|
2004
21 Januari 2004
Hari itu, hari
kedua tayangan. Penonton tak terlalu ramai. Tiada apa yang
menarik sebelum tayangan, mungkin trailer Lelaki Labah-Labah 2
nampak hebat. Gila Bola (GB) bermula dengan kredit simple lagi
kiut. Animasi ringkas yang saya rasa sungguh menarik, tambahan
pula muzik rock moden yang mengiringi nama pelakon dan krew
berjaya menimbulkan mood untuk terus mengikuti filem ini.
Mungkin mereka boleh cuba selain warna hitam dan putih, mungkin
juga mereka memang inginkan seringkas itu. Bila nama penulis
skrip muncul - Shamsul Cairel - saya rasa seperti tak perlu
mengharap sesuatu yang membanggakan berdasarkan kerjanya yang
lepas-lepas (contoh: Iskandar). Apapun, saya masih ingin beri
peluang pada Gila Bola. Filem bermula dengan aksi slapstik yg
bukanlah baru (teringat Mekanik di mana Azmil curi baju
supermarket untuk jadi perempuan), tapi adegan awal itu
menyimpan persoalan yang bakal di jawab nanti. Walaupun begitu,
mereka sepatutnya cuba buat sesuatu yang lebih bagus dari itu.
Adegan kejar-mengejar patutnya lebih menarik dari itu (inikan
filem komedi). Pengenalan watak-watak di kedai pizza pula adalah
secukup rasa. Kita seterusnya di bawa mendalami cerita ini, yang
saya rasa tak perlu di ulas lebih lanjut, sebab ianya agak biasa.
Cuma asas filem ini iaitu futsal (bolasepak jalanan) terasa
seperti kurang menonjol. Bila Damak (Fazley) menceritakan kisah
silamnya, pelakon yg ditonjolkan ialah Apek (semua watak pun dia bawa), sedangkan adegan flashback itu boleh jadi lebih baik lagi
dan kekal dalam ingatan penonton tentang sebab kenapa Damak
berhenti bermain bolasepak. Tapi, apa yg lebih diingati ialah
watak Apek yg kerap muncul dalam flashback hingga menenggelamkan
kisah Damak. Hinggakan Luncai (Apek) sendiri, di akhir flashback
telah komen tentang muka dia yg banyak muncul di kampung Damak.
Saya rasa filem ini tak begitu fokus, kecuali babak cintan Damak-Linda.
Watak Accapan sebagai jurulatih bola mengingatkan saya pada
filem bola dari Singapura beberapa tahun lepas. Imej Accapan
pula dibentuk seakan Jimi Hendrix. Malangnya saya tak nampak dia
betul-betul melatih pasukan Luncai FC kecuali menyebut beberapa
dialog saja. Saya juga hairan dengan pekerja pizza yang tinggal
di rumah besar 2 tingkat. Komedi-aksi perlukan adegan komedi dan
juga adegan aksi yg meyakinkan. Untuk komedinya jangan risau
kerana aksi slapstik tidak pernah menghampakan, mudah dilakonkan
dan tak perlu kerja-kerja kamera yang susah. Tapi, adegan
aksinya pula terlalu lemah. Aksi tiruan KL Menjerit itu nampak
terlalu sambil lewa. Kemudian, bila Damak dengan skuternya
melalui sebuah jalan yang dihalang kumpulan kereta RED, dan
Damak berpatah balik, dan kereta-kereta itu mengejarnya, babak
itu sebenarnya tidak wujud (mungkin untuk menjimatkan kos). Apa
yg ditayangnya sebaliknya ialah adegan geng Luncai FC sedang
makan di warung. Bila Buruchaga dapat panggilan tentang Damak
yang sedang dibelasah, dia membawa geng motor yang ramai untuk
membantu. Adegan fighting beramai-ramai itu tak terkawal langsung. Ia sepatutnya jadi
hebat, tapi akhirnya jadi
kucar-kacir (lihat adegan street-fight dalam Gila-Gila Remaja
yang dirancang dengan baik). Lagi satu, filem ini juga banyak
babak-babak panjang. Memang penonton akan ingat, sebab babak itu
panjang, dan semestinya boring. Ingat adegan Buruchaga 'membasuh otak' Damak.
Argg... lamanya. Satu lagi yang agak mengganggu
saya dalam filem ini ialah dialog-dialog panjang beserta kamera
yang bergerak ke kanan-kiri, kanan-kiri. Takde cut. Macam adegan
Aziz (abang Linda) cakap telefon bawah pokok, dan adegan Damak
sebelum bergaduh dengan Luncai, dan semestinya adegan Buruchaga
bersyarah depan Damak (dengan kamera tak sudah-sudah lalu
belakang kepala Damak pimai-pimai). Adegan Damak dalam disko
dengan Ako dan Julia, pengarahnya perlu berguru dengan Yusuf
Haslam dulu, tak meyakinkan langsung, tambahan pula dengan
lakonan yang tak seberapa dari Ako dan Julia. Banyak juga ye
adegan yang entah apa-apa dalam filem ni. Mungkin sebab itu
judulnya Gila Bola (tak nampak macam gila bola pun sebenarnya).
Bunyi apa tu, panggung sebelah berdentum, ada sesuatu berlaku di
sana. Oh ye, orang sebelah menonton filem 'gila cincin'. Dalam
Gila Bola pula, guruh berdentum, hujan. Linda meredah hujan
lebat pergi ke rumah Damak, dia nak beritahu Damak yang Luncai
accident, Linda juga nak beritahu penonton yg dia ada feeling
dengan Damak (dia sanggup tak bawa payung. Saya teringat Sembilu,
Awie dalam hujan pergi rumah Wati). Linda 'angin satu badan'
bila nampak kereta Julia ada di rumah Damak (atau itu rumah
Julia, sebab dia pakai baju tidur?). Bengang gila, Linda jalan
slow dalam hujan, basah kuyup, nyaris nak mati kena langgar
kereta. Ada sesuatu dalam fikiran Linda (mungkin dia menyesal,
sudahlah tak bawa payung, Damak pula tak layan). Boring. Penutup
filem ini sudah tentulah pertandingan akhir futsal. Tak mungkin
Luncai FC akan kalah. Tak mungkin. Itu semua orang sudah tahu.
Cuma, yang dinanti-nantikan ialah - bagaimana caranya kemenangan mereka. Damak dibayangkan sebagai seorang yg hebat bermain
futsal sebelum dia berhenti main dulu. Tapi, betulkah dia hebat.
Pertandingan akhir ini dibuat begitu teruk. Di mana jurulatih
mereka, Jimi? Mereka tak perlu meniru, tapi saya rasa mereka
patut lihat adegan akhir pertandingan bola tampar dalam Baginda.
Suatu ketika, gelanggang futsal digambarkan dari jarak jauh,
gambar bertukar kabur, saya pasti itu masalah teknikal pawagam.
Tapi saya masih harapkan sesuatu yang baru, saya fikirkan adegan
itu seakan mahu bertukar menjadi sebuah babak animasi.
Sekurang-kurangnya itu yang saya impikan. Bila difikirkan semula,
mungkin boleh kan? Adegan aksi melampau futsal boleh
di'animasi'kan sebagai pembaharuan. Tapi, sekiranya mahu
dilakukan, ia perlu selari dengan gaya keseluruhan filem.
Penamat filem Gila Bola, adalah adegan Damak-Linda berbaik-baik
semula. Oh.... tidak.... Filem ini lebih menarik sekiranya
hubungan persahabatan dijadikan tulang belakang cerita,
berbanding adegan romantik yang tak menjadi (walaupun
ditunjukkan hubungan itu menjadi di akhir cerita). TAMAT.
**1/2

2003
24
Disember 2003
AKAN DITAYANGKAN - 25 Disember
2003. Mulai esok. Filem yg saya nantikan. Kerana apa? Kerana
Nizarman. Juga kerana pengarahnya. Dah lama saya tunggu apa yg saya tunggu ini.
Sykt. Nizarman ni tak nampak sangat seperti terlalu ingin mengaut untung, kalau tidak, takkanlah muncul Bintang Malam dan Amuk, juga
tiadalah Aziz M. Osman jadi halimunan kerana kos yg tinggi. Produk mereka ada bentuk
tersendiri kalau diperhatikan. Kali terakhir muncul dengan Hanya Kawan, filem yg mempunyai stail tersendiri. Mungkin itu
juga alasan untuk meletakkan tagline "Filem terbaru dari Nizarman" pada poster Gila Bola
ini. Nizarman sudah jadi macam jenama yg ada tarikan tersendiri. Pengarah GB ialah Zulkiflee Said, ini filem
keduanya selepas filem 'Yes, Tuan', filem yg memaparkan komedi yg bukanlah berwajah baru, namun terkawal dan
tidak kucar-kacir. Saya suka filem itu. Dari segi tema Gila Bola, saya terbayangkan filem
Baginda. Tapi, masih kurang satu hari untuk membuat perbandingan atau menyamakan kedua2 filem itu, kena tonton dulu. Saya
harap filem ini akan jadi bagus dan dapat sambutan. Lagipun, masa tayangannya agak
panjang sebelum Trauma muncul hujung Januari nanti. Saingannya mungkin daripada VCD 4 buah filem yg baru ditayangkan yg
juga bakal keluar Januari nanti. Satu lagi, tentang posternya. Macam tak percaya
tengok poster seringkas itu. Dan, apahal pula 'gambar Apek dari poster Laila Isabella' diorang 'tampal' kat situ? Kreatif lah
sikit. Ambil gambar 'padang' futsal tu ke, kan cantik. Apa kata semua pelakon utama
duduk bersempit-sempit dalam gol futsal yg kecik tu ke, boleh apa. Atau pun, letak timbunan bola kat mana-mana tempat yg tak
logik, ataupun lokasi yg ada kaitan dengan filem Gila Bola ni. Bagi nampak gila-gila
sikit. Tajuknya pun Gila kan? Buatlah pelik sikit, kreatif la kan. Gila pun
takpe, jangan bodoh. Ini tak, senang2 je letak gambar kepala pelakon. Kurang2 pun kena ada props ke, benda
ke, kan? Ini macam tak best laa.
23
September 2003
Seperti yg semua sudah tahu, tarikh tayangan beberapa filem telah
dipinda. GILA BOLA akan ditayangkan pada 25 Disember (yg paling happy 'Gila' punya mestilah penerbit Gila
Bola, ditarik sebulan lebih awal, akhirnya dapat tayang pada Krismas. Puas hati ah, cuti sekolah lagi kan?
Semuanya nak
'aku kaya')
14 Ogos
2003
Baru je baca Berita Harian,
GILA BOLA telah ditetapkan tayangan pada 29 Januari 2004 (Aidiladha)
19 Mei
2003
GILA BOLA - filem komedi ni dibuat senyap-senyap. Terbitan
Nizarman Sdn Bhd, penerbit yang banyak bikin filem-filem menarik sebelum ni (XX Ray,
Bintang Malam, Amok, dll). Arahan Zulkifli Mohd Said (pengarah filem komedi Yes, Tuan! yang boleh
tahan..). Pelakonnya Fazley (GKTM2) dan Linda Onn (Soal Hati) dan lain-lain lah. Kisah remaja dan
sukan..

|