|
2002
13 Januari
2002
Lagi Lagi Senario (LLS), filem terakhir tahun 2001. Masih
ditayangkan. Khabarnya telah mendapat RM5 juta. Tak hairan kan? Sebab sesiapa yang menonton Senario The Movie dan
Senario Lagi pasti kembali ke pawagam untuk menonton LLS. Penonton yang sama.
Tapi... best sangat ke LLS? Saya menonton LLS
pada 25 Disember/10 Syawal, hari ke-10 tayangan bersamaan Hari
Krismas. Jumlah penonton sudah boleh dijangka. Seperti ketika menonton Senario
Lagi, saya mendapat baris ke-3 dari hadapan (mungkin saya terlupa ini filem
Senario, saya tidak sepatutnya membeli tiket 10 minit sebelum tayangan). Apapun tempatnya lebih selesa dari yg
dulu. Ketika masuk ke pawagam yg sudah 3/4 penuh, pandangan pertama yang menarik perhatian saya ialah
'Tudung'. Ya, hampir separuh daripada penontonnya bertudung kepala (saya tak pasti
'tudung wardina' atau bukan kerana panggung telah digelapkan, heh). Mungkin Wardina
(pelakon wanita utama LLS) juga faktor penambahan penonton? Entahlah. Trailer yg sedang ditayangkan
ialah Mendam Berahi (filem Z. Lokman, betul-betul nampak macam filem Hollywood gred B, letup
sana-letup sini). Berbalik kepada LLS, pada pendapat saya filem ni hampir basi kerana disimpan terlalu
lama semata-mata untuk menyesuaikan dengan suasana Hari Raya yang digambarkan dihujung
cerita. Tambahan pula dengan kes anggota Senario, Yasin.. filem ni hampir saja boleh
gagal kalau tidak kerana statusnya sebagai filem ketiga Senario
(kedua-dua filem Senario terdahulu banyak membantu menarik
penonton terutama sekali filem Senario Lagi). Sudahlah disimpan lama, ceritanya juga tidak sehebat
dulu. Ramai yang kata filem ni nampak murah, tak sesuwai dijadikan filem. Tapi bila difikirkan
kembali, pernahkah
anda menonton filem tentang 'persaingan dua peniaga warung' sebelum
ini. Ya, plot utama LLS mungkin
nampak mudah tapi tidaklah sampai ke tahap 'kekeringan idea' (contoh kekeringan
idea: percintaan dua darjat - dah berapa ratus filem buat cerita macam
ni). Jadi, kali ni Aziz M. Osman bercerita tentang
perniagaan roti canai. Tiada apa yg luar biasa dalam filem ni. Semuanya biasa
belaka... bermula dengan
adegan 'makan di restoran perancis'. Selepas itu kredit
ditayangkan.. saya tertarik dengan montaj yang
diiringi lagu Rock & Roll Roti Canai tu. Montaj tu menunjukkan bagaimana perniagaan makanan di Malaysia
yang begitu meriah dan pelbagai ragam. Itulah Malaysia kata hati
saya. Adegan seterusnya tak perlulah
diulas lebih lanjut. Mungkin ramai yg tertunggu-tunggu bila Aziz M. Osman akan muncul sekejap dan
sebagai apa. Ya, itu dia si pemancing ikan, t-shirt nya bertulis Leftenan Adnan
lagi... "Abang, ikan, abang!". Penonton ketawa. Tiba-tiba saya
terperasan, eh, panggung tak begitu gamat seperti Senario Lagi lah.. mungkin adegan dan dialognya tak begitu menyucuk atau ini faktor penonton yg ramai bertudung
tadi, malu untuk ketawa besar.. hmm.. Secara keseluruhannya saya tidak nampak kehebatan
LLS. Tiada apa yg dapat diceritakan bila penonton meninggalkan panggung. LLS juga cuba
'mengimbas kembali' Senario Lagi dengan dialog yg agak serupa, penampilan pelakon undangan istimewa serta
adegan 'memualkan tekak' (gulp!). Penonton di sebelah saya meninggalkan panggung selepas
'adegan ludah' tu, mungkin sakit perut agaknya (dia tak kembali sehingga akhir
cerita). Percubaan terakhir untuk menawan hati penonton dengan menampilkan anggota Senario sebenar datang makan di warung Azlee dan Mazlan
juga tidak berkesan. Teknik lama.. buatlah canggih sikit. Ending filem ni
pulak... boring! Apa yang paling
menonjol dalam filem LLS ni ialah lakonan Mazlan sebagai orang yang busuk
hati. Lakonan Mazlan best.
Dalam VCD Soundtrack Lagi Lagi Senario ada 'klip cerita di sebalik tabir pembikinan
LLS'... Aziz M. Osman
pun ada nyanyi intro lagu Si Luncai bersama kumpulan Senario. Di akhir
VCD ni Aziz kata "Selepas menonton Lagi Lagi Senario.. jangan lupa pergi makan roti
canai!" Err.. abang Aziz, saya rasa selepas
tengok Nasir Ali tebar roti canai (penonton kata "Eeee..."), penonton akan fikir dua kali kalau nak makan
roti canai lepas tu. Tapi setakat ni belum pernah lah lagi saya jumpa penebar roti canai
se'buruk' itu.
"Roti satu!". "Siap!"
**1/2
6 Januari
2002
Filem Lagi Lagi Senario (LLS) berjaya membuat kutipan tiket sebanyak RM5 juta dalam masa cuma 14 hari
tayangan sejak ia mula ditayangkan pada 16 Disember 2001. Sekarang LLS memasuki minggu ke-4 tayangan
dan dijangka memecahkan rekod Box-Office filem Sembilu II sebanyak RM6.4 juta pada tahun 1995.
Filem-filem Senario sebelum ini - Senario The Movie dan Senario Lagi masing-masing mencatat kutipan tiket
melebihi RM5 juta tetapi LLS terbukti lebih hebat kerana menyamai rekod tersebut dalam masa yang amat
singkat. Selain peminat yang ramai, Senario beruntung kerana LLS ditayangkan dalam musim cuti
panjang hujung tahun bersempena Hari Raya dan cuti persekolahan di mana ramai di kalangan penonton
yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja tidak melepaskan suasana keriangan tersebut untuk bergelak
ketawa dengan komedi Senario di layar perak. Sesi promosi bergerak besar-besaran LLS
juga diadakan di beberapa buah bandar dalam setiap negeri di Malaysia. Situasi pada masa
ini pula menimbulkan persoalan - akan adakah filem Senario ke-4? Bila? Mungkinkah penonton akan
jemu... 'Balik-Balik Senario'! Atau Senario akan terus membuat keuntungan sampai
bila-bila... mungkin tidak, tambahan pula kes Yasin Senario cuma akan dibicarakan
pada Ogos nanti. Mungkin filem ke-4 Senario, mereka kembali berempat. Selain itu,
persoalan yang tidak kurang pentingnya, adakah Aziz M. Osman akan terus mengarah filem-filem
Senario? Senario telah berjaya mencipta nama mereka sendiri. Kenapa tidak mencuba pengarah
lain? Kenapa tidak Yusof Haslam mengarah komedi Senario... atau Senario tidak akan ada filem tanpa
Aziz M. Osman. Jangan lepaskan peluang. Saksikan Lagi Lagi Senario yang sedang ditayangkan sekarang -
khys

2001
22 Disember 2001
Sekarang musim filem Raya - kalau tahun lepas Syukur 21, kali ni Lagi Lagi Senario. Dah pun mula ditayangkan 16 Disember lalu. Ini mesti ramai penonton ni.
28 Mac 2001
LAGI LAGI SENARIO - arahan err.. Aziz M. Osman, terbitan Grand Brilliance dan Aziz (Paradigm Film).
Penggambaran baru tamat 22 Mac lepas. Sekarang
pos-produksi (dubbing dll). Pelakon utamanya tak perlu disebutkan. Pelakon baru: Ani Mayuni (penyanyi dangdut berlakon sebagai err.. penyanyi dangdut kot?), Wardina Safiyah (pelakon Spanar Jaya
berlakon sebagai adik Mazlan). Pelakon lain: tak ingat, akan di'update' kemudian (Syanie ada tak ha?). Kalau S-The Movie kisah funfair, S-Lagi kisah kereta, Lagi Lagi Senario kisah
warung.. hmm.. macam boringkan? Aziz kata dia dah kurangkan kebodohan lawak Senario (eh, bukan itu yg penonton mahukan ke?). Filem ni kurang slapstik, tapi kita tahu Aziz
seorang yang kreatif, mesti kelakar filem ni nanti. Sinopsis akan disiarkan tidak lama lagi. Gerenti best (tengok photo stillnya pun dah boleh senyum sendiri, sebab muka
Yasin tu
memang komedi habis). Tayangan lambat lagi, Hari Raya Disember nanti.. sabar, puasa dulu.
21 Januari 2001
2 minggu lagi filem Lagi Lagi Senario akan memulakan penggambaran. Tayangan dijangka pada Disember nanti (Hari Raya). Tahun lepas Senario Lagi ditayangkan pada
musim cuti sekolah (May), tahun ni pula kita dapat tonton Seri Dewi Malam. Rajin sungguh Aziz M. Osman ni.. bila masa dia buat skrip haa..

|