|
2002
7 Ogos
2002
Siapa dah tonton Embun?
Bagus filemnya, lakonan mantap (Umie Aida, Izi Yahya, Razak Ahmad dll), muzik best (respek!), fotografi menarik
(tapi bukan terbaik!).
Sebelum masuk panggung lihat dulu poster GERGASI yang berdiri di pintu masuk, bukan Embun tapi poster Mr.
Cinderella (Erra dan Yusry saiz sebenar..)!
Saya suka adegan mula, seorang jepun sedang mem'filem'kan adegan bersejarah.. dan adegan akhir
yang kejam dan ganas, ia cantik.
Saya terpaksa menonton sekali lagi sambil berharap vcd-nya nanti dalam versi asal.
Berikut adalah
beberapa petikan dan perkara menarik tentang EMBUN...
*Ini dari laman web Filem Negara (penerbit Embun):
Filem ini dibuat dalam format "Cinema Scope" dan
audionya menggunakan sistem "Dolby Digital". Jangkamasa tayangan ialah 2 jam 15 minit dan
akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 1hb Ogos 2002.
http://www.filemnegara.gov.my/Embun..html
*Kenapa Embun tiada laman web rasmi? Cuba ini:
http://www.embun.com.my
(Malaysia tidak boleh!) - Mungkin akan siap masa penyertaan di festival filem antarabangsa
nanti? Mungkin tidak.
*Lihat poster Embun (attachment: poster.jpg):
Nama pelakon yang pertama sekali ialah Rahim Razali, bukan
Umie Aida. Erma menang 1st award dari filem Puteri arahan Rahim Razali (tribute? - tapi dalam
filem Embun, Rahim Razali 'sekejap saja').
*Slamet Rahardjo (Indonesia) puji sinematografi
Embun, tapi dia kurang suka pelakon tambahan (extra) yang diabaikan. Reaksi Erma dari Harian
Metro:
"Saya setuju dengan komen Slamet kerana filem kita
selalu tidak menitikberatkan pelakon tambahan sehingga sering gagal menggambarkan
babak ‘meriah’ seperti perang atau keramaian. Katanya, kalau extras itu tak sesuai, suruh saja mereka pulang kerana mereka ini
penting untuk sesuatu babak. Kata Slamet kepada saya, mana mungkin kamu benarkan
extras, kalau mereka boleh merosakkan babak kamu. Saya tak boleh buat begitu, suruh mereka balik. Saya bukan saja pengarah tetapi
saya letakkan diri sebagai produser. Kalau saya buat begitu, saya dah kerugian ribuan ringgit kerana semua
sudah sedia seperti set, kamera, kostum, penginapan dan makan minum mereka. Jadi saya terpaksa teruskan.
Tapi Slamet seorang pengarah yang tegas," katanya.
*4 adegan kena 'gunting'. Baca petikan ini dari Harian
Metro:
[Punggung Izi kena potong By SS -
SS rasa bertuah juga apabila pengarah Embun sempat menayangkan beberapa adegan yang dipotong
termasuk 'punggung gebu' Izi Yahya yang sedang merogol Embun serta reaksi Embun yang 'dihenjut' oleh
tentera-tentera Jepun. Adegan-adegan itu tidak dapat dilihat dalam filem yang tengah rancak ditayangkan di
seluruh negara sekarang].
Siapa nak tengok versi asal Embun kenalah ke Seoul Oktober nanti sebab Erma akan bawa versi tanpa
potongan ke Festival Filem Asia Pasifik itu.
Tapi, tengok gambar di bawah ini (attachment: embun_akaishi.jpg) - adegan ini tiada dalam filem,
kena 'gunting'

*Macam mana pula dengan ini:
Embun digarap dengan baik oleh Erma namun terdapat
beberapa 'kesilapan kecil' termasuk babak akhir di mana Embun menikam Akaishi dengan menggunakan cucuk
sanggul dan alat itu patah. Syot seterusnya menunjukkan cucuk sanggul itu masih elok dan
'terbaring' di sebelah Koishi yang sebelum itu ditembak tentera Jepun. Menjawab satu soalan
yang berkaitan dengan kesinambungan itu, Erma berkata, kesalahan itu perkara biasa dan mengakui ia sepatutnya
tidak terjadi. Bagaimanapun katanya, ia menerima kekurangan itu sebagai iktibar untuk kerjanya masa
depan.
*Terjemahan dialog jepun:
Akaishi (Izi
Yahya) - "Hey, pemuja Melayu"
Koishi (Aqasha) - "Hey, perogol"
*Tonton Embun sebelum Mr. Cinderella datang membunuh
Embun pada 29 Ogos 2002.
2001
28 Mei 2001
Filem Embun yang bakal diarahkan oleh Erma Fatima
telah pun ada barisan pelakon utama iaitu Umie Aida sebagai Embun dan Hani Mohsein dipilih sebagai pelakon lelaki
utama. Kedua-dua pelakon tersebut pernah berlakon dalam filem pertama arahan Erma iaitu Jimi Asmara di mana Hani Mohsein berlakon sebagai Jimi Asmara. Pemilihan Umie
Aida sebagai pelakon utama Embun agak kontroversi kerana statusnya sebagai adik Erma Fatima, tetapi lakonan Umie yang meyakinkan sebagai isteri Leftenan Adnan
sebelum ini memberi kelebihan pada Umie. Dalam Embun, sekali lagi Umie Aida akan berlakon sebagai wanita tahun 40-an.
12 April 2001
Ada baca Metro Ahad 2 minggu lepas?
Temubual dengan Erma Fatima tentang filem terbarunya Embun. Erma kata dia mahu gabungkan seni dan komersil, dia juga panggil
Erra Fazira utk uji bakat, Erra tak datang. Mungkin Erma lepas geram, dalam temubual tu dia komen tentang 'rambut palsu' Erra yg sering dipakai dalam banyak filem..
heheh. Tapi Erma juga puji Erra dan dia nampaknya mahu bantu Erra keluar dari 'kepompong'nya... tapi nampaknya Erra tak berminat, atau tak yakin dia pelakon yg bagus, atau
mungkin kerana pengarahnya Erma Fatima! Erma juga ditanya kenapa tak cuba CT Nurhaliza? Erma kata, "..saya tahu yang dia tak mahu berlakon, jadi lebih baik saya ‘tak
kacau’ dia" - keputusan yg bijak!
28 Mac 2001
EMBUN - arahan Erma Fatima. Kisah perjuangan wanita bernama Embun sebelum merdeka. Nampaknya projek
'Bulan dan Matahari' Erma ditangguhkan sebab beliau telah terpilih
untuk projek terbitan Filem Negara dan FINAS ni. Skrip sudah siap agak lama kerana ia adalah pemenang tempat kedua pertandingan skrip anjuran FINAS tak lama dulu dengan
judul Titis-Titis Embun (tentu ada sebab mereka tidak memilih pemenang tempat pertama..). Tiada siapa yg mahukan skrip ini mungkin kerana ia adalah period movie yg
menggambarkan zaman 40-an (yg memerlukan perbelanjaan yg sudah tentu banyak). Pemilihan pelakon sedang berjalan. Shooting mungkin bulan Jun ini. Pelakon utama: ada yg
merasakan watak Embun sesuai dibawa oleh Umie Aida dan Rosyam Nor sebagai hero tapi pemilihan pelakon masih berjalan. Tarikh tayangan: entah.

|