[PROMOSI] - JOGHO


1999

30 September 1999
Filem Jogho arahan U-Wei Saari mula ditayangkan semula mulai hari ini di tiga buah pawagam Tanjung Golden Village sekitar Lembah Kelang, iaitu di KLCC, Sunway Pyramid dan Bukit Raja, Kelang. Tayangan ditetapkan selama seminggu dan akan dilanjutkan mengikut keadaan. Filem Jogho yang pertama kali ditayangkan sekitar bulan Mac 1999 merupakan Filem Terbaik Anugerah Skrin 98/99 dan pelakon utamanya, Khalid Salleh telah dipilih sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Asia Pasifik 1998.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys