|
2004
20 Julai
2004
AKAN DITAYANGKAN - 22 Julai.
Bermula Khamis ini. Filem terakhir Erra-Yusry (buat masa ini, akan datang tak tahu lagi). Seperti yg pernah
diperkatakan, Hingga Hujung Nyawa merupakan sebuah filem blockbuster. Agak menarik untuk melihat
sambutan para peminat dan penontonnya nanti. Perlu juga diingatkan yg filem ini akan memaparkan buat pertama
kalinya seorang pelakon membawakan watak orang tua menggunakan teknologi solekan terkini.
Tiada lagi garisan2 lukisan di dahi, mata dan mulut - mungkinkah ini yg dikatakan kemajuan? Suatu perubahan, dan
perubahan sememangnya bagus. Walau bagaimanapun, cerita dan garapan pengarahnya tidak boleh
diabaikan - perhatikan, bagus atau tidak? Juga perlu diperhatikan dua pelakon hebat yg membawakan watak
tua secara 'semulajadi' - Abu Bakar Omar dan Khatijah Tan, mereka pelakon yg berjiwa. Saksikan.
Persoalannya sekarang: happy ending atau sedih? (lebih baik tidak tahu sebelum saksikan).
30 Mei
2004
AKAN DITAYANGKAN - 22 Julai.
Satu-satunya pesaing filem blockbuster hollywood. Pesaing bollywood juga. Penonton berhenti beli vcd cetak
rompak, dan mula simpan duit untuk menonton filem ini (kena simpan banyak-banyak sebab nak tonton
5 kali). Begitulah hebatnya filem ini. Inilah yg dikatakan blockbuster. Memecahkan semua
benteng, meranapkan semua yg di sekeliling, menghancurkan semua penghalangnya. Tiada filem lain yg
berani berentap dalam bulan Julai ini, sebelum mahupun selepasnya...
28 Mei
2004
Hingga Hujung Nyawa (HHN) adalah filem ke-5 gandingan Erra-Yusry.
Filem ke-4 mereka berjudul Kuliah Cinta telah ditayangkan pada tahun 2004 (29 Januari), 4 bulan yg lepas, dan mendapat kutipan paling
tinggi mencecah angka 4 juta RM. Bagaimana dengan HHN? Filem ke-5, mungkinkah mengaut sehingga RM5 juta? Nampak macam boleh jadi
kenyataan saja...
MR. CINDERELLA (2002) RM 2,526,362.12
CINTA KOLESTROL (2003) RM 3,823,315.50
MR. CINDERELLA II (2003) RM 1,251,949.00
KULIAH CINTA (2004) RM 4,100,000.00
HINGGA HUJUNG NYAWA (2004) - RM ???
http://www.cinemaonline.com.my/hhn
[laman web yg ringkas dan bagus, tapi bahagian Promosi yg mungkin
akan mengumumkan tarikh promosi di pawagam masih belum siap]
Nak tonton trailer HHN di layar perak, pergi tengok Pontianak HSM. Puas hati punyalah. Sebelum seram tengok Maya Karin jadi
Pontianak, boleh jadi 'seram' jugalah tengok Erra jadi tua berkedut (tolong kata
yg semua itu adalah mimpi semata-mata!). Tapi, rasanya 'ngeri' adalah perkataan yg lebih tepat :)
HHN akan ditayangkan pada 22 Julai nanti. Lambat lagi tu... pergi tengok Pontianak dulu (yg juga ada unsur-unsur 'hingga hujung nyawa'
yg tak berpenghujung...)
7 April
2004
AKAN DITAYANGKAN - Jun.
Ternampak iklan filem ini di TV3 (masa Anugerah Bintang Popular), tak sangka
pula terlalu cepat disiarkan promosinya. Tiada tarikh diumumkan, tapi ditulis
"Jun 2004". Itu adalah target tayangan, belum confirm. Mungkin jadual
tayangan untuk Mei hingga Julai masih sedang sibuk disusun oleh Unit Wajib
Tayang, maklumlah banyak filem yg target untuk tayangan dalam tempoh itu. HHN
adalah sebuah filem yg mesti ditonton sekiranya anda telah menonton Cinta
Kolestrol. Teaser HHN terdapat dalam VCD Kuliah Cinta.
2003
20 Oktober
2003
HINGGA HUJUNG NYAWA - dah diumumkan dalam e-mel yg lepas, tapi
masa tu ditulis judulnya Sampai Hujung Nyawa. Ini judul yang betul. Make-up yang buat Erra jadi tua tu memang real, best betul. Satu lagi
sejarah, sebab sebelum ni watak tua cuma warna-warna di muka+rambut pelakon, lukis-lukis kedut di dahi dan pipi.. tapi kali ni memang
real - 'kulit palsu'. Saya harap ada orang-orang filem kita yang belajar buat benda ni
sebab nak jadi gemuk memang murah, tapi nak jadi tua, mahal woo..
15 Julai
2003
SAMPAI HUJUNG NYAWA - arahan ke-? Razak Mohaideen bersama
Metrowealth Movies. Sampai tak terkira filem arahan Razak ni. Lepas saja habis Kuliah Cinta terus shoot SHN. Membuatkan saya
tertanya-tanya tentang kerja pensyarahnya. Cuti panjang kot? Tajuk asalnya Memoriku
tapi diubah oleh penerbitnya David Teo. Lakonan Erra-Yusry yg ke-? (sekali lagi tak terkira). Kisah Erra yg dah tua
(menggunakan teknik solekan khas yg diimport) menceritakan memori kisah cintanya
dengan Yusry masa muda dulu. Kiranya filem ni mendahului zaman la.. konon je.
Entah, tak tahu pula jalan cerita sebenar. Ada konflik ke? Drama ke? Komedi ke?

|