|
2001
25 Mac 2001
...Watak mak nyah memang dah hampir jadi identiti filem melayu
(hentikan segera) kalau mengikut keadaan filem2 terkini (dalam Senario Lagi ingat tak masa kereta Umie Aida rosak, ada 2 pondan naik Kancil
datang nak tolong, tapi tolong tengok). Kita tentu tak mau filem melayu terkenal dengan watak macam ni.
Norman Hakim memang macam tak kena aje.. wataknya entah apa-apa. Aku tak faham kenapa watak Zul tu dimatikan dengan begitu cepat
(dalam masa 30 minit). Mati pulak tak menarik langsung.. asal mati, tak ada saspen dan action pun.
Kreatiflah sikit, buat kereta tu terbalik ke, berguling atas jalan ke, kan jalan tu luas dan tak ada kereta lain yg mahu
lalu jalan tu.
Rosyam Nor pulak, aku respek sebab dia ada inisiatif nak hidupkan watak tu dengan buat tatoo kat kepala (idea Rosyam, bukan Yusof), karektor
jahatnya tu lebih terserlah. Kalau filem dulu-dulu orang jahat berkepala botak mesti ada parut di pipi atau mata.
Tapi ini sesuatu yang baru (mungkin Rosyam tiru filem luar, aku tak tahu).
Ramai yg kata ini filem terbaik Yusof. Bagi aku pulak filem ni cuma 'nampak bagus' tapi masih kurang dari segi cerita dan kreativiti.
Kurang menarik (dialognya tak perlulah di komen), bukan hasil terbaik Yusof.. sekadar recycle siri TVnya.
Kemunculan Yusof dalam scene last naik helikopter hanya utk pergi ke tempat kejadian memang kelakar.
Bukankah lebih baik naik kereta sebab jalan luas dan tiada kenderaan lain nak lalu jalan tu (aku sebenarnya
masih lagi tunggu filem yg sanggup buat adegan stunt kejar mengejar dalam keadaan jalan sesak (yg sebenarnya dibuat untuk nampak sesak)
di tengah-tengah KL macam Jackie Chan buat dlm Police Story 3 tu). Yusof suka sangat ambil jalan mudah (dalam penceritaan dan pembikinan
filem) sehingga filem tu kurang bermaya.
*Coretan
selepas membaca "(pseudo)review" di http://saharil.tripod.com
10 Mac 2001
Gerak Khas The Movie masuk minggu ke-2 tayangan umum di
seluruh negara dan dilaporkan telah memungut kutipan tiket melebihi RM2 juta!
1 Mac 2001
Hari pertama tayangan.

24 Februari 2001
The Making of Gerak Khas The Movie (GKTM) akan ditayangkan di TV1 pada hari Isnin 26/2 jam 9.30 mlm (slot siri Gerak
Khas).
GKTM akan mula ditayangkan Khamis nanti. Sasaran utama penonton pastinya daripada peminat siri Gerak Khas dan juga peminat filem Yusof Haslam. Saya tidak masuk
dalam sasaran (..tidak pernah menonton sepenuhnya siri Gerak Khas walau sekali.. saya lebih suka siri sebelum ni, Roda-Roda Kotaraya. Filem pulak, dlm 9 filem Yusof
sebelum ni.. sebuah saja saya tonton di pawagam, dan rasanya masa tu belum wujud istilah 'filem Yusof
Haslam'..).
10 Februari 2001
Filem Melayu pertama dijadualkan
untuk tayangan pada alaf baru tahun 2001 - Gerak Khas The Movie (GKTM) bakal menemui penonton
pada 1 Mac nanti. Sementara itu GKTM bakal menurut jejak filem Leftenan Adnan apabila mengadakan
tayangan amal buat anggota polis seluruh negara mulai 20 Februari nanti. Pada tahun lepas Leftenan
Adnan memungut lebih kurang RM2 juta hasil tayangan amal untuk anggota tentera
sahaja. GKTM diadaptasi daripada siri TV Gerak Khas yang sedang ditayangkan setiap minggu di TV1 dengan jumlah
penonton melebihi 2 juta.
21 Januari 2001
Tahun 2000 sudah berlalu (bermula dengan Pasrah, berakhir dengan Syukur 21), nampaknya 2001 pun bakal dimulakan dengan filem Yusof Haslam (Gerak Khas) pada 1 Mac
nanti. Saya sebenarnya ternanti-nanti filem ni, entah kenapa.. hmm.

2000
17
Disember 2000
Gerak Khas The Movie (GKTM) akan ditayangkan pada 1 Mac 2001.
24
November 2000
Rosyam Nor sekarang ni berlakon sebagai kepala gangster dalam Gerak
Khas The Movie. Dalam filem tu dia bermusuh dengan Norman Hakim (gangster lawan gangster.. wow) tapi akhirnya diorang jadi satu geng
sebab nak lawan geng Gerak Khas (AC, Abby). Best ye?

|