|
2005
20 Mei
2005
Akhirnya! Dah lama aku tunggu siapalah yg akan bangkitkan perkara ni. Maksud aku
pasal kolum Sinema Baru tulisan Noor Azam tu. Memang semakin agak kurang berisi
dan mengulang-ulang isu yg sama. Setiap minggu aku tunggu kolum tu dan berharap
dapat baca sesuatu yg baru, tapi tiada. Paling teruk minggu lepas bila kolum tu
terpaksa menyiarkan surat Mansor Puteh utk memenuhkan ruang. Apa sangatlah isu
yg ditimbulkan oleh Mansor sampai perlu disiarkan tulisannya? Tapi, mungkin juga
disebabkan Mansor sendiri semakin bosan dengan isu yg sama, jadi dia kritik
sikit dan akhirnya surat dia terus tersiar. Sekiranya ada respon pembaca
terhadap kritikan pendek Mansor, mungkin dapatlah Sinema Baru kupas isu baru
agaknya. Itulah mungkin apa yg diharapkan.
Aku suka apa yg Andak ketengahkan (macam mana dapat
tonton Lampu Merah Mati lebih awal?), dan juga ulasan filem independen terbaru
berjudul Monday Morning Glory
(Lampu Merah Mati) yg akan ditayangkan pada hari Ahad (22 Mei) nanti di Actors Studio KL.
Mungkin lepas tu nanti ada banyak lagi pendapat tentang filem tu, mungkin
penonton lain dapat menonton ia melalui pandangan yg berbeza? Aku memang tak
sabar nak baca pendapat pengkritik2 filem Malaysia tentang filem tu sebab dah
banyak baca komen orang putih saja.
Cuma, itulah kan, pasal Sinema Baru dan Noor Azam, ia seolah-olah tidak mahu
mengkritik dan cuma mahu memberi imej yg hebat2 saja terhadap Sinema Baru dan
filem2 independen. Kritikan itu bagus sekiranya mahu melihat Sinema Baru lebih
maju dan bukan hanya mahu menerima dan menganggap filem independen kita tiada
kelemahan langsung apalagi bila dapat menyertai festival antarabangsa.
Selalu-selalulah kritik apa saja yg nampak tak kena dalam 'sinema baru', kalau
tak tentu karyawan baru kita akan leka dengan sinaran lampu dari luar.
Dengan itu, aku setuju dengan pendapat Mansor Puteh mengenai isi kandungan
filem2 indepeden yg tidak berciri keMalaysiaan. Itu kritikan yg jujur dengan
harapan yg satu, iaitu mahu melihat Filem Malaysia maju.
Kita tunggu sesuatu yg baru dalam Sinema Baru Ahad nanti (mungkin Mansor Puteh
dapat kolum baru di muka sebelah? hahaha... i wish!)
7 April
2005
The Beautiful Washing Machine - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema
Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
10 Mac
2005
First Take, Final Cut - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Pulau
Pinang.
7 Mac
2005
Amir Muhammad The Movies: Apakah itu Malaysia, bagaimanakah rupanya
Tokyo, dan siapakah dianya Indonesia? Enggak tahu? Ingin tahu? Menjemput para
Mat-Mat dan Minah Bangsar serta sekalian rakyat Malaysia, ke tayangan
filem-filem berikut: The Big Durian,
Tokyo Magic Hour dan
The Year Of Living
Vicariously (a.k.a filem-filem yang bertajuk pelik - jangan bimbang,
semuanya berbahasa melayu)
Pada: Ahad 13 Mac 2005 di Actors Studio Bangsar, Bangsar Shopping Centre, KL.
Bayaran masuk: RM20.00 untuk 3 filem (harganya lebih kurang macam beli 3 vcd
filem cetak rompak)
Maklumat
lanjut, masa & tempoh tayangan di...
mesej ini
24
Februari 2005
Chemman
Chaalai - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Pulau Pinang.
13
Januari 2005
Chemman
Chaalai - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala Lumpur.
2004
21 Oktober
2004
First Take, Final Cut - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala
Lumpur.
15 Oktober
2004
Tokyo Magic Hour - filem eksperimental arahan terbaru
Amir Muhammad akan ditayangkan sepenuhnya buat pertama kali, bertempat di Actor's Studio
Bangsar pada 31 Oktober ini. Tayangan bermula 6.30ptg dan 8.30mlm (sebarang perubahan akan
diumumkan kemudian)
http://www.doghouse73pictures.com/tokyo_page.html
1 Oktober
2004
Sanctuary - filem terbaru arahan Ho Yuhang. Akan ditayangkan di
festival filem antarabangsa tidak lama lagi.
http://www.doghouse73pictures.com/sanctuary_page.html
Room to Let - filem independen pertama yg dikeluarkan dalam bentuk
VCD. Arahan James Lee. Pernah ditayangkan di saluran Astro. Orang kata filem ni boring! 2 Discs, RM15, akan
ditonton.
http://www.doghouse73pictures.com/room_page.html
Bukak Api - tolong la jangan tanya lagi tentang VCD filem ni. Filem
Bukak Api TIDAK dikeluarkan dalam VCD. Berita terkini, versi asal filem ni (tanpa
potongan) yg dah banyak kali tayang secara tertutup di Malaysia, nampaknya telah tidak lepas untuk tayangan di Singapura
baru-baru ni. Betapa dahsyat tak dahsyatnya filem ni! Walau apa pun, diulangi sekali
lagi, TIADA VCD Bukak Api.
PETIKAN MENARIK (temubual):
Nurjehan Mohamed (New Sunday Times, 26 Sept): "What is the direction
of our independent film makers?"
Wong Tuck Cheong (Kelab Seni Filem Malaysia): "I think they should
make more mainstream films - ones which appeal to more people. Perhaps making films that are not so personal. By personal, I mean a
film with a topic that you really like very much and express in your own way and is
like a personal vision, a personal concept. When this kind of film gets shown, it's not accessible to many people compared
to a mainstream film. A mainstream film is one that has got elements which appeal to
many people. Our independent guys should make more mainstream films without losing their artistic touch. In Malaysia, it
is important for this to happen because this will produce a new generation of
films"
24
September
2004
Tidak berada di pasaran. Beberapa VCD filem independen tempatan
(termasuk filem pendek) sedang dijual sempena tayangan filem terbaru The Beautiful Washing
Machine di Institut HELP Kuala Lumpur bermula pada 22 September lalu dan akan berakhir pada 26 September nanti.
26 Ogos
2004
Visits:
Hungry Ghost Anthology - mula ditayangkan di pawagam GSC e-cinema Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang.
20 Julai
2004
Tokyo
Magic Hour: AKAN DITAYANGKAN - 31 Julai.
Untuk peminat filem independen, terutama sekali filem yg berbentuk ekperimental,
maksudnya filem yg memaparkan sesuatu yg di luar dari kebiasaan (mungkin juga dari segi cerita, gaya/wajah dan
matlamatnya) - mungkin anda mahu lihat filem ini. Tokyo Magic Hour (TMH) akan ditayangkan buat
pertama kali pada tarikh tersebut iaitu bersempena KL International Literary Festival yg berlangsung mulai 29
Julai hingga 1 Ogos nanti. Ini bukanlah tayangan secara umum, sesiapa yg berminat silalah
menghubungi pihak penganjurnya. Oleh kerana Festival ini menumpukan kepada aspek penulisan, maka sebuah bengkel
yg memperkatakan tentang penulisan skrip (lakonlayar) turut diadakan bagi mengupas filem
TMH ini. Jangan bimbang sekiranya terlepas tayangan kali ini kerana tayangan selanjutnya mungkin akan menyusul,
tetapi bila? Jadilah yg pertama menyaksikannya. Maklumat lanjut terdapat di laman web
Festival. "Oh ya!" pengarahnya ialah Amir Muhammad. Pelakonnya - tiada?
http://www.silverfishbooks.com/kllitfest2004/index.html#amir
9 - 13
Jun
2004
Malaysian
Independent Film Festival - berlangsung di Pulau Pinang.
2003
Tayangan
tertutup
First Take, Final Cut
Gedebe
The Big Durian
2002
Tayangan
tertutup
Room To Let
2001
2 Ogos
2001
Dari
Jemapoh Ke Manchestee - mula ditayangkan di pawagam sekitar Kuala
Lumpur.
Tayangan tertutup
Ah Beng Returns
Snipers
2000
6
November 2000
Filem bahasa Inggeris buatan Malaysia, Lips To Lips sedang bertanding dan ditayangkan di Hawaii Film Festival. Semoga mereka berjaya dan semoga
kita dapat menontonnya kelak:
Lips To Lips
merupakan sebuah filem Malaysia berbahasa Inggeris yang terpilih mewakili negara dalam Festival Filem
Antarabangsa Hawaii yang bermula awal bulan ini dan juga sedang berlangsung
sekarang. Lips To Lips diarahkan oleh Amir
Muhammad memulakan tayangan pertamanya (world premiere) di festival tersebut. Lips To
Lips juga merupakan filem digital pertama buatan Malaysia. Semoga mereka yang terlibat berjaya
mengharumkan nama negara dan yang paling penting semoga rakyat Malaysia berpeluang menonton
filem tersebut - khys
Tayangan
tertutup
Bukak Api
Lips to Lips

|