[LAIN-LAIN] - THE MAKING OF FILEMKITA.com


2005

5 September 2005
Pasal perkembangan utama filemkita yg pernah diumumkan tak lama dulu, iaitu maklumat Karyawan/Seniman/Seniwati. 50% maklumat sudah pun dimasukkan. Target utk siap pada 5 November (sempena 2 tahun filemkita). Dah beberapa bulan kerja ni berjalan dan ada masa 2 bulan lagi sebelum disiarkan. Selepas tu, kerja2 'menghidupkan' link senarai filem utk setiap nama akan ambik masa beberapa minggu kot, jadi senarai November nanti memang tak lengkap. Harap2 semua kredit filem akan dapat link dengan nama2 karyawan tu semua mulai Januari tahun depan. Ini memang kerja manual sebab tak guna database, tapi memang sesuatu yg menarik la, dapat kumpul maklumat2 tu semua. Contohnya, aku akan kumpul kredit lagu2 ciptaan/nyanyian P. Ramlee yg jarang atau langsung tak pernah diberi kredit dlm filem2 selepas ketiadaan beliau. Selalunya org akan senarai filem2 arahan/lakonan beliau saja, tapi dlm filemkita kredit P. Ramlee akan termasuk sekali 'kerja-kerja' beliau dlm filem baru, contohnya ada lagu2 P. Ramlee dlm filem Spinning Gasing, Rabun, Imigran, Cikgu Romantik dan banyak lagi la...

21 April 2005
Hampir 6 bulan laman web ini tidak dikemaskini, berpuluh-puluh buah filem baru telah dilancarkan sejak November tahun lepas, dan beberapa buah filem terbaru 2005 telah pun ditayangkan. Hingga kini begitu banyak perkembangan terbaru mengenai filem tempatan yang tidak mampu untuk diperkatakan satu demi satu. Apa yang pasti, 2005 adalah satu lagi tahun di mana Filem Malaysia mendapat perhatian tanpa henti sejak Januari lalu dan akan terus mendapat perhatian hingga hujung tahun nanti. Selain tayangan bulanan di pawagam, acara penganugerahan seperti Festival Filem Malaysia dan Festival Filem Asia Pasifik juga bakal menjadi tumpuan tidak lama lagi. Kini filemkita.com telahpun mengemaskini senarai filem-filem terbaru 2005 dan yang akan datang, untuk sama-sama memeriahkan dunia filem kita.

MARI MENONTON FILEMKITA - cawangan baru yang telah dikeluarkan daripada Istimewa filemkita.com, dan diberi wajah baru dengan tambahan lebih 200 keping gambar.
http://www.filemkita.com/khys


2004

30 November 2004
Bulan sebelas, filemkita berusia satu tahun. Ini memang satu tahun yg paling sibuk dan meriah dalam kalendar perfileman tempatan. 2005 yg akan datang pun seakan sudah menjanjikan suasana serupa, malah mungkin lebih hebat lagi!

-jumlah pengunjung filemkita meningkat sikit dalam beberapa hari ni. terima kasih pada Linda. jasamu tetap dikenang :)

31 Oktober 2004
PROMOSI - Ruangan baru yang menghimpunkan bahan-bahan promosi kiriman individu dan pihak tertentu. Bahan yg baru dimasukkan: Volkswagen Kuning, Jembalang Yang Hilang, Neraka Cinta & Haryati 2
http://www.filemkita.com/promosi

30 Oktober 2004
FORUMKITA - hidup kembali! Nasib baik server ada backup. Semua sudah kembali seperti asal, jadi sertailah dan berbincang, bersembang dan cakap-cakap pasal filem, hanya di forumkita.
http://www.filemkita.com/forum

15 Oktober 2004
FORUMKITA - adalah dengan ini dimaklumkan (<--ayat rasmi Penyimpan Mohor Besar) bahawe, laman forumkita telah tak semena-mena menghilangkan diri dari server. Semua databasenya pun turut hilang. Puncanya tak dapat dipastikan, tapi kemungkinan ada kaitan dengan bandwidth limit agaknya, kerana bulan September telah mencatatkan jumlah hits keseluruhan yg paling tinggi hingga melebihi 1 juta hits. Nanti saya akan fikirkan satu alternatif utk laman baru forumkita.

25 Jun 2004
Cawangan baru untuk senarai festival filem (belum lengkap)

http://www.filemkita.com/festival

Tambahan kolum baru di muka hadapan: dialog menarik, gambar minggu ini dan Shout Box untuk pengunjung meninggalkan mesej & berdialog.

5 Mei 2004
Sempena 6 bulan kelahiran filemkita.com, perubahan besar dilakukan pada muka depan:
*semua menu utama diletakkan di muka depan untuk memudahkan capaian (link filem cereka mengikut abjad dan tahun + link kepada filem pendek, telefilem, dokumentari dan video).
*link kepada 'cawangan' filemkita (Istimewa, Poster dan Forum) terdapat di muka depan.
*link kepada promosi filem baru (Buai Laju-Laju dan PGL) juga terdapat di muka depan.
*maklumat terkini Pawagam kini terdapat di muka depan.
*fungsi Search (carian) melalui Google telah dikonfigurasi khas untuk mencari maklumat dalam filemkita.com atau laman web lain - kembali ke muka depan untuk menggunakan fungsi Search.

17 Mac 2004
Forum di filemkita.com - FORUMKITA. Baru saja dibuka kepada semua peminat filemkita. Daftar segera sebagai ahli (klik Register pada muka hadapan forum). Mudah dan percuma. Untuk permulaan, sebagai 'memanaskan enjin', telah disediakan poll/undian peminat, atau terus saja berforum dengan membuka topik baru. Sertainya sekarang untuk memeriahkan filem kita.

http://www.filemkita.com/forum

Ada juga sedikit panduan untuk berforum. Sikit saja...
http://www.filemkita.com/forum/panduan.html

8 Mac 2004
Istimewa filemkita.com - ruang baru yang menghimpunkan bahan-bahan istimewa dan menarik berkaitan filem (selain dari maklumat filem). Antaranya ialah poster, ulasan, gambar, dialog, promosi & lirik lagu. Selain itu, terdapat juga himpunan catatan saya berkaitan filem sejak 1999 hingga sekarang dalam tajuk 'Mari menonton filemkita...'

http://www.filemkita.com/istimewa

24 Januari 2004
Tukar gambar muka depan dengan beberapa filem 2003 dan 1 gambar filem Trauma sempena tahun baru.

Masukkan 4 lagi senarai filem lama. Jumlah keseluruhan filem (termasuk 6 filem 2004 yang confirm) ialah 801 buah judul filem.

PROMOSI - Puteri Gunung Ledang (gambar-gambar dari YahooGroups kini boleh dilihat melalui laman web + beberapa gambar yang baru dimasukkan):

http://www.filemkita.com/pgl

14 Januari 2004
Untuk lihat poster filem baru, pergi ke...
http://www.filemkita.com/poster

Semua poster baru akan disiarkan di situ.

STATISTIK PENGUNJUNG: Ini sebagai rekod sahaja, kalau berminat boleh baca...
Sudah 2 bulan lebih filemkita.com dibuka secara rasmi (sejak 5Nov2003). Peningkatan pengunjung memang hebat walaupun takde promosi sana-sini (disengajakan atas sebab tertentu). Masa mula dibuka, purata hits antara 300 hingga 500 sehari. Hits bukan bermaksud jumlah pengunjung, tapi jumlah download yang telah dilakukan oleh semua pengunjung dalam sehari. Seorang pengunjung mungkin melakukan beberapa puluh hit setiap kali melayari filemkita.com dalam sehari. Jumlah hits meningkat kepada 2000 hingga 3000 sehari pada Disember, dengan 24hb mencapai 4000+ hits. November mendapat 35000+ hits secara keseluruhan, manakala Disember memecah rekod sebanyak 75000+ hits. Saya tak pernah check sama ada ini menyebabkan slow download atau tidak (harap tidak). Januari sudah setengah bulan, tapi sudah pun mengatasi November dengan hits tertinggi pada 9hb lepas iaitu sebanyak 6000+ sehari. Waktu sibuk bermula 11pagi dan juga dari 3 petang (paling ramai pengunjung) hingga 5 petang, lepas tu tak berapa sibuk. Laman filem yang paling banyak dilihat ialah Cinta Kolestrol terutama sekali selepas disiarkan dialog dan gambar, juga kerana linknya berada di muka depan (kena lihat filem mana paling popular lepas ini bila senarai filem 2003 bakal dipindahkan ke dalam dan diganti dengan filem 2004).


