|
2002
3
Februari 2002
Hari ke-10 tayangan.
Penonton memenuhi pawagam. Ada juga yang sudah menghafal dialog. Berapa kali dah
tonton woi!
28 Januari 2002
KL Menjerit membuka tirai 2002 pada Khamis lalu. Filem ini nampak hebat - penampilannya, sebagai sebuah filem komersial generasi baru. Bermula dari judul filem yg menarik serta
mencuit hati, penampilan (bukan penempelan ya?) pelakon popular masa kini, tema yg 'dekat' dengan khalayak pawagam (anak muda, mat motor, cinta) termasuklah poster filem yg
'membuka mata' dan menarik perhatian kaki wayang. Kalau pun ada yg kurang dalam KL Menjerit (yg mana perlu ada dalam filem-filem sejenis dengannya dan yg terdahulu seperti
Ali Setan, Azura dll), ianya cumalah lagu hit - lagu yg akan mengingatkan penonton kepada filem ini sampai bila-bila. Filem ini ada lagu tema nyanyian pelakon filem ini Liza Hanim
(lagu petikan dari albumnya, bukan ciptaan khas utk filem ini). Entahlah, saya pun belum tonton. Tak boleh komen lebih-lebih. Tapi, nampaknya secara keseluruhan - KL Menjerit
TIADA alasan untuk gagal menarik penonton membanjiri pawagam KECUALI ada sesuatu yg tidak
kena.
| "Bila
sesaat tak dengar, rasa macam sehari. Bila sehari tak nampak, rasa macam
sebulan. Dan bila seminggu tak jumpa, rasa macam... setahun. Itu
tandanya.. kau sudah berada dalam cinta" |
|
2001
7 Julai 2001
Gambar-gambar penggambaran filem Kuala Lumpur Menjerit (arahan Badaruddin Azmi) ada
di... [b-infotainment.com]. Dalam filem ni Rosyam Nor berlakon sebagai pelumba motor haram.
28 Mei 2001
Rosyam Nor yg dikatakan mungkin terpilih untuk filem Embun akhirnya memilih untuk beraksi sebagai pelumba motor haram dalam filem Kuala Lumpur Menjerit yang sedang
dalam penggambaran. Turut berlakon ialah Faizal Hussein yg suatu ketika pernah berlakon sebagai mat motor bersama Rosyam Nor dalam Gila-Gila Remaja. Dalam Kuala
Lumpur Menjerit arahan Badaruddin Azmi ini, Rosyam dan Faizal bakal bermusuhan. Pelakon wanita utama adalah bakat baru iaitu Nisda (pengacara tv) dan Liza Hanim
(penyanyi). Kuala Lumpur Menjerit juga bakal mengembalikan Rahim Razali ke layar perak sebagai pelakon undangan istimewa. Tahniah kepada Badar kerana tidak
melupakan orang lama.
28 Mac 2001
KUALA LUMPUR MENJERIT - arahan Badaruddin Azmi.
Apa punya tajuk ni? Kisah aksi romantik hasil tulisan Badar sendiri (pertama kali mengarah filem tulisan
sendiri). Bakal diterbitkan oleh Tayangan Unggul (Sara). Rosyam mungkin terlibat (lagi!). Kalau jadi Rosyam berlakon, dia bakal membawa watak utama kali kedua dalam filem selepas
Suami, Isteri dan...? (lain-lain filem termasuk Lenjan semuanya hanya watak
pembantu). Pengumuman rasmi Mei ini (kalau jadi).


|