|
2004
15 Oktober
2004
Akan
ditayangkan mulai 14 November nanti. Filem ini kembali menggunakan judul asalnya yg telah diluluskan tanpa
masalah. Sebelum ini judul alternatifnya ialah Misteri Syawal. Beberapa penulis meramalkan
yg filem ini tidak akan mendapat sambutan hebat kerana judul Inggerisnya (yg panjang) boleh mengurangkan minat
penonton melayu. Sebaliknya judul ini pastinya menarik perhatian peminat setia filem
Inggeris terutamanya filem Hollywood yg menggunakan judul I (Still) Know What You Did Last Summer.
Masuk URL di bawah utk membaca ulasan yg mungkin bagus sekiranya anda ingin menjimatkan 'duit raya' anda. I Know
I Will Wait For VCD Only.
http://www.cinemaonline.com.my/movie/movie.asp?search=syawal
5
September
2004
I Know What You Did Last Raya akan ditayangkan pada 1 Syawal nanti
(lebih kurang 14 November 2004).
2 Mac
2004
Filem ini telah diumumkan
dalam e-mel yg lepas, cuma sekarang ada sedikit perubahan & pembetulan sikit...
Filem arahan Razak Mohaideen lakonan Erra Fazira ini bukanlah sebuah lagi
terbitan Metrowealth seperti yg dinyatakan dalam e-mel yg lepas. Memang betul ia
sebuah filem usahasama MIG Beats, tapi kali ini dengan Grand Brilliance. Kerana
itu juga filem ini ada 2 anggota Senario berlakon (Azlee & Mazlan). Kisah
misteri yg disulami komedi. Kisah orang jahat yg entah apahal pergi culik Erra
dan kawan2 Senario dia tu, sebab dendam ke apa entah, yg semua orang tak tahu,
sebab ia diselubungi... misteri!
18
Februari
2004
MISTERI SYAWAL - terbaru arahan Razak Mohaideen.
Siapa lagi
penerbitnya kalau bukan Metrowealth. Tapi kali ini usahasama dengan MIG Beats (syarikat baru yg juga sebenarnya di bawah
Metrowealth). Pelakonnya Erra Fazira. Pernah dilaporkan yg judul asalnya I Know What
You Did Last Raya. Mungkin takut kena kutuk, itu yg tukar tajuk. Pelakon lain kalau tak silap saya kumpulan
Senario (?). Tak pasti
pula. Ceritanya, cerita misteri la. Tak tahu lah cerita hantu ke atau apa. Tapi kalau
melihatkan judul asal itu dan mengaitkan dengan cerita hollywood tu, mungkin kisahnya akan lebih kepada thriller
pembunuhan (siapa-bunuh-siapa?). Dan filem ini tentunya target tayangan pada hari
raya, siap judulnya lagi beritahu bulan Syawal. cuma, mungkin lepas ini diorang boleh cuba (cuba saja), untuk buat
mungkin filem Misteri Krismas pulak! (amacam idea, ok ke?)


|