|
2000
29 September 2000
Filem Lt. Adnan adalah satu-satunya filem yang saya tonton pada hari pertama tayangannya di
pawagam. Di sebabkan terlewat, tambahan pula cuti umum, penonton
punyalah ramai... akhirnya saya dapat duduk barisan ketiga.. dari
depan! Sebab tak puas menonton kali pertama, saya menonton sekali lagi pada
minggu berikutnya.
23 September 2000
Filem Leftenan Adnan mencatat
kutipan lebih RM3 juta setelah ditayangkan sejak 31 Ogos lalu. Tayangan amal di seluruh negara
sahaja mencatat kutipan lebih kurang RM2 juta. Filem sejarah perang tersebut masih ditayangkan sehingga
sekarang - khys
14 September 2000
Tonton kali kedua di
pawagam. Puas hati.

*tiket
Leftenan Adnan yg masih belum dipotong. masih suci :)
31 Ogos 2000
Hari pertama tayangan. Hari
kebangsaan ke-43. Pawagam penuh sesak!

16 Julai 2000
Aziz M. Osman bakal muncul dengan
filem terkini arahannya berjudul Lt. Adnan di mana tayangan umumnya akan bermula pada 31 Ogos
nanti. Tayangan perdana Lt. Adnan pula akan diadakan hujung bulan ini seperti yang diumumkan dalam
sidang akhbarnya beberapa minggu lepas. Buat pengetahuan semua, kekeliruan yang timbul akibat
penyingkiran pelakon utama filem tersebut Azri Iskandar (disiarkan di ruangan ini 4 bulan yang
lepas) telah pun diselesaikan dengan penjelasan pihak Angkatan Tentera Malaysia sendiri dalam sidang akhbar
tersebut. Penyelidikan rapi yang mereka jalankan sejak 1998 telah memastikan setiap fakta yang
difilemkan adalah tepat - khys
15 Mac 2000
Dua minggu lepas (29/2/2000), dunia
filem telah dikejutkan dengan berita penyingkiran Azri Iskandar daripada filem Lt. Adnan. Semua orang tahu
Azri merupakan pemegang watak utama sebagai Leftenan Adnan dalam filem sejarah perang tersebut. Selepas
dua minggu penggambaran dan telah melakonkan 12 babak, tempat beliau telah digantikan dengan Hairie
Othman kerana Azri dikatakan tidak memberi kerjasama yang baik. Apa yang sebenarnya berlaku? Awal
minggu ini sebuah majalah hiburan telah menyiarkan penjelasan Azri mengenai perkara tersebut
(secara terperinci). Dalam rencana tersebut Azri menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana terpaksa
'berlakon' mengikut kehendak pengarah dan penerbit. Apa yang dimaksudkannya ialah terdapatnya fakta yang tidak
tepat (seperti jumlah ahli keluarga Leftenan Adnan yang sebenar, termasuk beberapa fakta sejarah yang
lain) mengenai filem Lt. Adnan. Azri cuba membetulkan perkara tersebut tetapi beliau telah diarahkan
supaya mengikut sahaja skrip yang telah disediakan tanpa mengambil kira ketepatan fakta tersebut. Sekarang
Azri bercadang mengambil tindakan undang-undang (menggunakan seorang peguam yang juga
merupakan anggota tentera). Walau bagaimanapun penggambaran Lt. Adnan tetap berjalan kerana tarikh
tayangan telah ditetapkan pada 31/8/2000. Seperti kata Azri, beliau sekarang Leftenan (B) Adnan - khys


|