|
2005
17
Februari 2005
Nak share satu artikel...
Polis & Negro: Kenalilah musuh-musuh bangsa bersama pasukan Gerak Khas!
by Amir Muhammad 16-02-2005
Tahun 2005, tibalah masanya untuk episod ketiga daripada rentetan layar lebar
Gerak Khas, yang dimulakan pada tahun 2001 dan disusuli pada 2002. Walaupun
jarak antara episod kedua dan ketiga tidaklah sejauh jarak antara The Godfather
Part II dan The Godfather Part III (16 tahun) namun banyak juga yang telah
berlaku di persada seni kita serta dunia luaran yang fana ini.
*panjang lagi artikel di atas ni, dan ada komen2 pembaca yg baru disiarkan,
semuanya boleh dibaca di...
http://www.kakiseni.com/articles/reviews/MDYyNg.html
*artikel tu buat aku ketawa, tapi ada satu lagi ulasan dlm Malay Mail hari ni,
pun lawak juga. Petikan: "GK3 has something that Gangster
don't have – a good story!" (MOVIES: New and improved GK3; Meor Shariman,
Feb 17, www.mmail.com.my). Apa? Haha... biar betul! Apasal takut sangat nak
kritik.
9
Februari 2005
Hari
pertama tayangan. Panggung penuh. Meriah. Lakonan pertama Misha Omar OK, cuma
over sebab terlalu mencuba 'berlakon'. Adegan mimpi patut dicincang oleh LPF,
sebab tak menggambarkan kreativiti. Lawak Apek menjadi, cuma masalahnya ialah -
ia tak perlu (ok lah, ia perlu sebenarnya, nanti boring pulak). Watak polis
lakonan Sarimah memang selamba. Pertama kali tengok polis selamba cam tu (oh,
sorang lagi ada dlm 'Dari Jemapoh...'). Watak
polis lakonan Zulkifli Ismail pula keras macam kayu, sampai saya ter'fantasi' yg
dia tu bukan manusia tapi sebenarnya sebuah robot (yg macam Terminator) yg
digunakan oleh pasukan polis utk membantu kerja2 mereka. Mukanya macam tiada
otot2 yg boleh bergerak, mulutnya saja bergerak-gerak, bercakap-cakap, macam
robot - takde perasaan langsung. Saya faham yg watak inspektor polis tu perlu
serius. Tapi, macam tu ke berlakon? Dan akhir sekali, filem ini kurang
menggambarkan ketangkasan polis menangkap (dan membunuh) penjenayah. Hinggakan
watak jahat lakonan Faizal Hussein juga 'berjaya' ditumpaskan oleh Norman Hakim
(polis) hanya kerana senjata Faizal 'memakan diri' sendiri, dan bukannya hasil usaha Norman.
Mungkin juga Yusof Haslam perlu menjaga imej polis, tapi takkan lah hingga tak
boleh menunjukkan Norman menangkap pedang yg jatuh itu lalu menebas tengkok
Faizal (eh, brutal sangat lah pulak, sori, hehe). Maksud saya, tunjukkanlah (sikit)
kepantasan, ketangkasan dan skill anggota2 keselamatan kita. Baru penonton boleh
kagum, dan budak2 tak boleh kata "ala... kena tikam pedang sendiri, tak syok
ah!". Buat aksi yg lebih bagus, sampai orang boleh kata "fuiyoo.. kena penendang
cam tu, mau patah tengok". Sebuah penamat yg terlalu mudah, jadi penonton tidak akan
memperkatakannya, teramat bosan. Jalan cerita keseluruhannya pula masih tetap menggunakan acuan
lama. Tiada peningkatan.
*1/2

25
Januari 2005
GK3 THE MOVIE:
AKAN DITAYANGKAN - 9 Februari. Itu adalah judul rasmi filem
ini. Ia masih mengekalkan The Movie, cuma perkataan Gerak Khas disingkatkan menjadi GK. Ia patut lebih
kreatif dari itu. Apahal pun, posternya masih menggunakan acuan yg sama, cuma kali ini Yusof Haslam telah menggunakan
sistem bunyi Dolby Digital Surround (dicetak pada poster). Hmmm... bagus! Ada beberapa
tumpuan utama filem ini, pertama sekali tentunya Misha Omar. Seterusnya ialah Sarimah yg akan muncul sebagai inspektor polis.
Kedua-dua mereka itulah yg akan diberi perhatian selain watak jahat lakonan Faizal
Hussein dan komedi slapstik secukup rasa daripada Apek. Bagaimana dengan watak Abby? Adakah wataknya penting? Sudah
tentu, kerana dia mempunyai adik yg bercita-cita menjadi penyanyi (sama macam Maria Mariana?). Selain
itu sebagai kisah polis, tentunya adegan aksi menjadi tumpuan, adakah lebih bagus dari sebelum ini?
Semuanya akan dapat disaksikan pada hari pertama tahun baru cina nanti. Sepertimana filem GK sebelum ini, GK3 juga akan ada
aksi penyamaran pihak polis. Kali ini Sarimah sebagai inspektor pula terpaksa menyamar sebagai pelacur. Berikut adalah petikan dari sebuah
majalah: [Sarimah bergaya dengan baju seksi berwarna hitam untuk babak menyamar jadi pelacur di dalam filem itu. Tak hanya itu,
dadanya cukup besar, berbeza dengan saiz asalnya di luar filem. Kata Sarimah: "Aku pakai silicon
tu. Ha... jurusolek yang pergi membeli silicon untuk push up dada tu bagi nampak buah
dada aku jadi seksi gila..."] Err... no komen!
2004
7 April
2004
DALAM PEMBIKINAN - semakin
membaca jalan cerita GK3 ini (sinopsis dalam URL di bawah), semakin kacau bilau
fikiran dibuatnya. Dunia Unit Gerak Khas sebenarnya adalah dunia filem-filem
Yusof Haslam. Dunia yg sempit - kita semua tahu bagaimana rupanya, dan ke mana
arahnya. Ia (filem Yusof) sama ada tak mampu, atau sememangnya tak mahu keluar
dari dunianya (boleh juga di kata tempurung). Perkara ini mungkin juga
menggambarkan isi fikiran pembuatnya, yg seperti saya katakan - tak mampu atau
sememangnya tak mahu - keluar, atau melintasi 'garisan' yg dia sendiri telah
buat. Kenapa? Adakah kerana takut, atau kurang yakin. Orang-orang yg berjaya,
pernah berjaya atau sedang berjaya, TETAPI takut gagal, adalah orang yg tidak
akan maju, kerana mereka akan sedaya upaya mengekalkan formula mereka yg sama,
formula yg terbukti tidak akan gagal, formula selamat. Mereka tidak tahu
kewujudan formula yg lebih berjaya kerana mereka tidak mahu cuba berubah. GK3
mengekalkan watak Inspektor lakonan Norman Hakim dan Abby. Sebelum ini Gerak
Khas ada Erra, dia mati kena tembak. Lepas tu ada Azri Iskandar yg diserapkan
dalam Unit Gerak Khas untuk menyamar jadi jahat. Juga ada Juliana Banos yg lesap
entah ke mana lepas Yusry kena tembak masa dating. Jawatan kosong! Unit Gerak
Khas perlukan anggota baru!! Muncullah Inspektor baru lakonan Sarimah. Selalunya
macam tu lah. Gerak Khas sudah jadi macam tempat persinggahan. Peliknya watak
Abby dan Norman tidak pula dipindah-pindahkan. Inspektor baru muncul, join Gerak
Khas, selesai kes-kes yg baru diwujudkan. Selitkan kisah-kisah mereka dan
keluarga mereka, juga konflik cinta (konon). Di samping itu, wujud watak jahat
yg sukar ditumpaskan (tapi akhirnya akan tumpas juga, percayalah). Konflik dalam
Gerak Khas kebanyakannya lebih kepada hubungan peribadi, bukannya konflik dalam
unit Gerak Khas atau kerjaya polis itu sendiri. Saya lebih suka sekiranya dibuat
macam ni (idea percuma untuk sesiapa saja): Intro - Insp. Abby dan Insp. Norman
menjalankan operasi biasa mereka. Semua orang akan buat silap sekurang-kurangnya
sekali seumur hidup. Abby cuai, tertembak geng sendiri (atau orang awam). Abby
dipindahkan ke unit lain. Abby sedih, berpisah dengan Norman sebab dia ada sikit
feeling kat mamat tu. Abby diserapkan ke unit baru, geng dengan Insp Sarimah.
Diorang siasat kes-kes kecik jer. Sementara itu, unit GK mendapat geng baru,
Insp Lelaki, yg menyambung kerja penyiasatan yg ditinggalkan Abby. Oleh kerana
Insp Lelaki orang baru, dia ditugaskan menyamar jadi orang jahat (bukan macam
Azri Iskandar dalam GK2 dulu, tapi lebih kepada ala Donnie Brasco punya style,
join terus geng jahat - tunjuk detail sikit). Pada satu hari... (sambung dalam
forum Bikin Filem, tajuk Gerak Khas 8)
http://www.myartis.com/my/majalahonline/gk3.html
http://www.filemkita.com/forum
2 Mac
2004
Filem ini telah diumumkan
dalam e-mel yg lepas, cuma sekarang ada sedikit perubahan & pembetulan sikit...
Akhirnya Yusof Haslam me'reject' perkataan 'The Movie' daripada projek arahan
terbaru dia. Perkembangan positif (untuk sementara waktu). Sama ada dia sedar
sendiri atau ada orang yg nasihatkan dia, itu tak penting. Tapi, sesiapa pun
pasti tak mampu menahan ketawa dan senyum sinis, selepas tengok senarai pelakon,
dan watak-watak mereka. Setakat hari ini, saya masih belum tahu jalan ceritanya,
kes apa pula yg bakal di'gerak khas'kan kali ini. Tapi, bila ada watak Kakak dan
Adik Perempuannya, saya sungguh rasa tak tahan nak tergelak. Kakaknya (Abby)
adalah anggota polis (sambungan filem sebelum ini?), yg ada adik perempuan (Misha),
seorang penyanyi [penyanyi baru yg nak berlakon filem Yusof perlu berlakon jadi
penyanyi dulu]. Bayangan Maut dan Maria Mariana ada watak yg serupa. Pasrah pun
ada watak kakak-adik. Yang paling tak tahan tu, dalam GK3 ini diwujudkan watak...
err.. watak ini bukan diwujudkan, tapi sebenarnya memang dah lama wujud, cuma
kali ini ia ditempelkan ke dalam filem terbaru ini, iaitu watak boyfriend kepada
penyanyi itu. Boyfriendnya itu playboy (sudah tentu), dan kakak penyanyi itu (dan
juga kakak sesiapa juga dalam dunia ini) sangatlah membenci boyfriend adiknya
itu. Alkisahnya. Sama-sama kita tunggu apa yg bakal terjadi dalam kehidupan para
anggota polis gerak khas ini semua. Mungkin kita boleh tengok lagi polis menari
dalam uniform di majlis rasmi mereka, diringi lagu penyanyi klon-Siti. Atau kita
boleh tengok lagi orang jahat yg bersolek dan berpakaian macamlah dia tu orang
jahat (?). Siapa pula bakal jadi pemberi maklumat polis? (wataknya perlu komedi),
siapa pula akan membawa watak wartawan TV? Atau, dari sudut manakah bangunan
berkembar Petronas akan digambarkan? Semuanya akan terjawab dalam GK3 tahun
depan.

2003
24
Disember 2003
GERAK KHAS THE MOVIE 3 - projek terbaru Yusof Haslam.
Atau lebih
tepat lagi, filem yg perlu dibuat oleh Yusof (kalau dia tak buat, memang dia tak menghargai Gerak Khas dia).
Kita semua tahu, Yusof
minat filem2 polis. Tapi, untuk meneruskan 'sebuah' idea sehingga 'tiga' buah filem
(dan beratus-ratus siri TV) adalah sesuatu yg tak sepatutnya berlaku kecuali untuk membuat keuntungan dengan
mengabaikan idea2 baru. Penggambaran akan bermula bulan depan. Pelakon yg disebut ialah
Sarimah Ibrahim (jadi jahat-sejahat-jahatnya ke? atau jadi polis sebaik-baiknya?).
Banyak pelakon siri Gerak Khas
akan dikekalkan. Erra menolak tawaran kerana wataknya dah mati dalam GKTM1 lagi. Tak logik
untuk sesiapa pun menawarkan dia untuk berlakon bahagian ke-3 ini. Tentang tajuk filem, Yusof masih nak mengekalkan
judul itu (GKTM) ke? Janganlah... Baik jangan. Sebabnya, selain mempunyai ramai
peminat, Gerak Khas juga mempunyai ramai pe'tak-minat'. Kalau judulnya lain, mungkin lebih ramai orang berminat nak
tengok. Lagipun, ish.. tak ke pelik sungguh, sampai 3 filem (movie) masih nak pakai judul The Movie. Apahal
ni, lawak aaa. Senario pun cuma pakai sekali je The Movie. Semua orang pun dah tau le, kalau
tayang kat pawagam tu mestilah The Movie, takkan The Siri pulak. Kalau first time tu OK lah, sebab menyenangkan kerja
publisiti, dan tak keliru antara TV dan wayang. Judul Gerak Khas The Movie sebenarnya sudah membayangkan isinya yg
bagaimana, sama seperti yg kita dah tengok dalam bahagian 1 dan 2. Gunalah judul lain.
Atau pun buat cerita lain terus lah. Kisah polis yg dah berhenti kerja tapi masih buat kerja polis ke, dia bantu polis ke. Atau gabung polis
dengan tentera ke, kisah banteras pengganas ke. Bikin gempak KL sikit (gempak banyak lagi bagus). Pengganas tawan KLCC ke, pastu polis kena
buat strategi nak mempertahankan tanahair tercinta ke. Global sikit kan (apa slogan itu "...era globalisasi"). Takkan masih nak buat
polis tangkap penagih dadah, tangkap lanun cetak rompak, tangkap bapa ayam (dan keluarga
ayam), atau macam GKTM2 - tangkap black metal (lawak la..), sindiket itu lah, seludup lah. Itu semua dah
ketinggalan. Atau kalau berani, adaptasi kisah Bukit Kepong ke - buat macam pengganas serang
ibu pejabat polis zaman sekarang ke (kalau kena censored atau ban terus, baru meningkat sikit reputasi,
haha). Baru best. Pastu selit lah kisah cinta-cinta, nyanyi2, lagu2, lawak2
slapstik, dialog2 bermesej yg tepat (idea lama dilupa jangan, trademark tu). Baru powerrr.. Itu yg kita
mahu.

|