[PAWAGAM] - IDOLA


2002

15 Mac 2002
Saya membeli tiket untuk tayangan jam 3.15ptg (secara kebetulan, hari ini 15hb Mac, bulan tiga). Tanpa dijangka, sebenarnya hari ini pelakon Idola akan membuat promosi di pawagam. Pertama kali saya hadir promosi filem di pawagam, itu pun secara tak sengaja. Oleh kerana para pelakon terlewat tiba (entah apa-apa), ditambah lagi dengan sesi promosi (bergambar, sain autograf, bla bla bla...), akhirnya pukul 4 lebih baru dibenarkan masuk ke panggung. Penat menunggu. Rupanya dalam panggung juga masih ada sesi dan sisa promosi. Pelakon yang hadir ialah Normala Samsuddin, Jeslina, Aleya dan Danny. Pelakon bercakap-cakap, pelakon meninggalkan panggung, lampu dipadamkan, tayangan bermula.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys