[PROMOSI] - LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


2004

31 Oktober 2004
Laman web rasmi dah ada, tapi belum dibuka. Tagline-nya: Adat bunga mekar di taman, Adat muda menanggung rindu.
http://www.dayang.com.my

30 Mei 2004
DAYANG - Pengarah dan penerbit baru muncul lagi. Bagus, kita perlukan yg baru-baru. Judul Dayang: unik, ringkas, menimbulkan perasaan ingin tahu, dan err.... nama perempuan tu kan? OKlah, filem ni baru dilancarkan. Tak banyak maklumat. Sebelum pelancaran dulu, dikatakan watak utama Dayang telah diterima untuk dibawakan oleh Fasha Sandha. Masa pelancaran pula, nama Fasha telah dikeluarkan atas alasan "melanggar kontrak kerana tidak menghadiri sesi latihan". Bagus juga, boleh bagi peluang kepada pelakon baru lain. Penerbit filem ini ialah Media Approach Sdn Bhd. Pengarahnya Imri Nasution. Pelakon yg menggantikan Fasha ialah Natasha Hudson (orait!). Pelakon lain: Zul Huzaimy (jadi hero ke? Awang?), Farid Kamil, Hattan, kumpulan Ruffedge, Pot (Innuendo) dan Andy (Flop Poppy). Orang lama juga tidak ketinggalan dijemput sama (bagus betul penerbit ni): Mustapha Maarof, Jins Samsudin, Uji Rashid dan Aziz M. Osman. Ceritanya agak mengejutkan, kerana ia berlatarkan setting period atau zaman silam. Untuk penerbit baru yg bermodal rendah (di bawah RM2 juta), bagaimanakah agaknya gambaran yg akan terhasil nanti (adakah seperti Lang Buana?). Harap mereka tahu apa yg terbaik untuk dipaparkan. Tapi, ceritanya memang amat menarik kerana ia berdasarkan novel sastera berjudul Lembing Awang Pulang Ke Dayang. Ada unsur-unsur sejarah Melayu. Kisah yg berunsur tragedi juga ni, saya kurang tahu. Pastinya di pawagam tahun depan.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys