|
2004
8
November
2004
Stesen2 TV suka tayang
filem Malaysia yg sama berulang kali: Ya lah, memang pun. Dah tu TV2 dan TV3 tu tayang filem klasik pada
hari yg sama pulak tu.
Saya sendiri kurang pasti atas alasan apa mereka suka ulang tayang filem2 yg sama.
Adakah filem2 tu popular, banyak permintaan dari penonton, atau filem tu betul2 menarik dan bagus?
Atau sebaliknya, adakah filem2 tu tak perlu bayaran yg banyak, atau pengiklan sukakan
filem2 tu, atau apa?
Kenapa tak adakan siri tayangan filem2 70/80-an. Banyak apa filem2 zaman tu yg dah lama tak tayang di
TV. Kalau ada pun, masa musim2 perayaan atau cuti umum, itu pun mesti nak tayang filem macam Ali
Setan, Azura dll. Sedangkan banyak lagi filem lain yg penonton nak tengok.
Contohnya filem2 komedi lakonan Os/Badul, atau filem2 drama macam siri Esok (Jins) atau pun arahan Rahim Razali.
Adakah mereka itu semua sudah patut dilupakan?
Dulu, ntv7 ada Panggung Anugerah, mereka tayang filem2 tempatan yg menang anugerah.
Masa tu siarannya tak meluas lagi, jadi tak ramai dapat tengok. Apapun, idea mereka itu tersangat bagus.
Terlampau bagus. Malangnya, hangat2 taik ayam. Apa yg terjadi tak siapa pun tahu,
walaupun sebenarnya filem2 itu lah yg patut diulang tayang berkali-kali.
-kes ni, bila difikirkan memang agak tak logik juga la. sebab biasanya stesen tv
kalau boleh tak nak ada program (sitkom, drama dll) atau tayangan filem yg sama dengan stesen lain. tapi bila
melibatkan filem melayu klasik ni, dah jadi lain. seolah-olah semua stesen tv tak kisah kalau filem yg sama bertembung siaran
dalam masa yg dekat. memang pelik. dan lebih pelik bila kes ni melibatkan filem melayu klasik terutamanya. saya sendiri tak dapat nak fikir apa
motif atau tujuan dibuat siaran macam tu.
-tapi, saya rasa filem Talak tak mungkin disiarkan di TV, sebab
bercanggah dengan ajaran Islam. bahaya tu, nanti jadi ikutan...
21 Januari
2004
Ini ada sedikit perkara tentang filem yang ditayangkan pada hari raya
tahun lepas. Saya tengok sikit-sikit saja filem ini semua...
Lagi Lagi Senario - pertama kali ditayangkan di TV3, adegan ludah itu
sudah tentunya dipotong. Tapi, ada satu adegan awal di mana Syanie dan Osman Kering pergi makan di restoran perancis, dialognya telah
dipadam. Kalau tak silap, Syanie ada komen tentang makanan yang dia kata Siput
Babi.
KL Menjerit - adegan lumba haram masa mula tu telah
dipotong. TV3 kadang-kadang potong filem untuk menjimatkan masa. Tapi adegan lumba
haram yg dipotong itu juga adalah adegan yg sama di mana ketika tayangan di pawagam, kenyataan amaran telah dikeluarkan di
layar.
Mekanik - agak pelik bila filem ini tiba-tiba muncul di TV2 pada hari
raya. Tayangan tengah malam. Yang menariknya (pastinya saya akan masukkan ini dalam ruangan TriviA) ialah filem ini diberi label 18SX.
RTM biasanya tak potong filem sesuka hati sebab mereka tak banyak iklan. Mekanik
yang saya perhatikan juga tak ada bahagian yang dipotong. Bagaimana agaknya kalau filem sebegini diterbitkan pada
masa sekarang (U atau 18SX?). Diakui yang filem ini banyak 'adegan seksi' yg tidak
terlampau. Sama juga dengan filem Hafsham sebelum itu - Adik Manja.
2003
12
November
2003
Musim raya
nanti, mesti banyak filem2 yg akan tayang kat TV. Berderet-deret. Salah satunya mungkin filem
Yusof Haslam. Atau filem2
yg itu jugak, diulang-ulang.
2002
9 Ogos
2002
Malam ni ada 2 filem menarik di TV...
Jumaat (9 Ogos 2002)
TV1 (RTM)
Judul: NORA ZAIN - AGEN WANITA 001
Masa: 9.30 malam (lepas Anjung Budi)
Judul: SAYANG ANAKKU SAYANG
Masa: 12.45 t/malam (dah masuk hari Sabtu)
2001
10 Mac
2001
Abang '92 akan ditayangkan di TV1 pada pukul 4 petang nanti. Dah lama tak tengok filem tu kan?
