[PROMOSI] - KAKI BAKAR


2001

22 Disember 2001
Kaki Bakar mula ditayangkan pada 25 Oktober lepas. Bila filem ni tak jadi ditayangkan pada 20 September, saya sudah agak masalah bakal menimpa filem ni. Selepas itu semua orang tahu filem ni tak jadi diedarkan oleh syarikat antarabangsa. Kemudian ia mula ditayangkan, tapi cuma di DUA buah pawagam di KL. Filem ni telah pun siap sejak 1995 dan ditayangkan 6 tahun kemudian. Pelik kan? Saya sungguh sedih kerana sepatutnya filem ni menemui jumlah penonton yang lebih besar. Semua peminat filem di Malaysia berbangga dan kagum dengan Kaki Bakar yg berjaya memecah tembok Cannes.. dan sebahagian besar daripada mereka juga kecewa bila filem besar ni menerima nasib yg tidak sepatutnya. Sekurang-kurangnya sebuah pawagam di kawasan Utara dan Selatan patut ditayangkan filem ni. Saya belum berkesempatan mencari VCD Kaki Bakar yg diedarkan oleh Music Valley, jadi tak dapat komen apa yg hebatnya filem ni?!

10 Ogos 2001
Untuk yg bertanya: Kaki Bakar juga belum di'VCD'kan.. malah belum ditayangkan di pawagam. Nantikan 20 September ini...

1 Januari 2001
Selamat menyambut tahun baru. Nampaknya filem Melayu akan kembali meriah tahun 2001 ni. Dengar cerita Kaki Bakar pun akan turut serta (harap betullah kali ni)


2000

15 Mei 2000
Dunia filem Melayu pada tahun ini nampaknya kurang meriah apabila cuma 2 buah filem ditayangkan setakat hari ini. Bagaimana agaknya nasib dan peluang filem Kaki Bakar yang masih belum ditayangkan itu? Rasanya tahun ini paling sesuai untuk ditayangkan kerana sejak filem Jogho dan Perempuan Melayu Terakhir menemui penonton pada tahun lepas, tidak ada lagi filem bercorak drama berat ditayangkan sehingga sekarang - khys

24 January 2000
Tahun 2000 menampakkan petanda bahawa dunia filem Melayu akan kembali meriah. Diharapkan tahun 2000 bakal menyaksikan filem yang telah sekian lama disiapkan seperti Kaki Bakar diberi peluang untuk turut sama memeriahkan dunia perfileman Malaysia - khys



www.filemkita.com © 1999-2005 khys