|
2003
21 Oktober
2003
Filem Yusof
Haslam yg agak low profile. Takde kecoh-kecoh, selamba
jer sapu RM2-3juta. Erra, Rosyam dan Faizal Hussein adalah nama-nama
yg menarik perhatian penonton. Itu belum masuk lagi peminat2 Intan
Sarafina, Elly Mazlein, Fazley, Sarimah Ibrahim dan err... Helmi
Gimmick (?) yg membuatkan filem ni laris. Secara
keseluruhannya, saya suka filem ini untuk kali pertama menonton, cuma agak kehairanan dengan cara filem ini
dimulakan. Hitam putih. Itulah teknik yg digunakan untuk membezakan zaman
dulu dengan zaman sekarang, tapi zaman dulu itu bukanlah terlalu lama,
cuma beberapa tahun. Apa perlunya hitam putih
itu? Saya lebih suka adegan awal Pasrah, imbas kembali
zaman kanak-kanak yang dikaitkan dengan zaman sekarang
melalui hujan. Yusof memang suka agaknya memulakan filem dengan
adegan macam tu, ingat lagi Sembilu dan Maria Mariana?
Tapi, imbas kembali dalam JD ni memang tak bermaya. Muzik pun tak banyak
membantu. Saya tak tahu nak komen apa lagi, tapi perlu disebut tentang lakonan Sarimah dan Faizal yang best
walaupun boleh dijangka. Perhubungan Haikal dan Diana
digerakkan dengan perlahan tanpa perlu
tergesa-gesa. Konfliknya dikawal dengan baik, walaupun
semua orang akan berharap yang Haikal perlu terus saja memutuskan
pertunangannya. Kalau itu terjadi, tiada lagilah konfliknya. Hinggalah sampai ketika yang
betul, konflik
Haikal dan tunangnya ditamatkan (kesian Sarimah... itulah jahat
sangat). Akhirnya, filem ini ditamatkan dengan konflik Diana-Haikal-Ijoy (Faizal). Mungkin Yusof sendiri
tidak mahu penamat ceritanya boleh diduga, maka penonton perlu terima
penamat yg kurang gembira ini, penamat yang sebenarnya akan lebih
melekat dalam hati penonton. Ramai juga yang kata dialog filem ini
tidak lagi terlalu rasmi. Sememangnya kedengaran agak lain, dan
bagusnya lagi ialah tiada lawak2 slapstik seperti
Gerak Khas, tiada juga lagu-lagu dari watak penyanyi kelab malam yg
berpura-pura menghiburkan penonton. Filem ini 'sampai' kepada
penonton. Cuma, di akhir cerita terdapat tulisan yang mengatakan 'Ijoy dan kawan-kawannya ditangkap dan didakwa di
mahkamah' - tulisan ini sebenarnya khusus untuk ahli LPF
yang tentu tertanya-tanya apa yang terjadi pada Ijoy & The Gang yang
jahat itu, walaupun sebelum itu telah ditunjukkan adegan Kamal
(bukan saya) membuat laporan polis sebagai saksi. Tapi, kalau tak ditulis sebegitu
pula, tentu saya lebih suka
membayangkan yang Ijoy pergi cari Kamal dan bunuh
dia, kemudian dia bunuh pula Diana. Tapi, itu bukanlah penamatnya.
**1/2
3
September 2003
VCD JANJI DIANA - cepatnya keluar.
Baru je habis tayangan. Mesti masa
tengah tayang pun dah sibuk bungkus masuk kotak. Belum beli lagi. Kena tengok
cepat, sementara masih panas (sebelum Cinta Kolestrol keluar le..).
12 Ogos 2003
JANJI DIANA - minggu ke-3 tayangan. Sudah RM2 juta. Yusof Haslam
pernah beritahu formulanya: kalau sebuah filemnya mendapat kutipan RM4 juta atau
lebih, baru dia akan buat sambungan - Sembilu, Maria Mariana, Gerak Khas. Ada yg kata penamat filem JD (bukan Julie Dahlan
ye?) ni akan disambung lagi? Pula tu, pengulas mana entah yg pecah rahsia tulis watak Rosyam dimatikan pada akhir filem JD
ni. Takpelah, tunggu VCDnya di pasaran (atau kalau berani tengoklah di pawagam sebab
tayangannya mungkin lama lagi untuk tamat, 3 minggu lagi?).
15 Julai
2003
Saya ada janji (bukan Diana) untuk siar poster promosi JD.. tapi
tunggulah sampai Paloh berjaya menawan pawagam dulu, lepas tu baru siar. Tagline atau slogan untuk filem/poster JD, macam biasa
"Antara ### dan ###..." (gantikan ### dengan apa saja perkataan yg
munasabah).
20 Jun
2003
JANJI DIANA - akan ditayangkan pada 24 Julai 2003. Dua minggu selepas
Paloh. Kalau dikira bermula minggu depan (Black Maria mula ditayangkan), bermakna
3 buah filem akan ditayangkan dalam masa 1 bulan. Tertanya-tanya juga, filem apa pula agaknya yg sedang menunggu giliran
pada Ogos hingga Oktober depan? Mesti menarik ni. Kalau 2 filem sebulan pun dah tentu menarik. Janji Diana... hmm.. apa yg menarik? Bagi
saya, sudah tentu gandingan Rosyam-Erra. Itu saja daya penarik yg mungkin membawa
saya ke pawagam nanti. Pedulikan tentang Yusof Haslam, atau ceritanya, atau pelakon pembantunya, atau judulnya, atau
lagunya, atau dialog rasminya, atau motor besarnya - apa yg tinggal selepas itu adalah
semata-mata Rosyam-Erra. Kali kedua mereka bergandingan selepas GKTM. Macam mana agaknya keserasian mereka, kerana dalam GKTM
watak mereka tak banyak bersama. Ini juga filem penentu sama ada gabungan Yusof-Erra masih boleh membawa penonton membanjiri
pawagam? Untungnya Janji Diana kerana sekarang boleh dikatakan zaman Rosyam.
Jadi, peminat Rosyam yg tak mengikuti filem Yusof Haslam (kecuali GKTM dan Bara) tentu akan memberi
sokongan.
29 Mei
2003
Saya rasa Yusof Haslam mungkin tengah pening sekarang
ni. Pasal apa? Pasal Erra Fazira ler.. Dah tak lama lagi dah Erra tu.
Faham-faham je
lah. Biasanya di Malaysia ni, macam tu ler.. Zaman kejatuhan selepas kahwin (tak payah ler bagi contoh..). Janji Diana
sudah sah akan ditayangkan cuma selepas Ogos nanti.. selepas Erra kahwin la tu.
Jadi, kita tengoklah
nanti sama ada orang akan berduyun ke panggung atau tidak masa tu.. tambahan pula heronya
Rosyam dan
bukan Yusry. Yusof mungkin pening, sebab dia tak jangka kot benda ni akan berlaku secepat itu.
Selama ni
Yusof cuma bergantung pada Erra, sampai dia terlupa untuk cipta heroin baru.
Yang ada tu pun, Juliana
Banos (boleh pergi ke dia ni?). Ziana Zain dulu pun lepas kahwin, habis. Tammat. Sekarang, semuanya mungkin
sudah terlambat. Mungkin sekarang Yusof baru sedar, dia sepatunya ikut macam Badar yang lebih
suka ambil heroin baru (Badar tak terus ambil Nisda untuk Berlari ke Langit, tapi orang
baru). Yusof juga mungkin lebih
pening, bila tengok senarai filem yang mungkin berentap dengannya nanti, macam filem Mr.
Cinderella 2, Cinta Kolestrol, dan satu lagi filem (judul belum diumumkan) yang kesemuanya gandingan Erra-Yusry! Tak ke
pening kepala tu.. Saya juga rasa penonton akan terpaksa tengok muka-muka mereka
sahaja untuk sepanjang tahun depan. Dan lepas tu? Akan tamatkah zaman mereka itu? Akan terciptakah sejarah - filem Yusof
Haslam yang tidak sampai RM1juta kutipan? Mungkin Yusof dapat berbuat sesuatu sebelum
ia terjadi. Kalau tengok sekarang/baru-baru ni pun, Yusof gabung dengan Aziz M. Osman buat Gila-Gila Pengantin
(GGP 2 nanti Erra tak berlakon - OK), dia terbitkan MX3 (diarahkan Yusof Kelana), sebelum
tu gabung dengan Kuasatek buat Mr. Cinderella. Filem arahannya selepas Janji Diana pun belum ada sekurang-kurangnya khabar
angin. Adakah semua idea yang dia ada dah habis digunakan? Siri TV pun, Gerak Khas dah macam 'asal ada', 'buat saja'. Sepatutnya selepas GK
The Movie 2 dulu, dah tak wujud siri tu. Eh, dah jadi topik Yusof Haslam pulak.
Sebenarnya saya cuma terfikir tentang Janji Diana. Itu
aje..
24 Mac
2003
JANJI DIANA - dah siap dah ni.
Tunggu tarikh tayangan diumumkan saja.

2002
6
November
2002
JANJI DIANA - pertaruhan Yusof Haslam untuk 2003.
Nasib pasti
menyebelahi filem ini apabila pelakonnya ialah Erra Fazira dan Rosyam Nor. Nama pelakon saja sudah cukup untuk menarik penonton.
Tak perlu
bersusah payah dengan ceritanya..

|