|
2005
3 Ogos
2005
Ungu
Violet - download lagu tema (mp3.swf), lihat lirik (soundtrack.html), dan
download trailer (UV30DETIK.MPG)
http://www.ungu-violet.com/pgs/mp3.swf
http://www.ungu-violet.com/pgs/soundtrack.html
http://www.ungu-violet.com/imgs/UV30DETIK.MPG
17 Mei
2005
Mengejar Matahari - pengedar filem di Malaysia ni pelik sikit. Filem tu
kena 'macam gempak' sikit baru nak tayang. Tapi, sebelum ni 30 Hari Mencari
Cinta tak pula tayang di Malaysia kan? Lepas ni, satu lagi filem Indonesia yg
akan diedarkan oleh GBSB ialah filem terbaru lakonan Dian Sastro. Tak tahulah
macam mana sambutan atau promosinya. Janji Joni lakonan 'Rangga' takde pulak
dengar cerita akan tayang di sini. Mungkin lambat sikit? Atau pengedar tak
berminat?
*Mengejar Matahari pirate dah ada di 'pasaran'.
Hopefully dapat cari yg ori.
13 Mei
2005
TENTANG
DIA: Ada penonton suka, ada penonton tak suka.
Jom kita selidik apa yg sebenarnya sedang terjadi...
Hurriyati, adik dia, dan lain2 penonton seperti mereka sebenarnya memang patut
rasa boring bila tonton Tentang Dia. Sebab apa? Sebab mereka semua mencari
hiburan dan ingin meringan-ringankan kepala dengan menonton sebuah filem di
pawagam. Itu hak mereka, dan tiada salahnya mencari hiburan yg tak melampaui
batas.
Apa yg menjadi masalahnya ialah apabila mereka ingin mencari hiburan TETAPI
sebaliknya terjebak lalu tertonton sebuah filem yg kelam dan suram dengan subjek
yg terlalu mendalami jiwa. Filem2 seperti Tentang Dia memang bukan dibuat utk
penonton2 yg mencari hiburan seperti Hurriyati, adik dia dan lain2 penonton
seperti mereka.
Sekarang saya akan buat kesimpulan yg menarik utk difikirkan: "Kenapa mereka
terjebak, lalu tertonton? Kenapa?"
Pada pendapat saya, pengedar filem Tentang Dia telah membuat pemasaran yg begitu
berkesan. Syabas kepada Grand Brilliance. Tak dinafikan juga lagu2 persembahan
Melly banyak membantu pamasaran filem ini dengan memberi gambaran bahawa ini
adalah sebuah lagi kisah remaja yg menghiburkan (macam AADC). Ramai para
penonton remaja berminat menonton filem ini setelah menonton iklan dan mendengar
lagu-lagunya yg kelihatan dan kedengaran menarik dan menghiburkan. Cara
pemasaran filem ini kelihatan seolah-olah ia sebuah filem hiburan ringan.
Satu lagi yg menarik, ini kali pertama saya melihat iklan promosi filem
menggunakan kaedah 'pengakuan penonton' (selalunya iklan syampu guna cara ini).
Kita dapat lihat remaja2 ceria mengaku terhibur dengan filem Tentang Dia. Kita
juga dapat lihat remaja2 stylo yg mengaku "Sedih sangat! Touching habisss.."
sambil tutup kedua-dua telinga (entah apasal?), dan lain2 ragam penonton yg
menunjukkan mereka terhibur. Saya tak sangka pemasaran filem menggunakan iklan
pengakuan penonton berjaya mempengaruhi kebanyakan peminat hiburan utk turut
sama menonton sebuah filem serius. Tak sangka sama sekali yg ada penonton sampai
terfikir utk bawa saputangan kerana terpengaruh dengan promosi filem ini. So,
sekali lagi, syabas kepada Grand Brilliance. Saya tak pernah lagi tengok filem
Malaysia buat iklan macam tu. Good idea! Ramai yg terjebak.
