[PAWAGAM] - ISKANDAR


2003

9 Mac 2003
Filem ni biasa je ceritanya. Yang agak lainnya tentang ISKANDAR ni ialah sebab ia memberi lebih perhatian pada aksi fighting. Awie jadi Pengarah Aksi. Jadi siapa yang menonton untuk melihat aksinya, OKlah juga. Adegan romantiknya pun taklah 'jiwang' sangat (takde scene suap menyuap makanan di taman bunga/tasik...). Intro filem ni simple je, adegan pembunuhan Vincent Cheah oleh Mail Komando (chewing gum?), tak thrill langsung, berapa saat je. Lepas tu scene Awie muncul dekat airport pula dalam teknik slow motion baik punya. Lain-lain scene biasa je. Scene disco yang ada pompuan 'mat salleh' tu buat sakit telinga je, muziknya kuat giler. Yang hairan tu scene Sara (Aleeza Kassim) kakak Iskandar nak jumpa adiknya: jauhnya pergi sampai Putrajaya - kesian Awie dahlah duduk kat Chow Kit. Itulah serba sedikit adegan yang ada selain scene akhir fighting dekat bengkel 'kereta potong'. Skrip di buat oleh Shamsul Cairel. Pengarah/penerbit ialah Nagaraj. Cerita tentang hubungan 'bapa-anak lelaki' rasanya mengulangi Ghazal Untuk Rabiah arahan Naga juga. Lepas tu heroin (Jeslina Hashim) yang menjadi mangsa keruntuhan keluarga juga macam 'Ghazal..' di mana Wilma berlakon. Gandingan Awie-Jalal mengingatkan pada Nafas Cinta (Norman Hakim- rambut macam tu juga dan Jalal dalam cerita ni pun jahat jugak...). Hmmm.. Tentang pelakon, Aleeza (berlakon mabok-mabok dan pakai seksi, tak berkembang langsong wataknya), Jeslina pon sama. Dua pelakon baru, Hetty Sarlene (OKlah), dan Bob Khairul (watak jahat dia ni mengingatkan pada Castello lakonan Rosyam dalam GKTM). Gandingan Awie-Bob Khairul untuk fighting scene nampak kena dan padan (taklah macam Rosyam lawan AC dalam GKTM, tak sesuai). Last sekali teringat pula fighting scene dekat lorong masa Iskandar jumpa Eddie Gondol, apesal bodyguard Iskandar (lakonan sorang bodybuilder) tak tolong dia. Dah habis baru nak datang tengok. Bodyguard dia ni memang tak layak jadi bodyguard. Masa dekat bengkel pun kena belasah sampai nak mampos. Adakah dia sepatutnya jadi satu watak kelakar atau serius. Entah. Filem Iskandar dibuat dalam bentuk Cinemascope. TAMAT.
**1/2


2002

26 Ogos 2002
ISKANDAR - Nagaraj masih menerbitkan filem sejak Mr.Os meletup tahun 86. Dia semakin yakin untuk mengarah sendiri. Awie kembali sebagai Karl Iskandar. Jeslina Hashim (pelakon harapan 2001) bertuah kerana gandingannya bersama Awie tidak menggegarkan dunia gosip.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys