[VCD] - CINTA TIADA RESTU


2002

28 Januari 2002
Ini filem muzikal. Filem yg dipenuhi lagu-lagu. Bukan macam Sembilu atau Nafas Cinta, Cinta Tiada Restu (CTR) akan masukkan lagu-lagu selepas setiap babak. Sama ada lagu itu sebagai penutup sesuatu babak atau sebagai permulaan babak baru, anda perlu bersedia.. kerana lagu itu tetap akan muncul. Jangan salah anggap, ini bukan formula Bollywood... cuma sebuah filem muzikal. Filem muzikal yg TIDAK dibuat bersungguh-sungguh. Filem ini sungguh tidak bermaya, kurang kreatif, tiada pembaharuan dan lain-lain. Juga tidak lupa, terima kasih kepada para pelakon barunya kerana sungguh pandai menyanyi. Sorry, tak tahu nak mengulas lagi. Sebenarnya bukanlah filem ni teruk sangat, kerana ada beberapa bahagian yg nampaknya OK. Tapi, masalahnya yg tidak OK tu terlalu banyak. Filem CTR ni juga bolehlah dikatakan sebagai perintis filem dalam format video digital - format yg tidak diterima untuk bertanding dalam Festival Filem Malaysia tahun lepas. Mungkin lepas ni, lebih ramai yg akan menghasilkan filem dalam format digital ni dan seterusnya diiktiraf dan diterima sebagaimana filem-filem biasa. Gambar dan warna filem digital ni, bila ditayangkan di TV nampaknya lebih menyerlah.. tak pasti pula bagaimana kualitinya bila ditayangkan di pawagam dalam format biasa di layar besar. Komen akhir saya: cerita macam ni tak perlulah dibuat filem. Semoga stesyen TV TIDAK akan menayangkan CTR masa hari raya nanti.
*


2001

22 Disember 2001
Cinta Tiada Restu ditayangkan pada 27 September 2001. Tak banyak pawagam menayangkan filem ni. Mungkin filem yg paling 'lembab' tahun ni. Tak dapat dikomen lebih lanjut kerana tak dapat mencari pawagam yg menayangkannya. Eh, dah lama kan takde filem menggunakan judul 'Cinta'.. last sekali Nafas Cinta (1999) dan Cinta Metropolitan (1996). Sudahlah dengan judul 'Cinta' ni. Tapi ada yg masih tak serik.. tahun depan tengoklah Cinta 200 Ela.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys