[PAWAGAM] - LAILA ISABELLA


2003

20 Oktober 2003
LAILA ISABELLA - filem ini ditayangkan semula di Midvalley KL bermula Khamis lalu dalam siri ulangan filem2 blockbuster termasuk Hollywood. Tayangan akan tamat pada 29hb nanti.

19 Mei 2003
VCD Laila Isabella dah keluar. Macam malas je nak tengok kali kedua. Mungkin nak tengok part Siti nyanyi masa last tu je (sebab panggung tunjuk sekejap saja) dan kalau tak silap, ada bonus The Making Of?

16 April 2003
Filem ni masih ditayangkan dan telah membuat keuntungan berjuta-juta ringgit. Pelik tapi benar. Rasanya ramai penonton yang terpedaya dengan barisan pelakon dan pengarah popular sedangkan jalan ceritanya hancur. Tak real langsung. Selepas 1 jam filem diputarkan, saya masih tertanya-tanya siapa Azam (Rosyam) dan Laila (Nasha) sebenarnya. Apabila ditunjukkan mereka berada (bekerja) di kedai VCD tu saya sudah tak kisah lagi siapa pun mereka. Filem ni cuma menghidangkan keindahan saja. Indah gambar dari cerita. Apabila scene Syanie jatuh longkang pula, dahi saya berkerut mendengar ketawa besar para penonton (mungkin fanatik Apek & Senario). Mungkin di masa yang sama mereka pula melihat saya serius dan menuduh saya tiada perasaan? Entahlah. Tapi kalau scene tu diorang buat Syanie jatuh menghempap Apek (real punya tak pakai trick) mungkin saya akan senyum (kesian..). Adegan yang paling hancur ialah masa parti Azean Irdawaty. Setakat nak tunjuk kereta mewah berderet-deret tu sajalah... Parti tu tak hidup, tapi dapatlah tengok Rashid Sibir cameo. Akhirnya apabila lampu dinyalakan dan Siti muncul di layar perak buat kali pertama, apa yang berlegar di fikiran penonton? Nak tengok sekali lagi?? Nak pergi beli Nona Roguy??? Saya cuma dapat ingat lagu Sudirman (masa scene kampung tu) yang nostalgia tu. Juga tak dapat dilupakan bila sorang kanak-kanak lelaki ketawa besar tak henti-henti masa tengok scene air terjun (scene panjang yang sebenarnya tak perlu) di mana Rosyam dan Nasha tengah feeling macam nak bercium tu. Budak tu seronok sangat nampaknya. "Hahahaha!". Dia sorang saja ketawa. TAMAT.
**

9 Mac 2003
Siapa yang dah tonton Iskandar dan tengok trailer LAILA ISABELLA mesti dah tahu filem ni akan ditayangkan pada 27 Mac nanti. Poster filem ni pun dah terpampang di pawagam. Simple giler posternya. Backgroundnya color saja dan takde design canggih2. Tampal semua gambar pelakon. Sekali tengok nampak menarik gak. Takpelah, juallah semua muka pelakon tu. Gambar SM Salim pon ade!

Nak tengok poster dan sinopsis dan gambar, pergi website Persatuan Pengeluar Filem:
http://www.fpamal.com/movies/laila_isabella.html

Inilah filem Rashid Sibir yang ditunggu-tunggu. Tunggu...


2002

26 Ogos 2002
LAILA ISABELLA - buah tangan terbaru Rashid Sibir selepas Sutera Putih (pengarah harapan '95) dan animasi Putih (2001). Pengarah popular tv yang mempunyai penonton setia sejak mengarah telefilem Pengantin Popular dan siri tv Mat Despatch. Laila Isabella sebuah persembahan Tayangan Unggul (KL Menjerit & Idola - 2002) dengan pelakon unggul, Rosyam Nor, Nasha Aziz dan Erma Fatima.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys