[PROMOSI] - GUBRA


2005

12 Mei 2005
Suria_ghandi kata, artikel The Star tu tak sebut pun Jason tak mati: Memang dia tak direct kata 'Jason tak mati', tapi saya assume yg Yasmin takkan guna flashback, dan takkan ada adegan hantu (saya dah pun fikir tentang beberapa cara utk watak Jason diadakan semula dalam Gubra kalau dia betul2 dah mati dalam Sepet)

Apa yg menyebabkan saya kata 'Jason tak mati' ialah ayat ini:
"In Gubra, both Ng and Sharifah will be reprising their roles"

Jadi, Ng akan kembali bawa watak Jason. Confirmlah tu kan?

Saya pernah terbaca yg cerita Sepet tu berdasarkan pengalaman hidup Yasmin sendiri yg pernah couple dengan sorang peniaga vcd haram. Dalam satu interview, Yasmin pernah sebut tentang 'Jason dia' yg masih hidup. Jadi, berdasarkan interview tu sendiri pun saya dah agak yg Jason tak mati, iaitu sebelum saya tengok cerita Sepet tu lagi. Saya pun hairan bila ramai orang kata Jason mati hanya dengan tengok adegan Jason terbaring berdarah atas jalan. Jason mungkin cuma pengsan kan? Sebab apa bila tunjuk adegan accident, watak tu mesti mati? Saya tak rasa Yasmin mahu matikan watak Jason dalam Sepet tu, sebab ia akan jadikan Sepet serupa macam filem2 melayu melodrama yg lain. Tapi, Yasmin pun tak boleh nak tunjuk yg Jason masih hidup selepas accident, sebab itu pun akan jadikan Sepet macam filem2 lain, happy ending.

Lagi satu yg menarik ialah ayat ini:
"audiences would also find out what really happened to Jason"

Ada orang kata yg Jason kena tembak dengan gangster! Kan lawak tu! Susah sangat ke nak terima kenyataan yg Jason tu accident motor. Dah sah-sah Yasmin tunjuk Jason cilok tak hingat depan lori/kereta. Memang Jason accident pun, dia hidup atau mati, itu cerita lain. Tapi, apa yg saya faham dengan kenyataan "what really happened to Jason" tu ialah bukannya 'apa yg menyebabkan Jason mati' tapi 'apa yg terjadi kepada Jason SELEPAS tamat filem Sepet tu'

So, what really happened to Jason lepas Sepet tamat? Mungkin ada orang hantar dia pergi hospital kan? Banyak kemungkinan lain lagi. Kita tunggu je lah Gubra nanti.

11 Mei 2005
Akhirnya! Sudah pun diumumkan secara rasmi yg Jason tak mati ok. Jason masih hidup. Penonton akan lihat dia dalam filem terbaru Yasmin Ahmad berjudul Gubra tahun depan. Heheh, sapa la yg bawak idea tah apa2 kata suara roh la apa benda semua tu. Hah, malu, malu...

Sementara itu, lain2 watak yg tak mati dan masih hidup lagi ialah Orkid, Mak dan Bapa dia. Tak pula disebut tentang Keong dan Si Yam. So, boleh dikatakan diorang erm... mati kot? Haha!

Filem yg paling dinanti-nantikan 2006 - Gubra (sebut Gabra)
Fwd: The Star on GUBRA (2006)



www.filemkita.com © 1999-2005 khys