[VCD] - CINTA LUAR BIASA


2005

25 Januari 2005
Filem komedi romantik mungkin kurang popular dalam tahun 2004, yg saya ingat cuma Bintang Hati. Dan di penghujung tahun ada filem ini, Cinta Luar Biasa (CLB). Filem ini adalah susulan (bukan sambungan) kepada kehadiran semula Rashid Sibir yg mengarah filem Laila Isabella. Jadi, peminat yg menggemari filem sebelum ini pasti dengan senang hati menerima CLB ini pula. Bagi saya sendiri yg kurang gemarkan 'Laila', menonton CLB perlukan kesabaran, tambahan pula bila adanya adegan2 nyanyian/tarian yg 'keterlaluan' dan tidak sepatutnya ada kerana ia tidak memberi sesuatu kepada perkembangan cerita. Malah babak 'Seiring & Sejalan' yg tiba2 bertukar menjadi era 70-an, tidak membawa apa-apa makna dari segi lirik lagu, apa lagi lakonan2 dalam tariannya yg kelihatan begitu mengelirukan mengenai kisah percintaan yg agak bertentangan dengan cerita yg sedang diceritakan. Adegan tersebut -meminjam dialog Nasha- "patut dipotong bagi hanjing makan!". Walau bagaimanapun, CLB sebagai sebuah kisah cinta ada kelainannya. Kisah cinta yg dipendam-pendam (oleh watak Apek, juga Syanie - kerana perasaan rendah diri), sebenarnya menarik kerana ia lebih menghampiri realiti hari ini. Bukannya kisah si penyanyi popular dengan gadis cantik yg menjadi rebutan. Kisah dalam CLB cuba utk mengupas perasaan cinta yg boleh wujud di luar penampilan rupa fizikal. Bagaimana rupa fizikal manusia tidak lagi menjadi penghalang bila hati sudah menunjukkan rupanya yg sebenar. Cuma ada satu lagi kisah cinta luar biasa yg cuba diwujudkan, tetapi seakan terlupa utk dikembangkan - iaitu kisah cinta teman serumah Farah (Nasha), lakonan Jasmin Hamid. Itu satu lagi kisah menarik yg agak luar biasa juga, bagaimana setelah dibelasah bertubi-tubi dan berkali-kali oleh teman lelakinya, Jasmin masih keluar bersamanya. Adakah itu juga kasih sayang? Kalau benar, memang itu betul2 luar biasa. Tapi, sayang, babak itu cumalah sekadar selingan, utk gelak2 hingga terlupa yg ia juga patut difikirkan.
**


"Kenangan manis kau dan aku, takkan terluput...
Duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia..."


2004

30 Mei 2004
AKAN DITAYANGKAN - 23 September. Sebelum ini tayangannya diumumkan pada Ogos. Nampaknya lewat sebulan dari itu. Cinta Luar Biasa (CLB) akan jadi filem terakhir berputar di pawagam sebelum menjelangnya bulan puasa pada pertengan Oktober. Situasi yg sama terjadi seperti tahun lepas. Judul filemnya juga bermula dengan 'Cinta' - Cinta Kolestrol (CK). CLB dan CK juga kelihatan hampir mempunyai tema yg sama - cinta yg tidak mengenal rupa. Apa ni? Pakat ke? Adakah CLB bakal menjadi filem paling tinggi kutipannya sepertimana CK juga? Hmm... mungkin agak susah. Kerana CLB perlu menyaingi Kuliah Cinta (KC) dan mungkin juga Hingga Hujung Nyawa (HHN) yg mungkin memecahkan rekod KC. Tapi, saya yakin CLB mampu mencapai angka 3 juta sepertimana CK juga. Sebuah lagi blockbuster tahun ini selepas HHN. Boleh juga dikatakan sebagai filem pra-Hari Raya kerana vcd nya pasti laris menjelang Syawal nanti.

7 April 2004
AKAN DITAYANGKAN - 26 Ogos. Adakah masih terlalu awal untuk memulakan promosi. Mungkin Tayangan Unggul mahu tayang Berlari Ke Langit dulu sebelum filem ini?

2 Mac 2004
Akan ditayangkan pada 26 Ogos. Tarikh ini disenaraikan dalam Cinema Online. Mungkin kali ini Rashid Sibir dapat menggarap sebuah cerita dengan lebih menarik, dan tidak terlalu 'bermain' dengan 'kecantikan gambar' semata-mata. Janganlah filem ni cuma jadi hiburan semata-mata, bagi ada 'sesuatu', baru puas hati tengok.


2003

15 Julai 2003
CINTA LUAR BIASA - arahan kedua Rashid Sibir bersama Tayangan Unggul selepas Laila Isabella. Ramai pelakon Laila yg kekal dalam projek terbaru ni kecuali Rosyam Nor. Kisah romantik komedi tentang 'beauty and the beast'? Si cantik dan si hodoh. Pelakon utamanya Nasha Aziz dan Apek Senario. Sungguh luar biasa sekali gandingannya. Harap lebih baik daripada Laila.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys