|
2005
25
Januari 2005
Saya tidak berpeluang menonton trailer atau pun iklan
promosi filem ini di mana-mana. Tapi, saya tetap mahu menonton filem ini pada hari pertama
tayangannya. Mungkin juga saya terlalu mahu membebaskan sisa-sisa kerja yg membelenggu fikiran, jadi kemunculan
filem ini tepat pada masanya. Hari pertama tayangan, pawagam tidak semestinya dipenuhi
penonton kerana pembukaan pada hari Khamis biasanya lebih kepada mengumpul lebih ramai penonton pada hujung
minggu nanti, hasil daripada hebahan dari mulut penonton sendiri sekiranya filem itu benar-benar
bagus. Satu per tiga tempat duduk pada petang itu dipenuhi para penonton Gangster. Apa yg mereka
cari? Yang pasti menjadi tumpuan sudah tentunya aksi, perlumbaan, keganasan dan aksi lagi, dan
lagi. Selain itu, ceritanya, dan semestinya lakonan Rosyam Nor - satu-satunya pelakon yg menghiasi poster filem
ini. 3 wajah Rosyam yg berlainan karakter, dalam 3 kisah berlainan, yg terjalin dalam 1
filem. Gangster menjadi tempat Bade (pengarah/penulis) mengasah bakatnya dalam penulisan cerita filem,
dan Bade sememangnya telah menunjukkan usahanya utk tidak kekal statik seperti pengarah/penulis lain sebelum
ini. Dengan Gangster, Bade sekali lagi tampil utk mencabar penonton dalam satu kisah
kehidupan. Kisah manusia yg tidak sepenuhnya khayalan, tapi kebanyakannya benar - telah dan sedang terjadi, dalam negara kita ini
khususnya. Inilah sebenarnya yg ingin disaksikan oleh para penonton, suatu kisah kehidupan yg selalunya berlegar di kalangan
'manusia lain' walaupun masyarakat umum ingin turut menyelami kehidupan yg biasanya
diselubungi kegelapan itu. Bade juga memilih utk menjalinkan cerita kehidupan gangster ini mengikut caranya sendiri dan tidak
hanya mengikut aturan yg telah selalu diikuti oleh filem lain. Gangster bermula dengan adegan penting di akhir cerita. Adegan
kemalangan maut yg dibuat untuk memberi impak yg begitu kuat kepada setiap penonton
-yg saya pasti ramai yg terhenti nafasnya buat seketika- dan adegan itu yg membuka dan memperkenalkan gaya filem
ini, tanpa di sangka adalah adegan penting di akhir filem (penonton patut tahu
ini). Jadi, cerita seterusnnya adalah permulaan-permulaan yg membawa kepada padah
tersebut, apa puncanya, dan bagaimana ia boleh terjadi. Kredit pembukaan filem selepas itu walaupun kurang
menarik, tetapi turut cuba lari dari kebiasaan. Imej pertama selepas kredit, seperti yg dijangka ialah
menara berkembar KLCC. Kuala Lumpur di waktu malam adalah kehidupan yg dipaparkan dalam filem ini.
Manusia-manusia penting dalam dunia gelap adalah 'manusia lain' (bukan kita), mereka adalah para penagih. Mereka
ketagihkan keseronokan, dengan tarian yg diracuni dadah; ketagihkan perlumbaan, untuk mendapatkan sanjungan sementara; ketagihkan kuasa
dan wang, yg akhirnya memusnahkan kehidupan insan yg terjebak tanpa di sedari. Sufi
(Hasnul) dan Ria (Siti Elizad yg begitu berjaya menghidupkan wataknya) adalah mangsa kemalangan dalam babak awal
(akhir sebenarnya). Mereka antara mangsa yg terjebak dalam kehidupan gangster, seorang ketua pengedar dadah bernama Nala (Rosyam 1).
Kemudiannya ada anak-anak muda penagih kelajuan, Rizal (Ako) yg terjebak berlumba kereta utk mendapat sanjungan sementara, bertanding
dengan Legau (Rosyam 2), dan gangsternya di sini muncul dalam watak talam-dua-muka lakonan Saiful Apek yg berkesan tanpa ciri2 lawak
slapstiknya. Kelajuan Rizal dan Legau dipaparkan dengan begitu menarik, dan pengakhirannya yg ngeri juga amat menginsafkan (jangan
terlalu laju ok). Dan kisah yg paling tragik walaupun tidak mengorbankan nyawa ialah
kisah Rosli (Rosyam 3), yg menjadi mangsa tauke skim cepat kaya (Hamzah sial), dan pada masa yg sama berhutang
dgn tauke ceti haram lakonan Adlin Ramlie. Kesemuanya gangster, yg mengambil kesempatan di
atas impian manusia biasa. Filem ini walaupun dibuat dengan penceritaan yg pantas dan aksi yg menggegarkan, tapi
agak kurang memberikan kepuasan kerana untuk mendapatkan 'pantas dan gegar' itu, penceritaan
dan pembentukan watak-wataknya tidak dapat (atau tidak mahu) dibuat dengan mendalam dan isu atau kisah gangster
ini sekadar cuma bermain di sekitar permukaannya dan tidak digali dgn mendalam. Agak merugikan
juga kerana peranan Rosyam dalam 3 watak berbeza tidak dapat ditonjolkan sepenuhnya walaupun ia sebenarnya
cuba utk menguji lakonannya. Filem ini juga satu cubaan yg baik utk memberitahu penonton
yg filem tempatan juga berkemampuan memberi aksi penuh, walaupun ia cumalah sekadar mengambil inspirasi filem
hollywood dalam latar belakang tempatan. Dan akhirnya bila tangan Rosli digari dan lampu terus
dinyalakan, ramai penonton seakan tersentak kerana tidak menyangka dan mungkin tidak sedar yg filem ini
telahpun tamat. Dan kerana itu mungkin ramai yg akan menonton buat kali kedua dan
seterusnya. Kepada sesiapa yg belum menonton, filem Gangster mengandungi adegan
merokok. Selain itu, filem ini juga mengandungi adegan memandu sambil menggunakan telefon bimbit
(kesalahan yg sepatutnya dinyatakan di awal filem). TAMAT.
***

2004
30
Disember 2004
Pada Disember 2003 dulu saya
pernah tegur pasal filem Gangster ini yg cuma target kepada pasaran penonton melayu saja,
sedangkan ia sepatutnya boleh mendapat perhatian yg meluas lagi. Bayangkan filem Gangster
ini sepatutnya boleh dipromosikan lebih meluas, maksud saya berpotensi utk jadi cover story majalah2 hiburan
inggeris tempatan, tapi sejak dari pembangunan skrip lagi ia sememangnya disasarkan kepada penonton
melayu semata-mata. Sayang.
7 April
2004
AKAN DITAYANGKAN -
mungkinkah filem ini sempat ditayangkan tahun ini? Mungkin Disember?? Rasanya
tengah pasca-produksi sekarang ni. Penerbitnya kena sasarkan promosi kepada
semua rakyat Malaysia (bukan melayu saja) sekiranya perlu, dan sekiranya isi
filem ini memang dirasakan boleh diterima pelbagai kaum. Lihat sedikit gambar
pelakon di laman web berikut...
http://www.myartis.com/my/filem/gangster.html
2003
2
Disember
2003
Tentang
filem yg bercitarasa Malaysia: saya tertarik untuk memperkatakan tentang filem
yg sedang dalam penggambaran - Gangster. Filem ini saya rasa berpotensi besar
untuk menjadi sebuah filem Malaysia. Lihat pada judulnya dan cebisan2 ceritanya,
tak mustahil filem ini akan mendapat sambutan pelbagai kaum sekiranya cara yg
mereka gunakan adalah betul. Malangnya apabila senarai pelakon diumumkan baru2
ini, saya agak kecewa kerana pelakon2nya masih muka2 yg sama dan ia terus
memberi gambaran tentang bentuk filem yg akan siap nanti. Bakal penonton yg
bukan melayu pasti memberi tanggapan yg filem ini cumalah sebuah lagi filem
melayu setelah melihat senarai pelakon yg muka2 itu saja, walaupun cerita yg
cuba ditampilkan agak terbuka kepada sesiapa saja. Nampaknya Badar sebagai
penulis lakonlayar juga masih tidak nampak apa yg sepatutnya menjadi sasarannya
dan sudah tentu targetnya ialah RM3 juta iaitu penonton "org melayu"
saja. Sayang sekali sekiranya mereka tidak mengambil peluang ini untuk
mengembangkan pasaran mereka. Mungkin agak terlambat dari segi susunan cerita
atau persembahan yg telah siap dirancang, tapi mungkin ada sesuatu yg mereka
boleh dan patut lakukan segera.
12
November
2003
GANGSTER - filem ni sedang dalam produksi sehingga hujung tahun
ini. Mungkin ramai dah tahu, pasti ramai juga dah baca ceritanya dalam BHarian hari ni.
Gempak! Bagi yg tak tahu: filem ni adalah gandingan
kali ke-3 Badar-Rosyam-Tayangan Unggul. Saya kurang pasti sama ada Hasnul Rahmat turut serta.
Jika betul, dia juga akan turut serta
sekali lagi bersama Badar-Rosyam selepas KLM dan Berlari Ke Langit. Pelakon lain
ialah Umie Aida dan Ako Mustapha (akhirnya dia dapat watak yg besar - kalau tak salah, jadi gangster jugaklah). Rosyam
pula akan bawa tiga watak! Ini adalah filem aksi, bukan aksi komedi atau main2, tapi aksi
berat. Kalau KLM menunjukkan aksi lumba haram yg menghampiri realiti, Gangster mungkin pergi lebih jauh dari itu
(sekurang-kurangnya itu harapan saya). Apa yg saya rasa, kalau filem ini dibuat sebegitu real,
mustahilkah ia akan mengganggu minda ahli LPF?, tambahan pula judulnya berkaitan sesuatu yg negatif
(ingat filem klasik Samseng? saya tak ingat, sebab tak pernah ditayangkan lagi).
Saya cuma berharap Bada percaya
dengan apa yg dia buat, dan tidak memikirkan tentang LPF. Atau, adakah dia sudah merujuk kepada
mereka? (harap tidak). Apahal pun, ini sebuah lagi filem yg bakal berada dalam senarai teratas tahun depan bersama2
PGL, Pontianak HSM dan BKL. Di bawah adalah petikan artikel BHarian berdasarkan maklumat
daripada Pengarah Fotografi filem ini, Raja Mukhriz:
"Ia mungkin akan kelihatan seakan-akan Too Fast Too Furious tetapi
sebenarnya kami cuba mengelakkannya"
"Untuk adegan kejar mengejar saja, kami menggunakan tiga unit kamera
yang kami namakan sebagai 'camera rigging' di mana kamera akan di letakkan di bahagian dalam, luar, atas dan bawah kereta"
"Selain itu beberapa adegan yang menggunakan teknik lakonan dan camera trick seperti bas yang terbalik dan berpusing di tengah bandar
KL, adegan kereta kejar mengejar di Jalan Sultan Ismail dan scene kereta meletup di tengah traffic jam"
"Menerusi Gangster, kami cuba gambarkan bagaimana KL ini begitu
'panas' pada waktu malam dan begitu 'cool' (sejuk) pada waktu siang"
"Malam di KL amat panas bagi yang suka clubbing dan berpeleseran dengan
rakan-rakan. Pada ketika itu suasana menjadi meriah. Tapi pada siang hari mereka ini semua duduk di rumah dan cuma tidur sepanjang
hari"
"Untuk adegan di kubur di mana Umie Aida di tanam hidup-hidup bersama anaknya dalam satu liang kubur di perkuburan Cina, teknik fotografi
dan pencahayaan adalah nyawa utama. Ini kerana apabila kita menggunakan kubur sebagai lokasi utama, ia perlulah nampak
betul-betul seram seperti kubur. Biar buruk, biar tak cantik sebab cantik ini hanya untuk komersial
atau iklan di televisyen"
"dalam satu karektor Rosyam, saya perlu merakamnya dalam keadaan
kamera dipegang di tangan (hand held) tanpa menggunakan kren atau pods. Gambar pasti bergegar tetapi itulah keindahan sinematografi
yang cuba saya tonjolkan menerusi Gangster"
"teknik kamera dalam Gangster amat penting kerana ia adalah filem
teknikal"


|