[VCD] - DI AMBANG MISTERI


2004

30 Jun 2004
Visualnya memang berkualiti vcd. Walaupun dikatakan menggunakan kamera digital HD sebelum ditukarkan ke format filem, tetapi kerana sesuatu sebab dan mungkin juga kerana kurangnya pengalaman, visual filem ini menjadi terlalu tidak realistik. Terutama sekali pencahayaannya yg begitu 'cantik'. Walaupun banyak penggambaran dalam hutan, tetapi segala-galanya jelas dan terang, rambut dan muka semuanya bersinar. Walau bagaimanapun, visual kesan khas bolehlah dikatakan 'masuk' atau teradun dengan kemas kerana kelebihan format HD yg digunakan itu. Sekiranya cerita ini betul2 dibuat menggunakan filem mungkin visualnya lebih menarik. Walaupun begitu, dari segi rakaman bunyinya memang jelas lebih bagus berbanding telefilem vcd. Sekiranya anda pernah menonton kisah2 thriller hasil arahan Silver sebelum ini, mungkin cerita ini tidaklah begitu susah untuk diterima. Bukanlah bermakna yg kisahnya sudah terlalu bagus, tetapi ianya sememangnya tidak terlalu biasa seperti lain2 filem. Kisah thriller sememangnya banyak menyimpan rahsia dan filem ini mengajak penonton membongkar rahsia itu sedikit demi sedikit. Satu masalahnya cerita ini ialah bilamana ia cuba berselindung di sebalik genre seram. Paparan wajah2 hantu yg mengganggu watak2 pentingnya seakan dijadikan unsur penting untuk menarik perhatian penonton. Sekiranya 'hantu' itu ditiadakan, agaknya filem ini hampir tiada apa yg istimewanya lagi. Dari segi lakonan, Zamarul berjaya menghayati wataknya, lakonannya bolehlah dibanggakan. Selain itu, pelakon2 lain (kecuali Raja Azery) amat tidak bersungguh-sungguh. Mungkin kerana garapan pengarahnya yg tidak mementingkan kekuatan lakonan sebaliknya memberi lebih perhatian pada babak aksi dan kejutan, dengan itu menjadikan lakonan para pelakon baru seperti Elaine Daly seakan terabai. Cuma Zamarul yg nampaknya faham dengan apa yg dia lakonkan. Garapan pengarah untuk babak2 aksi seperti pertarungan di atas bukit sememangnya telah dibuat dengan menarik. Mungkin juga pengarahnya Silver patut diberi peluang untuk membuat sebuah kisah aksi sepenuhnya.
**

30 Mei 2004
VCD telah dipasarkan. Akan ditonton tidak lama lagi.

7 April 2004
AKAN DITAYANGKAN - bermula esok! Dah tengok trailernya masa tayangan Buli. Gambar boleh tahan clear juga, walaupun masih nampak gaya telefilem vcd. Cerita yg dinantikan. Filem ini lulus bersih tanpa tapisan, jadi kita lihat bagaimana 'hantu' nya akan dipaparkan dan bagaimanakah penamatnya. Kalau penamat bagus, mesti tak rugi menontonnya nanti. Harap filem ni tak memperbodohkan penonton. Bahagian yg best dalam trailer ialah masa Zamarul belasah sorang mamat tu. Dan juga ada satu adegan di satu tebing tinggi yg nampak hebat dari pandangan jauh. Entah kenapa, kali ini saya agak bersetuju dengan pilihan tajuk 'Misteri' oleh LPF, nampaknya ia lebih menepati maksud, dan nampaknya rekabentuk tulisannya juga jadi cantik pada poster (seperti akar-akar pokok yg menjalar). Nantikan juga bagaimana paparan rupa Pulau Indah Kayangan yg dikatakan sebagai 'syurga' kerana keindahannya yg belum tercemar. Cinema Online telah menaja laman web filem ini yg akan diedarkan seluruh negara oleh Audio One Entertainment - bermula ESOK (Khamis). Satu lagi perkara penting, kesan khas dalam filem ini memang nampak cantik dan kemas, kerana mereka menggunakan kamera digital HD, satu kelebihan atau keistimewaan utama filem DAM ini. Saksikan.
http://www.cinema.com.my/ambangmisteri

2 Mac 2004
Poster dah pun ada di Cinema Online. Terkejut juga. Bukan sebab gambarnya, tapi nampaknya adalah juga kelainan. Berani juga diorang buat poster macam ni. Judul filemnya kecik saja, tapi kalau letak di pawagam, memang sah akan mencuri perhatian. Poster gambar kepala yg paling baik setakat ini. Cuma, saya kurang pasti siapakah pelakon wanita itu. Memang kena dengan judulnya - misteri. Nampaknya macam ada harapan filem ni.
http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=misteri

18 Februari 2004
AKAN DITAYANGKAN - 8 April. Penonton sudah pun terima thriller Trauma. Harapnya, penonton yg sama akan tonton filem ini. Mungkin thriller DAM ini lebih bagus dan kompleks dari jangkaan penonton, siapa tahu. Lagipun tak banyak pengarah Cina diberi peluang bikin filem. Cuma saya kurang pasti penulis cerita ini. Kadang-kadang penulis baru lebih segar dan berani - harap begitulah. Lagi satu, filem ini dah tentu tiada tarikan pelakon, walaupun heronya Zamarul semakin mengumpul peminat. Tapi, inilah peluangnya untuk peminat filem yg suka sangat komen/kutuk 'takde muka lain ke Erra-Yusry, Yusry-Erra', 'Razak Mohaideen-Metrowealth', 'Aziz-Yusof' - takde benda lain ke? Ha, inilah masanya - kalau orang yg selalu komplen tu - kalau tak tengok jugak filem ni, memanglah. Pengarahnya Silver, terbitan Cosmos Discovery. Filem ni terkena sikit 'badi' Bintang Hati (yg ditayangkan 2 minggu sebelumnya), tapi nasib baik dia ada 3 minggu sebelum GGPR ditayangkan. Filem ni pun macam Ah Lok Kafe - tersepit ditengah-tengah, tapi situasinya lagi hebat, kerana disepit oleh 2 filem Aziz M. Osman!! Kebaikannya, ia mungkin akan lebih menggalakkan penonton lagi kerap ke pawagam? (maksud saya, penonton Bintang Hati yg tak sabar untuk tengok GGPR pulak, akan bagi peluang pada Di Ambang Misteri dan pergi tengok filem ini dulu. boleh ke cam tu?).

21 Januari 2004
AKAN DITAYANGKAN pada 8 April. Sebuah lagi filem thriller. Filem yang sebenarnya ditunggu-tunggu sekiranya anda mengikuti VCD thriller arahan Silver Chung sebelum ini (Blok 404, Kem 505). Filem ini mungkin kekurangan segala-galanya apabila difikirkan yang ia asalnya dibuat sebagai sebuah VCD. Perkara ini sudah pun dinyatakan sendiri oleh pengarahnya dalam sebuah temubual majalah. Mungkin belum sampai masanya dia menjadi pengarah 'filem'. Di Ambang Syurga dibuat dengan memikirkan yang ianya akan ditonton melalui kaca televisyen. Kebanyakan pekerja atau krew adalah mereka yang sering terlibat dalam penerbitan VCD, bukan filem. Kita cuma berharap yang mereka telah mencuba sebaik mungkin supaya filem ini hidup di kaca TV, dan seterusnya tidaklah terlalu menghampakan di layar perak nanti. Filem ini mungkin terselamat bila ia walaupun ingin dibuat VCD tapi menggunakan kamera berdefinisi tinggi. Jadi, proses menukarkan ke bentuk filem selain memasukkan kesan khas akan menjadi lebih mudah dan cantik. Tapi bagaimana rupanya di pawagam nanti? (saya tak pernah menonton filem yang asalnya video di pawagam sebelum ini seperti Kaki Bakar, Aku Kaya, Cinta Tiada Restu). Bagaimana rupanya akan diketahui bulan 4 nanti.


2003

20 Oktober 2003
DI AMBANG MISTERI - akhirnya saya berkesempatan menonton Melodi walaupun malas nak tengok. Nasib baik ada berita tentang filem ni. Dulu, judulnya Di Ambang Syurga. Dulu, ada member group kita telah komen tentang sesuai-tak judulnya itu. Saya jawab main-main saja dulu walaupun faham tentang apa yang cuba dijadikan isu. Sebab, ada juga telemovie yang menggunakan judul 'syurga' ni dulu. Kalau kita membaca judulnya secara terus, memanglah syurga tu cuma satu, walaupun selalu orang sebut tentang 'syurga dunia'. Tapi, memang judul 'syurga' tak dibenarkan oleh LPF (teringat judul kreatif Ringgit Kasorrga - best). Apa pengganti syurga? Neraka?? Bukan, Misteri. Itulah judul filem yang dibuat menggunakan video digital dan telah dipindahkan ke bentuk filem. Menurut Melodi, pada mulanya 3 adegan tidak diluluskan. Selepas rayuan, filem ini lulus 100% tetapi judulnya terpaksa dipinda. OKlah tu. Sedutan yang ditayangkan pun nampak cantik. Kisah berkaitan misteri pembunuhan, dijamin bukan mimpi. Penerbitnya yang buat banyak VCD triller tu. Arahan pengarah kreatif Silver Chung - dia ni memang best, tengok VCD dia. Pelakon tak ingat, kalau tak silap Elaine Daly (?).

12 Ogos 2003
Telefilem VCD Di Ambang Syurga arahan Silver 'dikatakan' akan dinaik taraf menjadi filem. Tak sabar tunggu perkembangannya.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys