[PAWAGAM] - KL MENJERIT 1


2005

5 September 2005
KL Menjerit 1 akan mula ditayangkan Khamis (8 Sept) nanti. Mungkin ramai dah pun tonton tayangan awal baru2 ni kan? Aku memang kalau boleh nak tonton lebih awal, tapi rugilah pula tak dapat kumpul ramai2 dlm panggung fullhouse macam masa tengok KL Menjerit empat tahun lepas. Jadi, jom penuhkan panggung hujung minggu nanti! Tapi.. agak tak best sebab rasa macam promosi kurang, tak macam dulu. Nah, ambik poster KL Menjerit 1:
http://www.tayanganunggul.com/v2/images/klm1_final_poster.jpg

3 Ogos 2005
AKAN DITAYANGKAN - 8 September. Macam dah bosan tunggu. Tapi ok la, mesti nak tengok juga walaupun dah semakin bosan.

25 Jun 2005
Download trailer KL Menjerit 1 dlm versi WMV untuk sedikit dialog...
http://www.tayanganunggul.com/v2/movie1_player.html


2004

7 April 2004
Rosyam-Badar-Tayangan Unggul kembali lagi. KL Menjerit kembali lagi. Bukan itu saja, Saiful Apek, Danny X-Factor dan Liza Hanim juga kembali lagi. Kembali bukan dalam sambungan KL Menjerit, tapi pendahuluan kepada KL Menjerit, atau disebut sebagai prequel. Star Wars mempopularkan gaya bercerita ke belakang ini, dan kerana itu juga KL Menjerit turut menambah Episod 1 dihujung judulnya untuk -mungkin- memudahkan pemahaman penonton yg cerita ini adalah sebuah prequel (takde idea lain ke. Sebelum ini dah ada The Movie yg menjadi ikutan ramai, jadi lepas ni mungkin ada Mami Jarum Episod 1 pulak kot - kisah Mami Jarum zaman kanak-kanak!?). Turut dilaporkan yg KL Menjerit Episod 3 juga sudah ada dalam perancangan, menjadikan KL Menjerit (2002) sebagai KL Menjerit Episod 2 - nak dijadikan trilogi lah tu. OK, tinggalkan sebentar kisah trilogi itu.

KL Menjerit Episod 1 sebelum ini menggunakan judul awal KL Kembali Menjerit (mungkin Episod 3 nanti baru sesuai menggunakan judul ini). Episod 1 mengisahkan permulaan kehidupan Shahrol (Rosyam) di KL hinggalah dia 'menceburi' bidang lumba motor haram itu. Bagaimanakah semua itu bermula? Apa yg kita mungkin dapat lihat nanti ialah: bagaimana mulanya hubungan Shahrol dengan Mamat (Danny) & Kilat (Apek), dan bagaimana Linda Martopo (Liza) boleh jadi awek dia. Danny bernasib baik kerana cerita ini berlaku sebelum watak dia dimatikan, jadi dia kekal dalam barisan pelakon. Berbeza dengan watak Ayu dan Tun yg penting dalam Episod 2, oleh kerana cerita kali ini berlaku lebih awal, watak mereka ditiadakan. Untuk watak Ayu memang tiada kaitan langsung dalam Episod 1 ini. Tapi, saya terfikir tentang watak Tun - mungkin Hasnul Rahmat boleh muncul sebagai cameo, kerana cerita ini berlegar di KL (rumah Tun dekat dengan KLCC), jadi tak mustahil wataknya boleh 'dihidupkan' cuma sekadar cameo, atau berlegar dilatar belakang, tapi tiada kaitan dengan watak/cerita utama. Sekadar mengingatkan kembali peranan pentingnya dalam Episod 2. Begitu juga watak Pit (Faizal Hussein), adakah ketika itu dia masih seorang pelumba haram sebelum 'kerja' dengan polis? Malangnya, nama Faizal juga tidak disenaraikan (?). OK, lupakan watak yg tiada, bagaimana pula dengan Liza Hanim dan Rosyam Nor: saya kurang pasti kisahnya bermula berapa tahun lebih awal, tapi pembentukan watak, solekan dan imej mereka akan menjadi agak penting kerana watak mereka menjadi semakin muda - semakin remaja. Bagaimanakah 'makcik' Liza kita itu akan dibentuk sebagai Linda Martopo sekali lagi. Dan, watak Shahrol juga pasti perlu kelihatan lebih bertenaga dan mungkin juga 'gila-gila' (?). Apa yg pasti, Episod 1 ini akan lebih banyak aksi lumba haram. Walau bagaimanapun, unsur dramatik dan konfliknya juga pasti menjadi tumpuan: apakah isi cerita kali ini, persahabatan, percintaan atau sekadar aksi? Atau ada isu tertentu yg akan disentuh? Lagi satu, adakah akan wujud satu lagi watak heroin baru kerana tak mungkin Linda Martopo adalah heroinnya. Kalau watak heroin baru itu diadakan, bagaimanakah peranannya akan dibuat menjadi penting, kerana di akhir cerita sudah pasti Shahrol tetap berpasangan dengan Linda sebagaimana permulaan KL Menjerit (2002) dulu. Kalau anda ingat, dalam KL Menjerit dulu Shahrol pernah menyebut tentang hubungannya dengan sorang awek bernama Mastura. Dia putus dengan Mastura sebab Linda Martopo punya pasal. Mungkinkah watak Mastura itu yg akan menjadi heroin KL Menjerit Episod 1 ini? (kalau betul, siapakah pelakonnya? pelakon baru ke?). Sama-samalah kita tunggu, menarik ni. Semoga Badar juga dapat memantapkan jalan cerita, kerana penonton pastinya inginkan Episod 3 juga, OK.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys