[LAIN-LAIN] - JARINGAN LAMAN WEB


2005

25 Jun 2005
Laman web untuk mencapai pangkalan data SMAPP - Sistem Maklumat Penerbitan dan Penapisan Filem
http://kdnpublic.kdn.gov.my/bhgc


2004

15 Oktober 2004
LAMAN ESTETIKA - dengan sedikit idea dan suntingan kreatif, anda juga boleh membikin filem. Saya cuma sempat menonton The House (Rumah). Nanti nak download Pak Saudara Paling Lawak pulak. Emm... lepas tu, semua-semualah pun nak download jugak ni...
http://www.lamanestetika.com

CAKARAMA TOKRIMAU - ingin sampaikan sesuatu mesej melalui cara anda sendiri? Tiada masalah, yg penting usaha itu. Kalau orang kata usaha tangga kejayaan, bagi saya pula - usaha tanda rajin. Saya telah sempat download Bengkel Rajan, Revenge in a Bottle, Takut dan Arnab vs Kura-kura. Ni tengah nak habiskan download lagi... (oleh kerana Geocities kerapkali menyekat bandwidth, sila download di luar waktu sibuk)
http://www.geocities.com/harimauj/cakarama

ARTISMELAYU - saya tertarik dengan satu tajuk yg dibincangkan di forum laman web ini. Tajuknya TRAGEDI ZAMAN MODEN YG LAYAK DIFILEMKAN. Antara idea-idea yg disarankan ialah Highland Towers, Pos Dipang, Kemalangan Zaiton Sameon, Kisah Cinta Mazuin, Nirmala Bonat, Mona Fandey, Biografi Ning Baizura, Anwar & Azizah (siap bagi cadangan lagi tentang siapa yg patut melakonkan watak-watak utama tu semua). Menarik juga tu... Boleh la difikir-fikirkan, tak mustahil kalau salah satu atau kesemuanya boleh jadi kenyataan di suatu masa nanti. Cuma perlu dinyatakan di sini yg kisah Mona Fandey itu sebenarnya telah ada dalam perancangan syarikat LeBrocquyFraser (penerbit Buai Laju-Laju) dengan menggunakan judul My Fans Are Here.

Direct link (pandai-pandailah sambungkan):

http://artismelayu.proboards21.com/index.cgi?
board=general&action=display&num=1097309823


Cari tajuk (berkemungkinan di Page 2):
http://artismelayu.proboards21.com/index.cgi?board=general

Link tambahan (My Fans Are Here):
http://www.lebrocquyfraser.com/04_films/development.htm

22 September 2004
YAHOOGROUPS - ada group baru kalau sesiapa berminat nak join:
http://groups.yahoo.com/group/kl_movie_exchange

Lain-lain group:
http://movies.groups.yahoo.com/group/malaysian-cinema
http://movies.groups.yahoo.com/group/msiafilm
http://movies.groups.yahoo.com/group/3fclub


2003

12 November 2003
FILEM INDONESIA - minggu lepas saya mencari-cari maklumat tentang filem usahasama Malaysia-Indonesia yg banyak dibuat pada penghujung 80-an. Cari punya cari, tak jumpa. Pelakon wanita yg laris berlakon di Indonesia masa tu seperti Ziela, Raja Ema dan Tiara Jaqueline (sampai ingatkan dia ni orang Indonesia). Hero Indonesia pula Barry Prima kot? Akhirnya terjumpa laman web ini:
http://mitglied.lycos.de/uzumaki/enter/indonesia.htm

Walaupun 7 filem yg disenaraikan itu bukan usahasama dengan Malaysia, tapi laman web itu memang menarik sebab banyak gambar dan maklumat yg susah untuk didapati lagi. Seperti yg tertulis di situ, anda mungkin tidak akan dapat melihat filem2 tersebut sampai bila2. Perlu diingatkan yg kesemua filem itu berada dalam kategori seram dan tahyul. Tak ramai yg minat, tapi peminat filem2 ini yg buat web ni berasal dari negara barat. Filem ni semua dah jadi klasik dan diedarkan di luar negara dan susah nak cari di sini, walaupun cover vcd yg di scan itu ada sticker Malaysia, sudah tentunya bukan lagi versi asal, sebab dah kena cincang.

SKRIP TEATER - skrip filem Malaysia memang tiada dalam internet. Mungkin tak berbaloi untuk dimasukkan pun. Tapi, ini ada satu skrip teater yang saya jumpa. Bukan teater mainstream, tapi tak kisahlah. Ini karya Hishamuddin Rais yg berjudul Tok Ampoo. Bolehlah tengok macam mana hasil karyanya. Yg ini banyak berbentuk sindiran. Kalau tak silap vcd rakaman haram (bootleg) teater ni pernah berada di pasaran. Betul-tak, entahlah:
http://www.geocities.com/universiti_bangsar/tokampoo.html

OK, ini pula berkaitan pengarah filem Jemapoh dan juga teater itu:
http://www.geocities.com/universiti_bangsar/isham

Ini laman web rasmi pelakon kita:

http://www.afdlinshauki.com
Laman web ini sebenarnya sempena pelancaran album Afdlin, tapi untuk masa depan mungkin boleh dikembangkan untuk diisi dengan maklumat lain yg berkaitan. Maklumlah filem pertama arahannya Buli akan keluar tahun depan. Boleh lah buat promosi kat sini. Dalam album terbaru Afdlin juga terdapat lagu tema filem Buli.

http://www.erra-fazira.com
URL lama rupanya dah expired. Ini kira baru jugalah. Siapa yg boleh lawan Erra. Tak siapa sangka akan muncul seorang lagi bintang filem. Setiap era ada bintangnya, dan kini era Erra. Bagusnya dia ni sebab dia memang terhadkan lakonannya untuk filem. Maintain popular. Malangnya website tidak di update, masih lagi Janji Diana.



www.filemkita.com © 1999-2005 khys