[LAIN-LAIN] - DOKUMENTARI


2005

25 Jun 2005
Download versi penuh dokumentari Malaysia berjudul 18? di...
http://danlim.twofishy.net/18


2004

15 Oktober 2004
Akan ditayangkan pada 25 Oktober - MALAYSIAN DOCUMENTARIES. Enam buah dokumentari yg diusahakan secara independen akan menyertai program ini yg akan berlangsung di Institut HELP KL bermula 8.30mlm. Masuk adalah percuma.
http://groups.yahoo.com/group/filemkita/message/763

8 Oktober 2004 (5.09ptg)
Semasa menghadiri tayangan filem The Beautiful Washing Machine di Institut HELP KL pada bulan lepas, saya telah pun membeli 2 buah vcd dokumentari independen...

R.A.H.M.A.N - berpaksikan kepada 'teori rahman' yg 'secara ajaibnya' menentukan siapakah Perdana Menteri Malaysia dari dulu hingga kini (dan akan datang?), dokumentari ini turut menyelitkan serba sedikit pandangan masyarakat mengenai 'malaysia yg mereka kenal'. Ada mamak peniaga makanan yg bercerita tentang 'kejayaannya'. Ada 3 orang lelaki bercerita tentang tandas awam. Dan seorang ahli politik yg blur bila ditanya tentang rukun negara. Semua kisah ini dicantumkan dalam suasana 'riang-ria' pilihan raya umum tidak lama dulu. RM7.

Ah Kew The Digger - covernya memaparkan seorang lelaki di tanah perkuburan cina. Mungkin orang akan fikir ini kisah penggali kubur? Lelaki itu memang kerjanya menggali, tapi dia menggali maklumat - sejarah yg tidak tertulis mengenai kewujudan bandar Taiping, terutamanya dalam komuniti dan sudut pandangan kaum Cina tempatan. Banyak kisah2 yg berkaitan dengan sejarah penubuhan Taiping dan asal usul serta kisah di sebalik bangunan2 dan binaan2 yg wujud di situ. Ada juga kisah mengenai tokoh yg mula meneroka tempat itu, dan menarik juga bila adanya kisah 'tokoh' penjenayah yg digelar sebagai Raja Laut. Kisahnya betul2 mengingatkan saya pada filem Raja Laut arahan Z.Lokman (haha). Di antara penggalian asal-usul tempat itu, ada juga kisah mengenai pembikin filem ini, iaitu tentang usahanya yg cuba merakamkan 'sejarah', halangan yg ditempuhinya, dan sokongan yg tidak diperolehinya - untuk merakamkan sebuah kisah yg tidak dipedulikan lagi. RM9.

8 Oktober 2004 (4.08ptg)
Kemusykilan: Kenapa TV1 tiada slot utk menyiarkan dokumentari yg dihasilkan oleh Filem Negara. Takkan lepas buat filem, terus simpan dalam arkib negara. Takde maknanya...

Cadangan: VCD dokumentari boleh dipromosikan melalui internet dan dijual melalui pos utk sesiapa yg berminat. Tak perlu melalui cara pengedaran yg sama seperti vcd filem komersial yg lain. Walaupun tak ramai peminat/penonton, tapi dokumentari sebenarnya ada pengikutnya sendiri.

Pendapat: Tak ramai penerbit mahu menghasilkan dokumentari secara komersial dengan tujuan mendapatkan keuntungan. Puncanya ialah kerana tidak wujudnya saluran untuk memasarkan atau menayangkan dokumentari itu (contohnya tayangan di tv, edaran vcd, atau pun tayangan terbuka di pawagam). Kenapa tidak wujudnya saluran itu? Kerana topik dan cara persembahan dokumentari itu sendiri secara tanpa disedari sudah ditetapkan utk tidak menarik perhatian penonton umum. Bila sebut dokumentari saja, orang lantas membayangkan sebuah filem yg sarat dengan maklumat, statistik, temubual rasmi, unsur kebudayaan, propaganda, straigh-to-the-point, dan lain-lain bahan yg bagi kebanyakan orang adalah agak membosankan. Kenapa dokumentari mahu atau perlu kekal begitu? Mungkinkah Malaysia Boleh mengeluarkan sebuah dokumentari yg sarat dengan unsur popular yg boleh menambat hati ramai penonton? Tiadakah satu pun topik di bumi malaysia ini yg mampu menjadi dokumentari yg menarik lagi hebat? Siapa ada cadangan? Mari merevolusikan dokumentari kita...



www.filemkita.com © 1999-2005 khys