|
2004
30 Mei
2004
Ramai juga yg tonton filem ini. Lebih ramai dari penonton Bintang
Hati (berdasarkan kutipan tiket). Nak kata tak percaya yg filem seteruk ini mendapat sambutan ramai penonton pun tak patut juga,
kerana saya sendiri memilih untuk tidak menonton Bintang Hati dan menjadi bodoh pergi pawagam menonton
Gila-Gila Pengantin Remaja (GGPR) ini. GGPR adalah filem kedua tahun ini yg menggunakan judul
'remaja' selepas Bisikan Remaja. Kerana teruknya GGPR ini, saya terpaksa cepat-cepat
menonton VCD Bisikan Remaja (sebaik saja pulang dari pawagam) hanya untuk membuktikan yg GGPR bukanlah teruk sangat. Tidak cukup
itu, saya juga mengambil kesempatan menonton VCD Kuliah Cinta. Semuanya gara-gara
GGPR. Saya tak tahu lagi bagaimana untuk menceritakannya. Susah untuk menjelaskan dalam satu perenggan seperti selalu (haha)...
# Semua ulasan yg saya baca telah memuji filem ini. Tidak ada satu
pun kelemahan yg 'mereka' sanggup tonjolkan. Mungkin kerana ia terdapat seribu kelemahan, maka susah untuk dipilih. Jadi, memuji
filem ini menjadi lebih mudah.
# Lakonan tak bermaya. Siapa memilih pelakon ni? Lakonan tak real,
berpura-pura. "Aha, saya rasa Zahnita ni sesuai bawa watak budak pompuan ni. Kita bagi dia peluang. Dia ada bakat. Boleh digilap.
Lagipun dia boleh tahan lawa. Mesti ramai peminat. Ini yg penonton mahu". "Eh, Beego tu penyanyi kumpulan pop tu kan. Apa kata kita
ambik dia berlakon. Nampaknya dia sesuai sangat berpasangan dengan Zahnita. Sama-sama kiut. Kata orang ada chemistry. Dia pun dah
berlakon VCD, pengalaman dah ada. Dia boleh berlakon ni. Rasanyalah..". "Wah, Juliana
Banos berlakon bagus kan sebelum ni. Dia pun ada peminat banyak ape.. Eh, dia nampak sesuai untuk jadi kakak
Zahnita kan?" (semua dialog adalah rekaan semata-mata). Saya rasa kalau sekiranya pemilihan
pelakon dibuat lebih teliti tanpa memikirkan populariti, pastinya cerita ini lebih meyakinkan. Tapi,
penerbitnya kan Yusof Haslam. Terima aje lah.
# Latar cerita yg membosankan. Kisah anak orang kaya. Golongan bapa-bapa yg gemar ke dangdut. Ibu-ibu yg gemar bersolek. Anak-anak
yg dilakonkan oleh model dan penyanyi popular. Parti, enjoy! Apa ni??? Saya ingin melihat sebuah kisah golongan sederhana, yg tinggal di
sebuah pekan kecil, kehidupan yg 'hidup' dan tidak berpura-pura.
# Filem melayu sejati. Sehinggakan watak Wong pun dibawakan oleh
Saiful Apek. Ya, saya faham, Wong adalah watak kacukan Cina+India. Tapi, apasal pula Saiful kena bawa watak tu. Penonton tak nampak
Wong, pemandu lori keturunan Cina+India, tapi seorang Pelawak yg pakai baju, seluar seperti pemandu lori, dan Pelawak itu bawa lori.
Anda happy? Saya tidak.
# Seperti semua filem terbitan Yusof Haslam, penamatnya polis perlu
datang menangkap orang yg buat kesalahan. Sampaikan filem komedi macam ni pun perlu ada paparan sebegitu bila Wong yg seludup beras
ditangkap hidup-hidup, lengkap dengan beberapa polis berpakaian seragam, muncul tiba-tiba macam tu saja. Orang jahat tak semestinya
perlu dihukum sebegitu dalam filem. Situasi dan alam semesta juga boleh menghukum mereka. Contohnya: lori Wong brek tak makan, dan
terjunam dalam Sungai Golok tu.. kan best! Itulah balasannya jadi jahat, tak perlulah tunjuk polis (tapi, akhirnya polis itu akan
terjun sungai dan tangkap Wong dalam sungai tu. Tak boleh dihalang diorang ni. Percayalah. Heheh).
# Melengkapkan definisi happy ending. Sampaikan watak Opie penyanyi
retro yang kena rempuh kereta, melambung dan berkecai badan tu pun: masih hidup dan dia muncul menyanyi dalam kredit penutup filem ini
(dengan berbalut satu badan). Tak ke happy ending tahap maksimum gila tuu!! Tapi, watak penyanyi yg muncul tiba-tiba tu mengingatkan saya
pada 'Mary'.
# Banyak lagi benda yg tak puas hati yg saya berjaya lupakan. Lega..
Kalau tak, teruk lagilah filem ni kena hentam.
Sebaik saja filem tamat dan lampu dinyalakan, saya adalah orang yg pertama sekali bangun. Toleh ke kanan, toleh ke belakang. Penonton
lain semuanya tak bangun. Masih duduk. Aneh. Semua macam keletihan lari seratus meter. Boleh percaya ke? Melihat muka-muka tak percaya
yang masih mengharapkan filem ini memberikan sesuatu yg lebih dari yg sudah dipaparkan. Penonton merasakan yg filem ini masih belum tamat,
masih ada sesuatu yg tertinggal yg perlu ditayangkan di layar. Ada sesuatu yg tidak lengkap. Mungkin filem ini baru bermula, dan semua
yang ditayangkan hampir 2 jam itu tadi cumalah permainan wayang (?). Ketika memikirkan nasib penonton petang itu yg tidak seperti
kebiasaan, saya sudahpun jauh meninggalkan pawagam. Mungkinkah ada sesuatu yg saya
telah terlepas. Apa ye? Kenapa penonton tidak bangun? TAMAT.
*
7 April
2004
AKAN DITAYANGKAN - 29 April.
Promosi sudah pun bermula di TV. Tapi, belum sempat tengok sepenuhnya. Selalu
saja terlepas, cuma nampak tulisan GGPR di akhir iklannya. Dalam satu majalah,
ada poster GGPR. Lima minit saya merenung poster itu. Keliru. Saya sangka
Bisikan Remaja telah membuat poster yg paling buruk tahun ini, tiba-tiba... itu
dia - ada juga sebuah lagi filem yg ingin 'mencabar'. Poster Bisikan Remaja kini
sudah boleh dikatakan 'boleh tahan'. Semuanya kerana GGPR. Poster GGPR sekali
imbas seperti cover majalah Gila-Gila, dengan tulisan besar 'GGPR' dan
dibawahnya -kecil sikit- judul penuh 'Gila-Gila Pengantin Remaja'. Ada lukisan
kartun/karikatur-? yg mengingatkan kita kepada poster Senario Lagi (stroke power
Jaafar Taib) - kereta, motor dan jalanraya. Takde apa yg salahnya atau tidak
menariknya dengan idea itu. Cuma, hasilnya itu, kalau boleh saya tak mahu
menyebut sebagai 'nampak murahan' walaupun sememangnya begitu. Poster GGPR
adalah sebuah lukisan dengan stroke nya yg ala kerja budak sekolah, warnanya
juga tak menarik, karikatur-? hodoh, idea ciplak. Nampak macam sebuah filem
kartun, filem kanak-kanak (Gila-Gila Pengantin Kanak-Kanak?). Adakah mereka
sasar filem ini untuk penonton kanak-kanak? Saya rasa tidak kerana taglinenya
terang-terang menyebut "Filem komedi untuk remaja...". Kalau filem
untuk remaja, tunjukkanlah yg filem ini memang untuk remaja. Apa yg menarik
perhatian remaja, apa yg remaja suka - tunjukkanlah pada poster. Kalau nak
manfaatkan teknologi komputer, mungkin boleh guna gambar sebenar untuk buat aksi
luarbiasa itu menggunakan teknik superimpose. Bayangkan papan tanda Rantau
Panjang itu kelihatan real, atau lori yg dipandu Apek itu keempat-empat rodanya
tidak mencecah jalan (secara real/superimpose, bukan lukisan), atau topi keledar
'L' Juliana Banos itu yg hampir melayang, dan sudah tentu pengantin lelaki
berkasut Converse itu yg berpaut dan melayang di belakang lori itu, boleh saja
menarik perhatian ramai sekiranya kelihatan real. Atau saya sorang saja suka
begitu? Bukannya apa, saya cuma memikirkan nasib poster ini sekiranya diletakkan
(atau mahu diletakkan) bersebelahan dengan lain-lain poster di sebuah pawagam yg
mempunyai panggung Gold Class. Nampak sangat... lemah. Selain daripada itu,
taglinenya boleh dikatakan menarik - "Filem komedi untuk remaja... yang
merancang nak kahwin lari!!" - woo ramai lah yg nak kawin lari ni nanti.
Satu lagi, ada semacam spoof pada poster itu, di mana kereta yg dipandu Badul
itu berada di 'puncak' sebuah jalan berbukit - yg seakan membayangkan seperti
adegan dalam filem Dari Jemapoh... Adakah GGPR akan menampilkan apa yg saya
sangka spoof itu dalam jalan ceritanya - kerana GGPR ini juga sebuah cerita yg
berjalan, dan berjalan dari tempat ke tempat (juga seperti Senario Lagi).
Tunggulah sama ada GGPR akan menjadi bagus atau seperti 'kata' posternya - teruk!
Poster akan di scan tidak lama lagi.
2 Mac
2004
Aziz M. Osman dah pun promo
filem ni dalam teaser Buli, bila dia 'ugut' nak buang gambar Afdlin dari filem
ni sebab tak ajak dia berlakon Buli. Ingatkan bolehlah tengok gambar ke, apa ke,
di website penerbitnya - Skop, tapi nampaknya filem ni masih berada dalam
senarai In The Making. Sama-sama kita tunggu adakah posternya seburuk poster
Gila-Gila Pengantin tahun lepas. Saya sangat berharap untuk filem ini jadi bagus.
http://www.skop.com.my
18
Februari
2004
AKAN DITAYANGKAN - 29 April.
Filem ketiga AMO (Aziz) dalam tahun 2004. Adakah ini tahun Aziz? Sebab tahun ini macam takde filem arahan
Yusof Haslam je... (dia baru mula nak buat Gerak Khas 3, sedangkan filem lain dah beratur nak
tayang). GGPR, filem ke-8 ditayangkan tahun ini dan walaupun mungkin anda sudah muak dengan romantik komedi, tapi filem
ini ada sedikit lain sebab ia membabitkan pelakon remaja yang mana situasinya bukanlah di kalangan para pelajar (macam Kuliah Cinta dan
Bisikan Remaja). Tapi, ceritanya lebih kepada remaja yang akan beralih ke alam
dewasa. Sekali lagi (selepas Bintang Hati), AMO memang boleh diharapkan dengan cerita macam ni.
Menarik juga untuk melihat watak utama yg dibawakan para
pelakon baru. Afdlin Shauki pun ada sebagai watak pembantu.
21 Januari
2004
AKAN DITAYANGKAN pada 29
April. Selain Trauma, inilah CERITA yang saya nantikan. Ini filem ke-3 Aziz untuk tahun ini! Saya agak tertarik
dengan cerita Gila-Gila Pengantin tahun lepas. Saya harap GGP Remaja juga akan menyamai atau lebih
bagus dari cerita sebelum ini. Ia bukanlah sambungan filem dulu, cuma judul yang sudah dikenali ramai akan
memberi kelebihan pada filem ini. Mungkin ia gabungan Gila2 Pengantin & Gila2
Remaja. Dari sinopsisnya, nampaknya ada unsur road-movie di mana cerita berlaku sepanjang pelarian 2 remaja ke Thailand. Adakah akan
tercipta lagi sepasang hero-heroin baru hasil arahan Aziz ini. Perlu juga disebut
yang ini juga filem usahasama Aziz dengan Yusof Haslam - dua orang yang paling pandai tarik penonton. Rasakan, anda sedang ditarik
bukan? Itulah kehebatannya (?).

2003
15 Julai
2003
GILA-GILA PENGANTIN REMAJA - saya rasa ini idea yg menarik.. yg
boleh menarik perhatian penonton remaja. Asalnya sekuel Gila-Gila Pengantin 2.. akhirnya jadi kisah remaja? Mungkin bukan filem
sambungan? Apa cerita ni? OKlah - ini filem usahasama Yusof Haslam dan Aziz M. Osman
(juga sebagai pengarah). Mungkin sebab Erra sudah tak terlibat, jadi filem sambungan GGP mungkin akan kurang menarik
sebab penonton akan membuat perbandingan dengan filem asal. Lagipun penamat GGP lalu
sudah cukup tepat dan tak perlu disambung lagi. Maka, muncullah GGPR (menggunakan populariti GGP). Nama pelakon yg
diumumkan pula agak kurang meyakinkan - Afdlin Shauki, remaja?, Juliana Banos (pelakon asal
GGP) dan seorang pelakon baru Zahnita. Saya cuma harap filem ni bukan sekadar gila-gila tapi akan
gila-gila-gila. Bagi gamat panggung.

|