[VCD] - GILA-GILA PENGANTIN


2003

15 April 2003
Hanya kerana filem ini terbitan Yusof Haslam, saya tidak meletakkan sebarang harapan tambahan pula filem-filem arahan Aziz M. Osman sejak mengarah Senario sudah tidak 'menjadi' lagi. Filem ini memang selamba seperti lagu pembukaannya juga iaitu Slumber (nyanyian OAG). GGP juga banyak refer filem-filem seperti Mr. Cinderella, Puteri Impian, Idola dan Gerak Khas. Apa yang paling menarik dalam GGP ni ialah konflik yang diwujudkan satu demi satu sehinggalah adegan perkahwinan di akhir cerita. Aziz sebagai penulis cuba untuk mengekalkan persoalan tentang jodoh Erra dan Norman sepanjang cerita walaupun semua orang tahu filem komedi ini akan berakhir dengan gembira. Tentang pelakon pula, Juliana Banos yang entah apa-apa dalam Gerak Khas II nampak lebih sesuai dalam watak komedinya (kadang-kadang mengingatkan pada watak Ziana Zain dalam Maria Mariana) dan kesian sungguh dengan Hairie Othman yang cuma Aziz ingin mengambilnya berlakon kerana memang Hairie tak boleh berlakon. Seperti biasa, Aziz akan muncul di skrin sebagai 'chop' yang itu adalah filemnya. Berita terkini, sambungannya GGP 2 kini sedang dalam perancangan di mana Erra Fazira tidak akan berlakon (dah boring berlakon sequel?)
***

24 Mac 2003
VCD GGP dah keluar. Belum beli.

9 Mac 2003
Tengah tunggu VCD GGP keluar.

30 Januari 2003
Tayangan mula hari ini. Poster Gila-Gila Pengantin:
http://photos.groups.yahoo.com/group/filemelayu/lst

27 Januari 2003
Gila-Gila Pengantin (tayangan pada 30 Januari 2003) gandingan Yusof Haslam (penerbit), Aziz M. Osman (pengarah) dan Erra Fazira (pelakon) menjanjikan sebuah cerita ala cerekarama (?). Trailer yang ditayangkan di TV tak nampak macam filem (?). Saya terlepas menonton 'The Making Of' baru2 ini. Apa yang boleh diharapkan ialah dialog2 dan situasi lucu garapan Aziz. Bagaimanapun saya sudah letih dengan lawak 'slapstik'. Letih dengan lakonan Erra Fazira yang 'maintain'. Tiada pembaharuan.


2002

26 Ogos 2002
GILA-GILA PENGANTIN - Aziz M. Osman (pengarah), Erra Fazira (lagi) dan Yusof Haslam (penerbit bersama Aziz), gabungan yang paling dinantikan sejak 1995. Impian menjadi kenyataan. The runaway bride.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys