|
2003
27 Oktober
2003
"Diari Romeo" - VCD original sudah confirm keluar, edaran Speedy.
Sudah beli, sudah tonton. Kali kedua tengok (selepas kali pertama di pawagam), nampaknya filem ni boleh tahan sebenarnya. OKlah. Mungkin
sebab VCD ni ada The Making Of, jadi memang nampak kesungguhan pembikinan filem
ni, terutama sekali adegan zaman 70-an. Paling best, tengok pawagam lama yg ditukar menjadi set filem ni, juga komen Aziz
M. Osman, penulis cerita ni tentang idea yg dia dapat, yg sebenarnya mengimbau zaman
muda dia dulu, kiranya memang dia nak menghidupkan kembali zaman tu. Dan lagi, komen Aziz, kalau dia yg mengarah cerita
ni, ia akan jadi lebih serius lagi berbanding apa yg sudah kita tengok, kiranya lebih banyak
unsur dramatik agaknya.
3 September
2003
"Ada apa dengan Romeo? Belajar dari o'tai...", itulah slogan
filem yg sedang ditayangkan ini. O'tai ialah slanga untuk old-timer.
Arahan Zulkeflie M. Osman. Kalau dah lama tak
mengarah, adakah filemnya (atau pengarah lain yg sepertinya) akan lebih baik atau makin
teruk? Kalau nak banding dengan filem Tayangan Unggul sebelum ini
(Laila Isabella), Diari Romeo agak kekurangan lah (dari segala
segi). Skrip tulisan Aziz M. Osman - biasanya kalau tak diarahkannya
sendiri, cerita tu memang nampak kurang power.
Mungkin apa
yang dibayangkan Aziz tak sama dengan pengarah lain.
Cerita
ini, komedi keluarga. Macam juga filem Paloh (chewah..), filem ni pun banyak imbas
kembali/flashback untuk menjelaskan jalan cerita (tapi Paloh untuk
menyukarkan jalan cerita. teknik yg sama, motif berbeza). Saya terlewat 30 minit.
Pengulas lain ada
kata, filem ni mempunyai permulaan yg boring.
Saya pun tak rasa terlepas apa-apa yg penting dalam 30 minit
pertama itu. Dani (lakonan Achik) muncul dalam kereta bapanya pada tahun 70-an dan cakap-cakap. Dia
bermimpi selepas baca 'diari romeo' iaitu diari bapanya (Johan Travolta?). Itulah
ceritanya, berselang seli dengan zaman sekarang. Ditunjukkanlah zaman 70-an, betapa romeonya (?) bapa Dani. Suasana 70-an
filem ni terasa begitu diada-adakan. Rimas betul. Sekejap-sekejap, muncul rambut afro di
belakang. Macam, kalau boleh diorang nak letak semua unsur 70-an dalam satu bingkai - penuh. Biar hilang
langsung
tanda-tanda 2003. Itu pun, masih tak menjadi. Cuma satu yg mengingatkan saya pada filem lama, tugu
negara dan parlimen. Kiranya macam filem sekarang yg mesti tunjuk KLCC (tapi filem ni pula
tiada?). OKlah, ceritanya macam biasa walaupun sebenarnya ada sedikit rahsia tersembunyi yg bakal muncul di akhir-akhir
cerita. Lakonan pula, tak puas hati langsung dengan 'Romeo tak jadi' (Zach).
Yang lain-lain boleh
tahan. Paling teruk, lakonan kembar Dani (dibawakan oleh kakak Achik). Babak melibatkan dia
ni, sebenarnya dilakonkan semula selepas dipotong oleh LPF. Tu yang filem ni tersangkut lama. Sebelum ini Achik telah
melakonkan sendiri watak kembar perempuannya itu, tapi 'orang laki mana boleh jadi pompuan' kata LPF
(err.. macam mana kalau jadi Tuhan? mesti boleh). Sebenarnya babak kembar perempuan tu lah yg
mahu dijadikan paparan istimewa sebagai kemuncak filem ni, tapi akhirnya sia-sia saja.
Sebab itu juga Dani
dan kembarnya itu tak muncul dalam frame yg sama walau sekali, sebab pelakonnya sepatutnya orang yg
sama, takkan nak rakam semula semua scene kan.
Teringat pula babak Azhar Sulaiman
'jadi perempuan' dalam KLU. Mungkin sebab menyamar, itu boleh kot? (macam mimpi juga
laa). Nasib kaulah Romeo. Tentang muzik, lagu, lokasi, dialog, semuanya kekurangan. Babak 'Antara Dua Darjat' tu pula, walaupun
kena dengan situasi (saya pun suka kalau diorang nak bagi tribute pada filem lama), tapi filem P. Ramlee tu
kan ke keluar tahun 1960. Apasal tayang dalam tahun 70-an pula. Itulah dia.. Walaupun penonton
memenuhi 3/4 panggung, tapi macam kosong. Takde respon. Mungkin semua dok fikir, 'siapalah bapa Dani
ni?', atau, 'apasal le semua filem ada Jalaluddin Hassan ni?'. Satu scene saja yg
'menyentuh' penonton: bila watak Aleya kata pada Dani, "Alaa.. kesyian..". Dengarlah juga penonton tergelak
kecil. Haha. Oleh kerana filem ni baru je 7 hari ditayangkan dan esok pula akan mula berentap dengan Aku Kaya, apa yg
dapat dikata lagi: "Alaa.. kesyian.." :)
*
12 Ogos
2003
AKAN DITAYANGKAN - best juga tengok poster Diari Romeo. Filem tu ada
cerita tentang zaman 70-an. Tulisan Aziz M. Osman. Dekat posternya ada lampu disko
(yg bulat macam bola dan berkilat petak-petak tu) - ada dua: dekat latar belakang dan dekat huruf O.
Ada bintang-bintang dan
warna-warna terang. Retro habis! Baju kolar besar. Seluar bellbottom. Kasut tapak
tebal. Harap-harap jadilah filem tu.
15 Julai
2003
Saya sebenarnya mahu percaya yg filem ni akan ditayangkan Ogos ini
walaupun tiada maklumat lanjut dapat diberi. Sebab itu saya menyiarkannya dalam topik ini. DR sebenarnya sezaman dengan filem
Idola yg ditayangkan setahun yg lalu. Mungkin publisiti mengenainya akan muncul tidak lama lagi. Mungkin selepas Janji Diana? Agak malang
bagi Zulkeflie M. Osman. Sudahlah menyepi agak lama setelah Badai Mantera (1998).. Diari Romeo pula
tersangkut.
...Baru jer check website FINAS. Baru update rupanya. Ini tarikh yg confirm - 28 Ogos 2003.
24 Mac
2003
Filem ini macam 'tersangkut'.
Khabarnya ada pelakon lelaki
berlakon jadi perempuan? Dulu ada satu VCD telemovie dah kena banned atas sebab yang sama.

2002
26 Ogos
2002
DIARI ROMEO - Tayangan
Unggul pun produktif. Laila Isabella dan Diari Romeo bakal berentap. Zulkeflie
M. Osman dah lama tak mengarah filem
sejak Badai Mantera (1998). Skrip oleh Aziz M. Osman. Para pelakon semuanya 'penyanyi-penyanyi
sekolah' (remaja).

|