|
2004
18
Februari
2004
Saya memilih untuk menonton filem ini setelah takde benda nak buat
dan tersangat boring nye lah. Perkara pertama yg perlu disebut di sini ialah: filem ini tersangat teruk. Menyamai dan setaraf dengan
banyak telefilem vcd hampas dan ia lebih layak jika terus dijual dalam vcd daripada
ditayangkan di pawagam. Penonton yang menonton di pawagam sebenarnya tanpa mereka sedari (dan mungkin juga tidak ambil
peduli), bahawa mereka sebenarnya telah ditipu dan tertipu dengan filem ini yang
sebenarnya bukan bertaraf filem. Mereka boleh sahaja menonton filem ini di rumah, di hadapan TV, di dalam bas, di mana
sahaja, kecuali di pawagam. Jutawan Fakir (JF) seakan hasil kerja Z. Lokman, cuma
bezanya ia lebih teruk lagi. Nampak sangat yang pembikin filem ini bukanlah pakar dalam membuat 'filem lawak bodoh'.
Filem ini
tidak menjadi 'filem lawak bodoh', sebaliknya menjadi 'filem bodoh' yang memperbodohkan penonton dan para pelakonnya.
Tidak layak seorang
yg belajar filem membuat filem sebegini, apatah lagi seorang yang mengajar filem.
Razak Mohaideen mungkin telah tersalah langkah dengan
membuat filem ini. Mungkin dia sudah 'dibutakan' oleh Metrowealth, yang semakin seronok mengaut keuntungan (perhatikan adegan
rompakan, Metrowealth sudah kayaraya dan ada bank sendiri - Metro Bank (wow!) - cawangan
kecil yg mempunyai simpanan RM2 juta dalam 'peti besi'nya). Banyak sangat yg negatif dalam JF ini, hingga tak dapat dicari satu
pun perkara positif. Penggunaan sound effect yg berlebihan seakan menonton sarkas
(?). Dialog pula berulang-ulang. Aksi slapstik tak terkawal langsung. Watak semuanya tak berkembang
langsung. Takde konflik diwujudkan langsung - cerita berjalan lurus saja (ya, ramai
orang suka begini). Adegan semuanya sesuka hati dimasukkan. Masa rompakan bank, saya
ingatkan ia berlaku di pejabat Fakir - takde ditunjukkan rupa bank pun. Dapat RM2 juta setakat pergi Sunway Lagoon
(? - betul ke) saja, main air sedangkan dekat rumah dah ada kolam renang.
Pergilah round satu
Malaysia macam Mr. Os ke (yalah, yg kayanya Fakir, bukan penerbit filem ini? bajet tarak ka?). Lokasi
entah apapa. Filem ini 86 minit saja, masa kredit akhir ditunjukkan beberapa adegan yg dibuang, antaranya adegan
yg membabitkan Azza dan Waheeda. Nampaknya penulis filem ini memang menumpukan pada watak
Fakir semata-mata dan pengarahnya pula menggunakan (dalam erti kata
menyalahgunakan) sepenuhnya keupayaan Apek dalam membuat aksi-aksi pergerakan lucu (? - untuk
kanak-kanak saja), demi untuk melindungi jalan cerita yang sebenarnya tidak wujud (dalam mimpi). Dengan watak
Fakir yang gila-gila (separuh gila), saya sangkakan dia akan terjaga dari mimpinya di dalam sebuah
wad gila, tapi ini filem komedi, perlu happy ending, jadi Fakir pergi pulangkan wang RM2 juta dan dapat
habuan RM98 ribu. Kini dia Ribuan Fakir dan boleh balik bermimpi lagi. Dalam banyak-banyak lawak
(kononnya) dalam filem ini takkanlah takde satu pun yang betul-betul lawak kan?