2003

25 Disember 2003
PROMOSI - untuk lihat poster Buai Laju-Laju:
http://www.filemkita.com/buai

20 November 2003
Seperti yg dijelaskan, poster saiz besar tidak akan disiarkan dalam filemkita, sebaliknya cuma boleh di'download' dari YahooGroups. Perlu dijelaskan bahawa filemkita.com adalah sebuah tapak web berbayar yg menghadkan saiz kandungan dan juga saiz bandwidth yg boleh dilawati. Ada had maksimum yg perlu dipatuhi.

5 November 2003
PEMBUKAAN RASMI LAMAN WEB FILEM MALAYSIA... filemkita.com

Sedang ditayangkan sekarang !!

http://www.filemkita.com

Senarai lengkap serta maklumat terkini filem tempatan...
Filem Malaysia... filemkita.com
selamat menonton,
kamal@filemkita.com
5.11.2003 / 10.Ramadan.1424

31 Oktober 2003
filemkita.com bakal menyusul tidak lama lagi. 50% bahan-bahan telah di'upload', dengan foto dan imej (1000+ fail) semuanya telah di'upload'. Yang tinggal cuma senarai filem (785+ judul) yg masih perlukan sedikit pengubahsuaian terakhir.

20 Oktober 2003
FILEMKITA.com - Laman web ni, macam dah siap. Bukan macam, sebenarnya memang dah siap, cuma macam tak puas hati jer. Tengoklah hujung minggu ni cuti panjang kan. Bolehlah upload apa yang ada. Tak mahu tunggu lagi, walaupun kena tambah 7 buah judul filem lagi yang baru saja dapat tahu. Jumlah keseluruhan filem cereka ialah sebanyak 782 judul. Nantikan Oktober ini, tak minggu ni, minggu depan, OK.

23 September 2003
FILEMKITA.com - September pun dah sampai penghujung. Oktober pula bakal menjelma. Apa istimewanya Oktober ni. Ada yg nak buat Anugerah laa, ada yg nak 'jadi gemuk' (CK) laa.. ada yg nak bersara laa.. macam-macam!! filemkita.com target untuk siap pada Oktober juga. Bukan tiru, tapi dah lama sangat daa.. sejak April lagi buat benda alah ni. Akhirnya, hampir siap juga.. menukarkan filemelayu kepada Filem Malaysia. Bahan lama, wajah dan arah baru. Bahan baru akan ditambah secara berperingkat sehingga lengkap - entah bila.

4 September 2003
PELANCARAN RASMI REKABENTUK BARU: Sudah ada sesuatu di laman web Filem Malaysia. Baru diaktifkan semalam. Itu baru kulit saja, isi belum masak.
http://www.filemkita.com

3 September 2003
FILEMKITA.com - Perlukah diberi update perkembangannya? Emm.. esok-esok sajalah. YahooGroups ni pun dah tukar nama dari filemelayu kepada filemkita (bunyi sikit macam le femme nikita pula). Tolong update bookmark/favorite anda. Terima kasih pada Zarul dan Semerahpadi. Kool.

21 Ogos 2003
Pelancaran kelab filemkita di YahooGroups!

15 Ogos 2003
PENGUMUMAN URL RASMI: Akhirnya, saya berjaya mendaftar nama domain untuk laman web baru Filem Malaysia. Baru je diluluskan oleh InterNIC. Server baru pun dah ada access tapi belum masuk apa-apa lagi. Mungkin 2,3 hari lagi saya akan letak sesuatu. Target siap pada Oktober nanti. Kalau nak tengok kekosongan pergi ke..
http://www.filemkita.com

..anda mungkin jadi orang pertama (maksud saya - kedua, sebab saya sudah rasmi dulu la..).