24 Februari 2001
Siapa suka tonton Teater Malaysia (TV1 Sabtu 4.00ptg)? RTM tak pernah promosi slot rancangan ni.. tapi pilihan filem memang bagus. Baru tadi disiarkan kembali filem
Tsu Feh Sofiah (dah 4 filem Rahim Razali dalam Teater Malaysia).
Minggu lepas pulak filem
Fantasi (salah satu filem kesukaan saya). Rasanya itulah pertama kali RTM tayang
filem yang pernah diharamkan ni. Apa yang menarik, Fantasi diberi label 18PL.. dan ditayangkan sebelah petang! (bukan selepas 10.00mlm). Apapun, Fantasi versi RTM
memang kena cincang habis walaupun 18PL (Sesiapa yang beli video/vcd Fantasi edaran Speedy Video anda akan dapat tonton versi panggung yg diluluskan. Kalau anda
bernasib baik, sila beli vcd Fantasia edaran Sunny Film kerana ia adalah versi asal sebelum diharamkan dulu. Jangan tanya macam mana ia boleh dipasarkan, yg pasti ia
adalah versi Director's Cut tidak rasmi, Aziz M. Osman pun tak tahu!).
2000
13
Oktober 2000
Malam tadi TV3 siar filem Jula Juli Bintang
7. Hmm.. sapa tengok? Saya pernah tonton Jula Juli Bintang 3 (JJB3) sebelum ni.. tapi 'Bintang 7'?? So,
semalam saya ambil peluang untuk tengok...
Sebelum tu, JJB3 yang saya pernah tengok tu ialah tentang puteri kayangan (atas
angin) yang turun ke bumi dengan angsa ajaib dan berkahwin dengan manusia biasa (lebih kurang macam tu le
ceritanye). So, boleh agak le 'Bintang 7' ni camne..
Jula Juli Bintang 7 lagi dahsyat. Saya tak mau cerita semua, cuma part yang pelik saja ok? (kekadang terfikir jugak 'apa yang diorang (pembuat
filem tu) fikir sebelum buat filem ni'. Satu jawapan saja yang saya dapat iaitu diorang nak bercerita kepada penonton.
Penonton mesti tak mau tengok kehidupan biasa diorang di layar perak. Penonton tak mau tengok
benda-benda yang dah biasa. Sebab itulah agaknya muncul filem-filem dan cerita pelik macam ni).
OK, 'Bintang 7' bercerita tentang 7 orang puteri kayangan yang pelik (termasuk boleh tukar menjadi bintang). Mereka dihukum menjadi buah
delima dan dicampak ke bumi. Buah tu tertanam dalam lubang yang tiba-tiba muncul (hasil kuasa dari kayangan tadi kot). Dah tanam, tumbuh
le pokok.. dan berbuah le ia.. sebiji! Seorang makcik (orang kampung) dah makan buah delima tadi. Sebelum tu, suami dia dah halang supaya jangan
makan (yelah pokok yang tumbuh tak berapa minit tadi.. mesti ada sesuatu kan?). Sebab degil nak mampus, dia makan jugak. Tak berapa
minit selepas tu (beberapa saat kot), perut dia pun membesar.. on the spot, masa tu jugak.. depan suami dia tadi (tak, suami dia tak buat
apa-apa pun. Dia tengok aje perut isteri dia membesar). Heran!! (rasanya korang boleh agak apa yang terjadi).
Bidan pun dipanggil. Sah, isteri dia mengandung. Si suami tambah heran sebab isteri dia sebenarnya mandul dan dia tak buat apa-apa pun
:) Untuk mempercepatkan cerita (atas alasan puteri kayangan ni terlalu ajaib kot),
tak berapa minit selepas tu lahirlah bayi.. tujuh orang!!! Kembar tak seiras... suami dia terus pengsan! (terasa macam diperbodohkan pulak..
tapi peduli hapa! Dah cerita dia macam tu. Tapi perut isteri tadi bukan besar sangat pun..
Agaknya lepas satu keluar, baru jadi lagi satu :) Hmm..). Pagi besoknya ketujuh-tujuh puteri tadi dah besar dan boleh bercakap
(macam mula-mula tadi sebelum kena sumpah). Mak bapak baru diorang keluar rumah pagi tu.. terkejut beruk tengok puteri7 tadi sedang
bergumbira di halaman rumah. Heheh!
Dah tu ada pulak cerita pasal jin-jin pelik yang sedang cari puteri7 tadi dan lain-lain.
Malas lah nak cerita lagi. Apa-apa pun ini cuma cerita saja.. dah namanya filem khayalan nak buat macam mana? Seronok gak kan??
[Pembikin filem kita tak boleh (tak
dibenarkan) buat filem seram. Macam mana pulak dengan filem fantasi (khayalan). Tak ada yang nak cuba
keluarkan idea ke? Tengok macam mana reaksi orang kat LPF tu.. boleh kot!]
*Petikan
daripada Message
Board filemelayu.cjb.net

|