|
2003
20 Oktober
2003
MAKAM CINTA - sudah lama dengar tentang projek filem ni. Sekarang
nampaknya dah confirm akan jadi kenyataan walaupun belum dilancarkan lagi. Diterbitkan oleh Boommax (Aku Kaya) dan sebuah syarikat
Thailand. Nampaknya besar cita-cita mereka. Yang lebih gempak lagi sebab pengarahnya Fauziah Ahmad Daud (Ogy)! Hah, akhirnya.. jadi juga
Ogy duduk di kerusi pengarah. Ogy sebenarnya dah banyak arah drama dan telefilem, jadi sekarang dia naik setapak lagi.
Tahniah. Bertambah sorang lagi pengarah wanita. Diharap produksi filem ni tak
gempak-saja-lebih, buatlah bersungguh-sungguh macam PGL. Pelakon yg akan ditampilkan
nanti pun memang power, pelakon Thailand yang terkenal dan khabarnya dari Malaysia, Erra akan turut
serta. Saya sendiri harap Erra tak melepaskan peluang ini, sebab dia juga perlu naik setapak lagi. Filem
ni.. erm.. kisah 'cinta'. Lagi? Tapi, baca sinopsis tak rasminya, berat juga cerita
ni. Tunggu jer lah. Shooting akan mula tahun ni juga.
2002
Semua filem jadi...
2001
12 April 2001
Belum pun filem terbaru Senario siap (sedang pos-produksi), Aziz M. Osman dah pun mula tulis skrip utk filem seterusnya. Mungkin ramai yg dah tahu dan terkejut sebab
filem tu juga bakal dilakonkan oleh Kumpulan Senario lagi (maklumlah tengah laku..). Tajuk awal skrip Aziz itu berjudul
Mat Bond Junior... ceritanya lebih kurang sambungan
filem Mat Bond (1967, lakonan Mat Sentul, arahan M. Amin), kisah ejen perisik komedi/gila-gila bergelar Mat Bond (siapa lagi akan melakonkannya selain Mat Sentul
sendiri!) yg mempunyai anak-anak bergelar Mat Bond Junior (lakonan ahli Senario). Ingat tak intro filem Senario Lagi tahun lepas, di mana Yassin tertembak James Bond
(kelakar..). Setiap kali tonton semula Senario Lagi saya terfikir apa maksudnya scene tu, adakah itu petanda tentang filem Mat Bond Junior? atau Senario digambarkan mahu
muncul sebagai 'hero' baru filem-filem bersiri yg berjaya bertahan lama seperti filem-filem bersiri James Bond (dengan itu digambarkan Senario membunuh James Bond.. hmm).
28 Mac 2001
PUTERA MERDEKA - arahan Mahadi J.
Murat. 6 tahun selepas Sayang Salmah. Judulnya saja sudah membayangkan tema filem ini yang bersifat
kebangsaan. Filem sejarah
mengenai pemikiran tokoh pemimpin negara Tunku Abd Rahman bermula dari tahun 1933 sehingga 14 Mei 1969
(sehari selepas kejadian berdarah yang mahu dilupakan oleh rakyat
Malaysia). Proses pemilihan pelakon rasanya sudah tamat tetapi belum diumumkan, mungkin masih mencari
'Tunku'. Siapa ye? Ada yang kata Jalil Hamid bakal 'menjadi' Tunku (jangan ingat Jalil Hamid cuma seorang pelakon komedi kerana dia pernah berlakon Wanita Bertudung Hitam juga arahan Mahadi dan menunjukkan lakonan yang menjadi dalam
Baginda arahan Aziz M. Osman). Pelakon yang hadir uji bakat juga hebat-hebat belaka seperti Shaharuddin
Thamby, Sidi Oraza, Azri Iskandar, Eman Manan, Rosnah Johari, Afdlin
Shauki termasuk bakat-bakat baru seperti Janet Khoo, Na’a Murat, Elly Suriati, Patrick Teoh dan Joanna
Bassey. Mungkin mereka terpilih. Kalau sempat disiapkan mungkin akan
ditayangkan 31 Ogos nanti seperti juga Sayang Salmah dan Leftenan Adnan. Tempah tiket anda
sekarang.. OPPS.. NANTI DULU!!
Pasir Salak (Jins Shamsuddin khabarnya bersemangat dan buka balik fail projek filem sejarah negeri Perak ni yg dah tentu berhabuk sebab lama
ditinggalkan).
Gagak Kayangan (MIG Production, penerbit Syukur 21 nak buat filem
baru. Mungkin skrip M. Nasir yg tiada siapa nak terbitkan ni akan dijadikan
filem. Masih terlalu awal untuk diagak).

|