12 Ogos 2003
WEB - FILEM MALAYSIA : berite gumbire tidak lama lagi..

15 Julai 2003
FILEM MALAYSIA - Saya sungguh berpuas hati dengan perkembangan laman web baru ini. Walaupun perlahan, tapi kerja pembinaan tidak pernah berhenti sebaliknya konsisten. Mengikut perkiraan, kerja utama memasukan data dan penyiapan laman setiap filem (769 judul semuanya, bertambah 19 judul) akan siap pada pertengahan Ogos, sebulan lagi. Lepas tu kerja pengemasan dan pemantapan (?) akan bermula... upload files.. Mungkin September siap? Macam filemelayu dulu.. September 99 siap. Pembukaan rasmi filemelayu pula pada Oktober 99. Lebih kurang macam dulu juga kot.. Tunggu pengumumannya.

4 Jun 2003
Semua poster lama telah dipindahkan ke dalam folder Poster di YahooGroups, sebab saya bercadang untuk menjadikannya tempat download poster dan gambar bila website baru siap nanti. Jadi, proses download tidak akan terganggu macam sekarang (di filemelayu/geocities) bila saiz pengunjung telah melebihi had. Banyak lagi poster akan di'upload' nanti.

3 Jun 2003
LAMAN WEB FILEM MALAYSIA - Proses pembinaan (kemasukan data) sedang berjalan lancar. Beberapa poster lama telah di'scan' (poster tu semua tiada di filemelayu). Mungkin saya akan share sebagai preview website baru tu. Antaranya poster (bukan poster betul-betul, cuma dari akhbar dan majalah) filem Fenomena, Panggilan Pulau '94, Wanita Bertudung Hitam, Pesona Cinta, Awas dll.

19 Mei 2003
Sukacita diumumkan perkembangan pembinaan website Filem Malaysia sedang berjalan lancar sejak 24 April lepas (lepas balik menonton Mistik, terus bersemangat.. tapi bukan sebab Mistik tu). Sebelum tu, projek ni telah terbengkalai selama 6 bulan sejak dilancarkan April 2002 dan berhenti September 2002. Kiranya ini fasa 2 pembikinan macam PGL jugak le.. strategilah konon. Perkembangan lanjut seperti berikut...

*Dibuat dalam bahasa melayu dan akan dihebahkan kepada semua peminat filem tempatan.

*Senarai Filem Cereka bertambah kepada 750 buah judul (filemelayu cuma ada 600 lebih). Ini adalah segmen yang diberi fokus utama berbanding bahagian lain. Semua mukasurat telah siap dibentuk dan di'link' bersama dalam masa seminggu. Proses memasukkan data sedang berjalan. Baru siap hampir 160 judul. Banyak lagi tu..

*Segmen yang baru diwujudkan ialah Filem Pendek & Dokumentari (akan dibuat senarai ringkas dan tidak detail), Telefilem & VCD (akan disenarai beserta ulasan yang pernah tersiar dan juga maklumat ringkas). Segmen-segmen ni sahaja sudah 80% siap. Maklumat semua di 'curi' (dengan niat baik! boleh ke?) dari website http://www.kelabsenifilem.com dan juga lain-lain tempat.

*Segmen yang diberi pendekatan baru ialah Karyawan/Seniman/Seniwati di mana senarai Pengarah dan Pelakon yang terdapat dalam filemelayu disenarai pendekkan dan memilih nama tertentu sahaja supaya dapat menonjolkan dengan detail apa yang terbaik. Terdapat 4 kategori: Filem Klasik, Filem Malaysia, Generasi Baru, Antarabangsa. Senarai sudah disemak buat kali kedua dan akan disemak sekali lagi. Hingga kini, terdapat 100 lebih nama. 0.5% siap.

*Yang lain-lain semua dimasukkan dalam segmen Maklumat Seni Filem. Ada artikel, link website lain, senarai itu, senarai ini, komen, dan mungkin ada sesuatu yang special. % siap: tengah kumpul bahan (bahan lama dalam filemelayu tak banyak boleh diguna).

*Segmen filemelayu yang digabungkan dalam setiap judul filem ialah Ulasan, Muzik dan Trivia.

*Segmen filemelayu yang dihapuskan ialah Gambar. Cuma ada 1 poster dan 1 gambar saiz kecil bagi setiap filem (akan ditambah mengikut keperluan). Proses pemilihan gambar (capture dari VCD sejumlah 350 buah judul) sedang berjalan. Proses imbasan gambar belum bermula (banyak lagi poster akan di'scan' termasuk gambar yang tiada di VCD).

*Segmen yang kekal di filemelayu ialah ulasan filem luarnegara (?) & tetamu (guestbook / message board).

*Tarikh pelancaran: bila semua dah siap (target sebelum tamat 2003). Special preview akan disiarkan sebelum pelancaran sebenar untuk bagi suspense.

24 April 2003
PELANCARAN PROJEK: Peringkat akhir penyusunan laman web Filem Malaysia bermula. Menetapkan pindaan nama domain asal (lihat 13 April 2002) menjadi filemkita.com, tetapi tidak diumumkan.

16 April 2003
Bulan Februari dan Mac sudah berlalu. Saya sebenarnya tak suka publish website yang tak siap. Tak suka ada tanda Under Construction. Saya belajar daripada filemelayu.cjb.net. Bila dah complete nanti, anda semualah yang akan tahu dulu...

Kalau berminat sangat nak tahu perkembangan website Filem Malaysia, ini ada sedikit 'garis panduan':
1. Website baru akan lebih padat dan tidak banyak menu seperti filemelayu. Ulasan, muzik, trivia, gambar, rencana, dialog, anugerah - semuanya akan digabungkan dalam setiap judul filem.
2. Komen dan cadangan diambil kira (cth: background kelabu tak ceria!).
3. Takde lagi frontpage dan frame. Straight to the point..
4. Takde lagi senarai semua pelakon/pengarah (akan dipilih yang penting untuk rujukan saja termasuk krew/produser).
5. Ulasan filem luar negara akan ditinggalkan terus di filemelayu untuk rujukan. Website baru untuk filem kita saja.
6. Bahasa Malaysia sahaja.
7. Tak lengkap membincangkan Filem Malaysia tanpa menyentuh filem pendek dan filem dokumentari. Juga peluang diberi untuk filem TV (telemovie) dan VCD yang secara tak langsung membentuk industri Filem Malaysia.

1 Januari -  31 Mac, 2003
Tarikh 1 Januari berlalu tanpa berita tentang website Filem Malaysia. Tarikh baru ditetapkan pada 3.3.2003, juga tidak menjadi. Sudah lebih setahun filemelayu terbiar dan 6 bulan Filem Malaysia terbengkalai.


2002

31 Disember 2002
PENANGGUHAN PROJEK: Berita kurang seronok - Pembukaan laman web Filem Malaysia terpaksa ditangguhkan daripada cadangan asal pada Januari 2003 kepada mungkin Februari atau Mac. Design semua dah ready tapi masalah teknikal melanda. Kerosakan peralatan komputer tak dapat dielakkan selain masalah dotcom yang belum register kerana beberapa urusan yg belum selesai.

6 November 2002
2003 nanti akan dilancarkan laman web baru Filem Malaysia. Semoga tiada masalah...

20 Oktober 2002
PENGUMUMAN PROJEK LAMAN WEB FILEM MALAYSIA: Laman web filemelayu akan ditutup dan digantikan dengan laman web baru Filem Malaysia tahun depan. 3 atau 4 bulan lagi siaplah kot. Anda akan jadi orang pertama yang tahu.

Julai - September, 2002
Mula merekabentuk website Filem Malaysia dengan idea baru. Puas hati dan yakin boleh siap untuk disiarkan pada Januari 2003.

13 April - Jun, 2002
Mendapat jawapan kenapa filemelayu tidak lagi perlu diteruskan..
- struktur dan rekabentuknya sudah terlalu rumit untuk di-update.
- banyak bahan baru, tapi tiada tempat untuk dimuatkan.
- perlu wajah baru dan arah baru.

Kemudian, dapat idea untuk website Filem Malaysia yang lebih ringkas tetapi padat. Mula buat struktur isi kandungan dan mencipta nama domain (asalnya filemelayu.com, kemudian menjadi senifilem.com).

Februari - April, 2002
Mengambil keputusan untuk menghentikan terus operasi filemelayu walaupun bahan update termasuk frontpage telah sedia untuk disiarkan sehingga bulan Jun.

13 Februari 2002
Laman web filemelayu.cjb.net dikemaskini buat kali terakhir dengan cover Bukit Kepong.

Sejarah filemelayu (September 1999 - Februari 2002)



www.filemkita.com © 1999-2005 khys