Saya suka satu je: Masa
polis buat roadblock, lepas Fakir suruh polis check kotaknya mana tahu ada duit rompakan, Fakir pergi
dekat sorang polis yg berkawal dan tanya - "Ada peluru ke ni?" (sambil tunjuk dekat
mesingan, dan buat muka bodo), lepas tu dengan selambanya dia buat aksi kena tembak
mesingan, dan aksi 'mati' atas motor, lepas tu, sengih sikit, blah. Selamba je. Kesimpulannya saya ingin
memetik komen yg saya baca tentang JF ini: "Cam poyo!".
1/2 (setengah bintang)
21 Januari
2004
Jutawan Fakir
begitu cepat diedarkan dalam VCD sebaik saja tamat tayangan di pawagam.
Sebaliknya filem
LANG BUANA (yang ditayangkan lebih awal dari Jutawan Fakir) masih belum nampak di
pasaran. Saya akan cuba dapatkan Jutawan Fakir untuk cuti hujung minggu yang
panjang sempena Tahun Baru Cina ini.

2003
24
Disember 2003
JUTAWAN FAKIR (JF) -
mungkin anda sudah lihat The Making Of
JF, mungkin juga ramai sudah lihat iklan trailernya dalam VCD Cinta Kolestrol. Filem ini
mengingatkan saya pada Mr. Os. Manusia biasa yg jadi kaya secara tiba2. Pada mulanya saya memang ingin menonton filem
ini. Komedi bodoh juga perlu ditonton. Caranya mudah saja, jangan terlalu serius.
Tetapkan fikiran, dan jangan sesekali membandingkannya dengan filem lain (terutama sekali filem terbaik yg pernah dihasilkan dalam
dunia). Wang yg dikeluarkan pasti berbaloi. Tapi. Perkara yg sama berlaku seperti
yg berlaku pada Cinta Kolestrol. Bukan filemnya, tapi sebuah ulasan dari seorang (atau lebih?) pengulas yg disiarkan dalam
berita harian (bipop) yg telah sengaja merosakkan penamat cerita (spoiler). Dalam CK, ulasan
'beliau' telah memberitahu rahsia Erra & Fazira. Dalam JF pula, 'beliau' menulis 'kisah sebenar' Fakir boleh
jadi jutawan. Mungkin pengulas tersebut rasa bangga dapat membocorkan 'rahsia' cerita, dan seterusnya
berjaya menghalang penonton yg tidak mahu tertipu dari menonton filem ini. Dengan
itu, terima kasih diucapkan. Saya tidak akan menonton filem ini dipawagam, tunggu VCD
jer.
Kehadiran JF juga sebenarnya berjaya mengeluarkan Lang Buana dari
banyak pawagam. Ia dibantu oleh LOTR3. Esok, JF akan berentap pula dengan Gila Bola.
23
September 2003
Seperti yg semua sudah tahu, tarikh tayangan beberapa filem telah
dipinda. JUTAWAN FAKIR akan ditayangkan pada 18 Disember (nampaknya Jutawan Fakir tak mau jadi filem yg dibuka pada hari
pertama tahun baru seperti jadual sebelum ini, jadi dia pun pergilah bersesak-sesak dalam bulan Disember
tu. Tak kisahlah, Jutawan).
14 Ogos
2003
Baru je baca Berita Harian,
JUTAWAN FAKIR telah ditetapkan tayangan pada
1 Januari 2004. Bukan senang nak ada filem yg tayang pada hari pertama tahun baru.. dan JF
memang bertuah.
24 Mac
2003
Shooting dah habis.
Pengarah Prof. Razak tengah direct 'Kolesterol'.
27 Januari
2003
JUTAWAN FAKIR - filem terbitan Metrowealth Movies
arahan/skrip Razak Mohaideen. Komedi lakonan Saiful Apek (Senario) sebagai Fakir yang
menjadi jutawan segera selepas terjumpa beg yang penuh dengan wang hasil rompakan. Jalan cerita sebegini membolehkan sebuah filem
menarik dihasilkan. Mungkinkah ini cumalah sebuah lagi filem terbitan Metrowealth
atau menggunakan sepenuhnya populariti Saiful Apek sebagai anggota Senario paling popular?

|