|
2003
24 Disember
2003
Saya menonton LB
pada hari kedua tayangan, hampir 3 minggu lepas. Bila bertanya
penjual tiket "Penuh ke?", katanya ada lagi tempat di
baris2 hadapan. OKlah, sebab saya pun tiada masa lain lagi.
Memang sudah dijangka, panggung penuh. Masa tonton LL Senario, 2
tahun lepas, saya pernah mengingatkan diri sendiri untuk
menempah tiket lebih awal sekiranya ada lagi filem Senario. Saya
tidak lupa itu, cuma mungkin saya sudah tidak kisah lagi. Kenapa
ye? Adakah kerana LLS yg agak mengecewakan, atau menunggu Lang
Buana hampir 2 tahun, atau kerana ia bukan filem Aziz M. Osman?
Hari itu, Lang Buana berentap dengan MrC2 dan MX3 yg masih
rancak ditayangkan. Saya agak, mungkin panggung yg menayangkan
filem2 M itu kekosongan sejak LB mula ditayangkan. Penjaga pintu
masuk menjerit, "Ha, Lang Buaya.. Lang Buaya..",
mungkin baginya tajuk itu lebih lucu untuk sebuah filem komedi.
Sungguh tidak disangka, saya mendapat tempat yg sama ketika
menonton Senario Lagi, 3 tahun lepas. Saya masih ingat kerana
tempat itu memang tak best, tepi sekali... beberapa baris dari
depan. Saya rasa mereka patut tayangkan trailer filem2 M itu
kerana penonton sasaran semuanya sudah berada di situ, mungkin
ada yg ingin menonton berturut2 selepas ini. INTRO Lang Buana
nampak hebat. Saya tak ingat ada filem tempatan pernah guna
tulisan jawi pada kredit filem sebelum ini. Permulaan yg
menunjukkan keseriusan filem ini, dengan gambar hitam putih,
juga diselitkan lawak selamba kaitan Sharifah Aini dan DJ Dave.
Bila gambar bertukar warna, muncullah -Gunung, Daik, Bercabang-
tiga orang hamba yg baru melarikan diri. Penonton masih belum
kenal mereka kerana kisah awalnya akan diimbas kembali sepanjang
filem ini. Filem ini dikatakan komedi serius, jadi penonton
petang itu juga semuanya serius. Saya yakin penonton semua agak
kecewa kerana tak banyak lawak yg menggegarkan panggung seperti
filem2 Senario sebelum ini. Sesekali muncul babak komedi yg
mencuit hati, penonton tidak melepaskan peluang ketawa sepuas
hati (kecuali brader sebelah saya yg baru diterima bertugas
sebagai operator telefon.. haha. Bayarannya RM6 untuk 2 jam, OK
ape? Ketika adegan perang, brader sebelah pun terpaksa 'berperang
suara' dengan speaker yg bergegar itu. Ha, jerit kuat lagi
brader..). Aspek yg ketara menarik dalam Lang Buana ialah sudut
penggambaran yg luas untuk menunjukkan sesuatu tempat itu.
Memang cantik. Kesan khas komputer juga banyak membantu memberi
kesan hebat pada filem ini (cuma agak merugikan pada 'babak
tebuan' itu yg sebenarnya 'tidak real', cuma petanda). Dari segi
idea, Lang Buana memang bercita-cita besar, mungkin terlalu
besar untuk seorang pengarah seperti Mamat Khalid (saya baru
tahu dia sebenarnya adik kartunis Lat. Ingat kartun Mamat, dia
lah tu agaknya?). Idea untuk menyelitkan mesej tersembunyi dalam
sebuah cerita purba sebagai persamaan dengan situasi semasa
memang sesuatu yg unik. Unsur sindiran dalam filem komedi memang
tidak asing lagi, tapi mesej perpaduan dalam Lang Buana ini,
adakah dapat 'dibaca' oleh penonton? Mungkin perlukan tontonan
kali kedua untuk 'membaca' sepenuhnya ISI filem ini. Dari segi
lakonan, Senario sekadar 'membawa' watak mereka. Mereka 'melakonkan'
watak mereka, tidak lebih dari itu. Seperti LLS juga, watak
Mazlan agak menonjol (seorang lelaki bernama Kiambang yg gilakan
bom) walaupun Apek, Azlee dan Wahid lebih banyak peluang
menonjolkan bakat mereka (kalau ada lah). Shamsul Ghau Ghau juga
tidak mampu memberi lakonan yg mantap, mungkin juga kerana filem
ini lebih kepada cerita dan tidak memberi peluang menonjolkan
watak2 nya. Tidak ada satu pun watak yg betul2 menonjol. Watak
Mazlan juga hilang untuk beberapa lama. Apalagi bila menyebut
pelakon pembantu wanita yg 3 orang itu (filem ini tiada heroin).
Pelakon cina (Sue Tan) yg Apek suka tu ("Aku chop yg
sanggul 2 tu") nampak terlalu asing dan tak sesuai
bergandingan dengan 2 lagi pelakon wanita itu (pelakon asal yg
menolak watak cina itu ialah Shaleen Cheah), dia agak ketuaan.
Cik Pah lakonan Tuty lagi lawak pelik, masa last tu boleh pulak
jadi ganas pergi tikam dada ketua 'Jepun' jahat tu. Pelakon
tambahan yg patut disebut di sini ialah ketua Jawa itu, dia
patut ada banyak scene lagi. Heh, buat satu filem teruslah untuk
dia, best apa? Filem ini juga ada twist (kilasan cerita?) di
hujung filem. Yang keliru sikit tu, apehal pulak "Anak
Raja" tu boleh pergi jadi hamba orang kaya Shamsul? Macam
mana boleh jadi cam tu? Takkan dia pergi menawarkan diri pulak,
dia kan ke anak raja. Bapak dia (Raja) suruh ke? Kenapa? Masa
imbas kembali tu ada ditunjuk hamba2 orang kaya Shamsul kena
ikat kaki (termasuklah anak raja tu) kemudian diorang bertiga
terlepas masa pergaduhan. Macam mana diorang kena tangkap pada
awalnya, terutama sekali Anak Raja tu. Saya faham mereka tak
boleh ceritakan di tengah filem untuk mengekalkan rahsia anak
raja tu, tapi mesti ada satu penjelasan lah. Apasal yg dia nak
rahsiakan sangat status kesultanan dia tu. Penting ke? Kalau itu
rancangan Raja, kenapa pula perlu dirahsiakan? Paling 'lawak'
bila di akhir cerita, Hasnul Rahmat (pengikut orang kaya) pula
tiba2 macam mahu jadi hero. Tenggelam terus watak Senario.
Sia-sia aje. Mungkin sebab itu filem ini bukan berjudul Senario.
Lepas tu, semua penduduk kampung pun meniarap... ampun tuanku.
TAMAT. Arhh.. sakit leher. Kena tunggu VCD juga, nanti boleh
dengar lagu apa yg diorang guna masa kredit akhir filem tu,
dengar macam suara Ramli Sarip, lagu lama tu. Masa berjalan
keluar panggung, ada penonton kata "Tak best lah!".
Tak ada siapa mengiya atau menidakkan dia. Mungkin 2 gadis yg
duduk barisan hadapan sekali akan bersetuju, mesti frust gila,
sebab tu mereka lesap dengan cepat sekali. Saya pula tak terkata
apa, cuma sekadar suka-suka membayangkan apalah nasib 'tentera'
yg melekat durian kecil di mata kirinya itu (ganas! ganas!).
Mesti sakit gila tak ingat punya. Mungkin diorang patut tunjuk
seorang 'tentera' lain menarik durian itu, takkan nak biar
melekat kat muka dia kan? Ye lah, takkan nak biarkan.
**1/2
12
November
2003
AKAN
DITAYANGKAN - 4 Disember. Filem ni tak perlu kecoh sangat. Senario lah
katakan. Tapi, lihat posternya, kemas jugak walaupun nampak kekurangan idea sebab Senario Lagi dan LL Senario
juga menggunakan stail yg sama - lukisan. Cuma bezanya, lukisan kali ni agak real berbanding yg
dulu (karikatur dan komik).
23
September 2003
Seperti yg semua sudah tahu, tarikh tayangan beberapa filem telah
dipinda. LANG BUANA akan ditayangkan pada 4 Disember (filem ini ditarik lebih awal dari
tarikh sebelumnya, supaya
dapatlah terkena tempias Hari Raya. Maklumlah, tahun lepas RM6 juta (Lagi2
Senario). Tahun
ni, takkan takde apapa. Senario pun nak 'aku kaya' juga kan?).
14 Ogos
2003
Akan ditayangkan tidak lama lagi
- 18 Disember.
15 Julai
2003
LANG BUANA - tayangan pada hujung tahun 2003.
Iklan 5 saatnya dah pun muncul macam kilat di TV3. [Akan datang penghujung 2003 - Lang
Buana]. Takde gambar, takde dialog. Iklannya. Filem Grand Brilliance lakonan
Senario. Pastinya tumpuan diberi kepada pengarah Mamat Khalid yg dah pun buat beberapa telefilem
terbaik. Mamat juga orangnya yg tulis skrip Puteri Gunung Ledang (2004). Bukan calang-calang orang
tu.. Selain tu, macam mana agaknya menarik-atau-tidak set zaman purba di layar perak pada zaman seba canggih ni. Mesti best.
...Baru jer check website FINAS. Baru update rupanya. Lang Buana ialah antara 3 filem yg confirm siap utk ditayangkan tahun ni tapi belum ada
tarikh, besar kemungkinan pada Hari Raya (Disember).
24 Mac
2003
LANG BUANA - lama dah siap
pembikinannya. Bila agaknya akan ditayangkan?
27 Januari
2003
Agak menghairankan filem Senario Lang Buana terus di'simpan'. Saya
pernah komen tentang Lagi Lagi Senario yang disimpan terlalu lama untuk Hari Raya dan akhirnya filem tersebut mencatat kutipan RM6
juta. Nampaknya Grand Brilliance begitu yakin dengan Senario tanpa Aziz M. Osman. Mereka terus membiarkan peminat Senario
tertunggu-tunggu. Mungkin mereka mahu bersaing dengan 'Aku Kaya The Movie' (Yassin).

2002
26 Ogos
2002
LANG BUANA - kumpulan
Senario bercerai dengan Aziz M. Osman (juga dengan Yassin). Mamat Khalid (Pinang
Durian, Rombongan Che Kiah Ke Sukan Komanwel) bakal mencipta sejarah sebagai pengarah filem.
Sudah lama filem bercorak purba tidak dibuat
(mungkin sejak Panglima Badul atau Da Di Du). Senario kembali berempat tanpa
Yassin dalam zaman
purba: sungai, sampan, gerai makan kayu dan pakaian warna-warni.

|