Kepada Hurriyati, jangan serik nak komen lagi kalau awak tonton filem2 lain
lepas ni. Tapi, saya lebih suka kalau penonton kita boleh komen tentang perkara2
positif dan negatif dalam masa yg sama. Jangan negatif (kutuk) saja, dan jangan
positif (puji) saja. Mungkin ramai yg pernah baca ulasan A. Wahab Hamzah. Saya
suka tulisannya sebab dia akan kata apa yg bagus dan juga yg tak bagus dalam
masa yg sama. Jadi, saya rasa tentu Hurriyati (dan penonton lain yg akan tonton
apa2 filem juga) boleh kata sesuatu yg positif juga kalau pun tak suka filem tu,
tapi mesti ada bahagian tertentu yg menarik. Contohnya filem Tentang Dia ini,
mungkin boleh kata "saya tak suka cerita macam ni, membosankan, tapi nasib baik
lagu2 dan muzik dia semua sedap"
Apapun, Hurriyati dah pun kata watak Rudi bagus. That's fair enough, walaupun
sia-sia je bawa saputangan kan? :)
2004
15 Oktober
2004
Tahun ini 2 buah filem Indonesia telah ditayangkan di
pawagam - Tusuk Jelangkung dan Eiffel... I'm In
Love. Kedua-duanya kini boleh didapati dalam bentuk VCD. Sementara itu, sebuah lagi
filem popular berjudul 30 Hari Mencari Cinta tidak ditayangkan di
pawagam Malaysia, tetapi VCDnya begitu laris. Antara filem baru lain yg boleh didapati di pasaran
ialah Arisan!, Biola Tak
Berdawai, Titik Hitam, Ca-bau-kan dan sebuah
filem arahan Slamet Rahardjo berjudul Marsinah. Semoga lebih banyak
VCD flem Indonesia akan dibawa ke sini terutamanya karya generasi baru dan filem-filem lama yg hebat
terutamanya Tjoet Nja' Dhien (trailernya boleh dilihat melalui VCD Marsinah)
14 Ogos
2004
Filem Indonesia terbaru & Siti Nurhaliza: Filem Indonesia terbaru berjudul
Tiga Dara akan diarahkan oleh Rudy
(AADC) juga bakal dilakonkan oleh pelakon utama AADC, Nico dan Dian. Filem itu akan diterbitkan oleh
Christine Hakim. Hebat tak? Penyanyi top Kris Dayanti (KD) juga terlibat.
Walaupun ramai orang Malaysia -terutama sekali penerbit filem yg pernah menawarkan Siti Nurhaliza berlakon dalam filem mereka- akan
berasa tak puas hati dan mengutuk sekiranya Siti menerima tawaran untuk menjadikan filem Indo ini sebagai filem pertama lakonannya,
tapi saya rasa yg Siti patut terima tawaran ini dengan segera.
Kalau nak ikutkan memanglah Siti sepatutnya mengutamakan filem Malaysia dulu. Saya sendiri mulanya sangat berharap Siti tak terima
tawaran Tiga Dara ini. Tapi bila fikir semula, sekiranya Siti menolak tawaran ini, ia akan menjejaskan sikit hubungan perfileman yg telah
mula hendak menjadi kenyataan melalui kerjasama Puteri Gunung Ledang (PGL).
Dalam PGL, Christine Hakim, Alex Komang dan Slamet Rahardjo memberi kerjasama mereka untuk menjayakan Filem Malaysia. Malah Dian Sastro
menerima watak kecil atas dasar ingin bekerjasama. Sekiranya Siti menolak tawaran ini, bagaimanakah pandangan mereka terutama sekali
Christine Hakim dan pemerhati filem Indonesia terhadap kerjasama yg mula terjalin itu? Kenapa penyanyi top Malaysia mahu menolak tawaran
yg datangnya dari nama-nama besar dalam industri filem Indonesia? Lebih baik Siti menyediakan satu alasan yg paling kukuh, atau terima
saja tawaran ini. Atau, bersedialah untuk mendengar suara-suara tidak puas hati. Pedulikan apa kata orang/penerbit Malaysia. Berbanggalah
utk mewakili Malaysia sebagaimana Indonesia berbangga pelakonnya berlakon PGL, filem terhebat buatan Malaysia. Seperti kata Sudin
sebelum pergi ujibakat dalam Seniman Bujang Lapok: "Eyy... belum try belum tahu!"
Kepada Siti Nurhaliza (kalau dia terbaca ini), terima jer laa... jangan memalukan Malaysia. Mana ada orang first time berlakon terus
perfect. Apa gunanya slogan Keranamu Malaysia digunakan buat kali ke-5 berturut-turut kalau tak difahami dan dituruti maksudnya :)
-'patriotik' lah pulak!
Sumber rujukan: KD pujuk Siti terima lamaran Tiga Dara (Oleh Zul Husni Abdul Hamid), Berita Harian 14 Ogos 2004
2003
16
Januari 2003
Ada
Apa Dengan Cinta? - mula
ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia

|