu yang baru. Bagus. Tentang pelakon, ha.. ini yang paling
menarik. Mungkin ramai yg beri perhatian pada Erra Fazira yang bawa watak
wanita gemuk. Pada saya, Erra Fazira membawakan watak itu dengan
begitu baik. Tambahan pula, dengan adanya watak Erra (model) yg begitu
bertentangan dengan watak Fazira, jadi lakonan Erra Fazira memang
menonjol, bukan hanya watak Fazira, tapi juga watak Erra -
kedua-duanya. Yang lebih mengagumkan saya ialah, walaupun Erra Fazira
(huh, siapa yg buat skrip ni, penat nak tulis nama penuh, kalau tak
keliru pula nanti), walaupun dia adalah bintang utama, tapi pasangannya Yusry juga menunjukkan lakonan yg begitu
baik, sememangnya CK adalah lakonan terbaik Yusry! Walaupun kadang2 nampak
over, tapi dalam banyak adegan watak Ahmad Yusri berjaya
dihidupkan. Jangan terkejut kalau Yusry dapat best actor atau sekurang-kurangnya
pelakon harapan dalam FFM tahun depan. Paling menarik lakonannya bila
bapa Yusri mati dan hidupnya berubah jadi tak-betul-sikit hinggalah
dia jumpa Erra. Ha, tentang adegan bapa Yusri mati, sambungannya agak
kurang bagus sebab lepas tu terus tunjuk Fazira tengah menguruskan
badan di luarnegara. Patutnya biarlah ada adegan susulan yang lebih
sesuai selepas adegan sedih tu. Rasa macam tergesa-gesa pula. Keseluruhannya lakonan memang OK, Abu Bakar Omar
(bapa Yusri), Aleeza Kassim (Nadia), pembantu peribadi Fazira (Saiful?). Adegan lain yg
saya suka, selepas Fazira dimalukan oleh Yusri di restoren, dia
balik, kena hujan lepas tu baling benda kat cermin, retak (tak pasti
lagu siapa tengah main masa tu). Kira OK lah scene tu. Yang tak best
pula masa warna bertukar macam buruk sikit sebelum Fazira dan Erra
muncul bersama di akhir cerita. Buat rosak gambar je.. patutnya itu
jadi adegan paling diingati dalam CK sebab pertama kali Erra Fazira
muncul dalam dua watak dalam satu bingkai, patutnya jadi hebat dan
orang boleh ingat, tapi tak jadi. Dan last sekali, tiada yang lebih
sesuai untuk menutup filem ini melainkan lagu Yusry, Dekat
Padamu. Tiba-tiba saja senja, matahari pun terbenam. Bayang2 Yusri dan Fazira
berlari-lari di jeti. TAMAT.
***

23
September 2003
AKAN DITAYANGKAN - 25 September 2003.
The Making Of CK dah pun keluar TV minggu lepas. Tak sempat tengok. Apahal pun, rasanya tak
perlu dipersoalkan sama ada filem ni akan dapat sambutan atau tidak. Bajet diorang pun RM1+ juta saja.
Apa lagi
bila melihatkan sambutan filem lain (contohnya Mistik, RM3 juta kan?), memang tak susah untuk CK buat
RM nanti. Satu lagi persoalan yang menarik untuk difikirkan ialah: mampukah CK mencapai ke
tahap 'Sembilu' (RM4 juta tu.. tak payah target RM6 juta le..). Itulah dia.. filem komersil yang target untuk buat
duit macam CK ni, memang seronok melihat perkembangan kutipan tiketnya. Bila melihat
ramuan filem CK ni pula (semestinyalah hero-heroin Erra-Yusry, ditambah pula teknik solekan yg pertama kali
seumpamanya), memang tak salah lagi bila promosi filem ni menyebut yang CK adalah
'filem paling dinantikan tahun 2003'. Memang betul. Masanya pun memang cantik sangat untuk filem ni keluar.
Setelah beberapa filem yang
ditayangkan berdekatan tarikh baru-baru ini, CK pula nampaknya mempunyai ruang penguasaan yang begitu selesa tanpa sebarang
gangguan. CK mula ditayangkan Khamis ini. Filem seterusnya pula cuma akan keluar pada hujung November (raya).
Ini bermakna CK mempunyai
masa 1 bulan penuh sehingga penghujung Oktober (mula puasa) untuk menarik penonton ke pawagam, dan sekiranya mendapat sambutan
hebat, ia mungkin mampu bertahan 2 bulan? (walaupun bulan puasa tak ramai
penonton??). Ataupun, kalau pun CK cuma bertahan sehingga hujung Oktober, VCDnya boleh dipasarkan sepanjang Oktober, tiada filem
ditayangkan masa tu. Sekiranya teori 'tak ramai penonton filem melayu dalam bulan puasa' boleh dipakai, maka VCDnya pasti laris gila punya
masa tu. Amacam? Hmmm.. kalau macam tu, strategi CK memang best sangatlah.
Tunggu sajalah filem gempak ni! Jangan tunggu
saja.. tengok! Tonton filem Erra gemuk!! Haha (ada satu ulasan filem CK ni beberapa
minggu lepas, yang rasanya sudah memecah rahsia/spoil sedikit jalan cerita berkenaan watak Erra, yg satu gemuk, satu lagi
kurus.. Saya rasa macam sudah tau sebab apa jadi macam tu. Agak spoil bagi saya, tapi
tetap akan ditonton juga sebab banyak ulasan positif).
Poster Cinta Kolestrol sudah ada di YahooGroups. Poster CK tu ada versi lain yg lebih lawa dari yg satu
ni. Kalau dapat, saya scan. Memang menarik (takde lah tampal semua muka pelakon sesuka hati dan takdelah
kosong sangat macam yg satu ni, kira cun lah).
12 Ogos
2003
Mungkin Buli tak sempat ditayangkan pada 25 September. Yang
pasti, Cinta Kolestrol. Erra digemukkan. Lagu tema CK dipersembahkan oleh kumpulan Pretty Ugly (terdapat dalam album Transformasi Ke Stereo -
best). Filem ketiga Metrowealth Movies untuk tahun ni sahaja (selepas Mistik & MJ Junior)! Tak pernah dibuat orang.
24 Mac
2003
CINTA KOLESTEROL - baru start shooting bulan ni.

2002
31
Disember 2002
Sebagai penutup tirai perfileman Malaysia 2002, terdapat 2 buah filem baru dilancarkan baru-baru
ini, PUTERI GUNUNG LEDANG dan...
CINTA KOLESTEROL - sebuah lagi kisah cinta lagi. Fazira perempuan
gemuk. Yusry anak orang kaya, belajar luar negara. Keluarga kedua-duanya ingin menyatukan
mereka. Yusry tidak suka Fazira kerana tidak sepadan dengannya. Fazira merasa rendah diri dan berjaya
menguruskan badannya. Fazira kini 'menjadi' Erra. Yusry hampir tidak mengenali Fazira (Erra) tetapi kata-kata Erra mengingatkannya pada
Fazira. Dia keliru adakah cintanya pada Fazira yang dulunya gemuk atau Erra yang
langsing jelita kerana kedua-duanya adalah orang yang sama.
*Penggambaran bermula Mac 2003. Disasarkan tayangan hujung tahun
2003 (Hari Raya).

|