|
2004
30 Mei
2004
Filem ni lawak OK lar. Takde apa-apa sangat. Tapi kalau nak katakan
yg filem ni mengulangi apa yg pernah dilakukan oleh Ali Setan - opp.. itu sudah lebih! Ini kerana Kuliah Cinta (KC) tidak lebih daripada
kisah cinta murahan oleh remaja di pusat pengajian tinggi. Ia tiada apa-apa yg berguna untuk difikirkan. Sebagai hiburan, ya, filem ini
mencapai sasarannya. Penonton puas hati, penerbit masih belum berhenti senyum. Tapi, itulah saja yg penonton dapat, hiburan. Takde
apa yg salah, tapi sekiranya filem ini turut menyelitkan sesuatu yg berguna untuk dijadikan
pedoman kepada para remaja mahupun pelajar, KC akan lebih meningkat nilainya sebagai sebuah cerita. Tidaklah
hanya sekadar kisah cinta antara pelajar, seperti itulah yg paling penting di sebuah pusat pengajian tinggi.
Kisah membuli antara pelajar junior dan senior boleh saja dikembangkan supaya boleh
menjadi sesuatu untuk difikirkan. Mungkin juga ia boleh dikaitkan dengan realiti pelajar kini, yg mungkin juga boleh
mengetengahkan semula isu ini yg pernah popular di muka hadapan akhbar tidak lama
dulu. Tapi, membuli dalam KC cuma sekadar denda membasuh baju. Itu pun di kalangan pelajar lelaki, bagaimana situasinya
di kalangan siswi? Ini sebenarnya sesuatu yg menarik untuk dipaparkan berbanding 'suka-duka percintaan' yg tak bergerak ke mana. Tambah
buruk lagi bila penamat filem ini menunjukkan Faramy dan Johana BERJAYA melangsungkan perkahwinan. Ini lebih teruk lagi dari
Gemerlapan. Ya adik-adik... pergi universiti, bercinta, lepas tu baru boleh kahwin yer. Baik, prof!
*1/2
18
Februari
2004
SEDANG DITAYANGKAN - siapa nak pergi kuliah cinta?
Saya ingin ke
sekolah rock kebangsaan... yeah! yeahhh! (sambil head-banging). Kuliah cinta tak rock lar.. (walaupun gurunya bergelar prof. mad. haha).
Saya
telah menonton The Making Of Kuliah Cinta dalam vcd Jutawan Fakir - tiada komen.
21 Januari
2004
Petikan filem ini boleh dilihat dalam VCD Karaoke Erra Fazira
(ada adegan slapstik Erra yang banyak juga, sebelum ini dia mana mahu berlakon macam tu. Ini satu kemajuan). Saya rasa Razak Mohaideen
sedar dengan apa yang dia buat. Ada orang kata dia merosakkan filem kita lah, dia tak
tahu buat filem lah, sedangkan dia Profesor. Tapi saya pasti Kuliah Cinta ini adalah filem yang secara sedar dibuat dan
ditujukan kepada kelompok penonton yang tertentu. Sudah tentu penonton yang diluar kelompok itu
juga boleh terhibur menonton filem ini asalkan mereka menerima filem ini seadanya dan tidak terlalu
serius. Kalau ada yang kutuk filem ini (setelah menontonnya), mereka bukanlah penonton yang ada dalam fikiran
pengarah/penulis filem ini sejak dari awal lagi. Itu kenyataannya. Saya cuma sedikit tak puas
hati bila filem ini muncul seminggu selepas Trauma. Bukan tak percaya Trauma tak mampu tarik penonton, tapi ini
mengurangkan peluang 'melahirkan' penonton yg ingin menyokong filem bertema serius
seperti Trauma. Trauma ada ciri yang berpotensi menarik perhatian 'penonton komedi muzikal ringan' untuk 'bertukar
angin' menonton filem serius, tapi bila Kuliah Cinta bersaing sebelah menyebelah
dengan Trauma, peluang itu menjadi terlalu tipis. Judul Trauma ada 6 kali dalam tajuk ini, pergilah tonton Trauma
dulu. Ha, itu saya tambah satu lagi. Jadi 7 kali. Saya akan tunggu Kuliah Cinta dalam VCD.

2003
24
Disember 2003
AKAN DITAYANGKAN - 29 Januari
2004. Sebuah lagi filem cinta, sebuah lagi filem Razak Mohaideen, sebuah lagi filem
Erra, sebuah lagi filem Yusry, sebuah lagi filem Metrowealth, sebuah lagi filem
melayu. Banyak buah kan? Tapi, filem ini sebenarnya cuma sebuah.
14 Ogos
2003
Rasanya Kuliah Cinta sudah siap sebab pengarahnya Razak Mohaideen
dah mula projek baru pula.. Sampai Hujung Nyawa.
12 Jun
2003
KULIAH CINTA - inilah filem Erra-Yusry-Razak Mohaideen-Metrowealth
yang pernah dirahsiakan dulu. Dengar tajuk saja pun dah tahu ceritanya. Romantik komedi - student life (?).
Penggambaran
dilaporkan hampir tamat. Ada gosip mengatakan yang persandingan Erra-Yusry sebenar
nanti akan dirakamkan sebagai sebahagian babak (happy) ending filem itu. Kita tunggulah nanti.. err, bila?
Mengikut
e-mel sebelum ni ada 13 filem sedang menunggu tayangan. Kalau 1 filem sebulan, bermakna filem
ni cuma akan ditayangkan pada 2005. Siapa nak tengok? Anak Erra ke? (jangan
marah..).

|