|
2001
14 September 2001
GETARAN... iklan dalam akhbar tulis sudah mencecah RM800,000. Minggu ke-3 tayangan. Nak tengok ke.. tak nak tengok?
31 Ogos 2001
Mungkin ramai yg bercuti panjang hujung minggu ni.. Dah tonton
Getaran? Ini ada 2 files utk download:
dialog-getaran.zip
Dalam fail Zip ni ada 5 dialog dari filem Getaran yg dimuatkan di dalam album
soundtrack.
baldu_biru.zip
Dalam fail Zip ni ada lagu MP3 berjudul Baldu Biru nyanyian duet Ella dan Awie yg juga dipetik daripada album soundtrack Getaran (dan kalau tak silap lagu ni juga ada dalam
filem, tapi Ella tak berlakon, cuma lagu latar). Mungkin anda pernah tonton video muzik Baldu Biru di TV.. tahukah anda ianya diarahkan oleh Erma
Fatima.
26 Ogos 2001
Filem Getaran akan mula ditayangkan Khamis ini. Hero: Awie. Heroin: Fiza. Pengarah: Nagaraj (khabarnya beliau mendapat inspirasi dari filem-filem Yusof Haslam.
Tak
hairanlah kenapa Awie sekali lagi membawa watak sebagai Awie). Lihat gambar2 dari filem dan belakang tabir Getaran di link berikut...
http://www.malaysiafair.com/film.html
28 Mac 2001
GETARAN - arahan VN Raj, pemilik SV Productions (dulu popular dengan filem-filem lakonan Os - dan aktif menerbitkan filem sejak 80-an walaupun tiada filemnya yang berjaya).
VN Raj muncul kali terakhir dengan Ghazal Untuk Rabiah (1997), kali ini membawa Getaran (kenapa tidak Getaran Cinta?) dengan pelakon utamanya Awie (sebagai mekanik yang
cuba memperkenalkan kumpulan muzik kanak-kanak Kristal dan akhirnya menjadi gila dan dimasukkan ke hospital bahagia setelah terlibat dalam kemalangan akibat cinta 3 segi..
hmm). Heroinnya (pelakon baru) Fiza dari kumpulan Elite. Nampaknya Awie kembali sebagai 'rockers jiwang' (yang akhirnya sakit jiwa!) bercinta dengan gadis muda dan cantik, naik
motor besar (dah pun tengok gambar stillnya). Wow, mesti tonton :). Pelakon lain: Faizal Hussein (lakonan berkesan dalam Lt. Adnan), Aida Rahim (lama tak muncul), Kumpulan
Kristal dan lain-lain (serta penampilan cameo Kumpulan XPDC). Filem Getaran dibuat dalam bentuk CinemaScope (untuk kepuasan tontonan di pawagam). Sebelum ni rasanya Lt.
Adnan pakai teknik ni selain filem Fantasi dan Rimba Malam. Siapa tunggu VCD rugilah. Tayangan bulan April (tiada tarikh rasmi).

2000
17 Oktober 2000
Terdapat sebuah filem baru yang belum saya senaraikan dalam filemelayu. Filem tersebut berjudul Getaran dengan pelakon utamanya Awie (ingat dah tak mahu
berlakon). Penggambaran filem bercorak muzikal itu masih berjalan. Pengarahnya ialah Nagaraj (filem Ghazal Untuk
Rabiah).

|